Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 28 Mac 2008

KETAWA

Forwaded massage
Photobucket
syila-san menulis "SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan serta kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah SWT menempelak sebahagian tentera munafik mulanya menyatakan persetujuan bersama Baginda di medan peperangan.

Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah SWT berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." – (Surah at-Taubah, ayat 82)

Jelas daripada mafhum ayat itu, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal ketawa berlebihan.

Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya, setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku atau matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.

Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keseronokan bersifat sementara.

Menjaga diri daripada suka atau ketawa melampaui batas mengingatkan kita supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan."
Photobucket
Resouce:Komuniti Teman Inteam

Selasa, 11 Mac 2008

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Photobucket

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Sabtu, 8 Mac 2008

Lalai dalam Solat

Lalai dalam Solat....
Photobucket
"Wahai yang empunya diri ,sudahkan selesai mendirikan solat" "Sudah ,alhamdulillah." "Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu?" "Ya". "Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu,kamu rasakan ia mungkin solatmu yang terakhir,kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa?" "Tidak" "Adakah ketika lidahmu menyebut Allahuakbar,hatimu turut membesarkan Allah?" "Tidak...." "Kalau begitu ,kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir." "..." "Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah hatimu mengiakan bahawa hidup dan matimu hanya untuk Allah yang Esa?" "Tidak" "Ketika surah al-fatihah kamu baca ,adakah hatimu bersyukur kepada Allah,Tuhan yg kamu sembah dan tempat kamu minta pertolongan,lantas kamu memohon di beri petunjuk ke jalan yang diredhai -Nya dan dijauhkan dari jalan yang sesaat lagi di murkaiNya?" "Tidak.. " "Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu." "..." "Adakah kamu menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar tidak mendahului imam?" "Ya" "Dan ketika rukuk dan sujud itu adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-Nya dan kamu merasakan Allah itu melihatmu dan menilai solatmu yg sedang kamu kerjakan?" "Tidak" "Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud ." "..." "Dalam solatmu,adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suatu amal juga kebajikan yg paling utama?" "Tidak" "Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam,adakah hatimu merasa takut kalau-kalau solatmu yang baru kamu kerjakan itu tidak diterima oleh Allah lalu amalan itu di lemparkan kembali ke mukamu , di samping berharap agar Dia mahu menilai solatmu sebagai pengabdian darimu?" "Tidak.." "Kalau begitu,kamu sebenarnya tidak mendirikan solat tidak mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu. Berwaspadalah kerana Allah telah berfirman: 'Neraka wail bagi orang yang solat,yang mereka lalai dalam solatnya' (surah Al-Maun:4-5) "Astaghfirullahal azim... Ya Allah,berikan aku kekuatan utk memperbaiki solatku dan menjadikannya wadah utk bertambah dekat dan hampir dengan-Mu."

P/s Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih,kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya'

Hadis tersebut menerangkan betapa banyak sembahyang yang didirikan Oleh seseorang itu tapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyangnya itu. Sebaliknya oleh kerana lalai ketika sembahyang maka Allah swt menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud "Maka kecelakaanlah bagi orang -orang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya"

p/s:sekadar utk renungan bersama....wallahu'alam...."Demi masa...sesungguhnya manusia itu dlm kerugian...kecuali org2 yg beriman & mengerjakan amal soleh & nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran & nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran..." (103:1-3)