Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 24 November 2008

KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH...

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan
rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat
lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang

drpd ex-smid

Sabtu, 22 November 2008

Tahniah...Adik-adikku...

Photobucket
Berita yang ana dengar pada hari ini membuatkan ana benar-benar berfikir. Berfikir dan cuba mengislahkan diri yang hina ini. Gembira ana apabila mengetahui 2 orang pelajar F2 Imtiaz Dungun sudah khatam Al-Quran baru-baru ini. Ana ucapkan tahniah kepada adik berdua. Antunna melakar sejarah Imtiaz yang khatam al-Quran dalam tempoh lebih kurang 1 tahun 11 bulan dan pada usia 14 tahun. Tahniah adik2ku.

Apa yang membuatkan ana terkejut mendengar cerita ini ialah mereka yang tidak disangka-sangka yang berjaya khatam Al-Quran waktu form 2. Sebab mereka ini bukannya pelajar yang berada di atas dalam hafazan walaupun memang dah tinggi tapi tidak terlalu tinggi. Dan juga kalu tidak silap ana yang seorang itu bukan dari halaqah yang pertama. Ini adalah sebab kesungguhan yang ada pada diri antunna. Ana cukup-cukup kagum mendengar cerita tentang antunna dalam berjuang menghabiskan 30 juzuk ini. InsyaAllah ana akan contohi antunna.

Antunna bukan sahaja cemerlang dalam bidang Al-Quran tetapi cemerlang jua dalam bidang Akademik. Benar, Al-Quran bukan penghalang kepada kejayaan tetapi membantu untuk terus cemerlang dalam bidang yang lain.

Teringat ana ketika bersama-sama dengan adik yang pertama khatam dari kalangan pelajar F2, kami cukup baiklah dan sentiasa berkongsi pengalaman dan cerita sejak dari tahun lepas lagi. Dan ana juga cukup-cukup kenal dengannya pernah sekali ana berkata kepada dia 'adik, jangan potong ana er..'. kini ternyata anti dah potong ana. Dah lama rasanya kita tak bertemu dan berbual bersama..Diam-diam ubi berisi juga yer adik.. Ini pepatah Melayu yang ana boleh katakan pada anti. Jangan marah...

Photobucket
Bila difikirkan berita ini, terasa diri ini benar-benar kerdil. Bilakah masanya untuk diri ini? Terasa juga seperti diri ini dicabar. Apa pun ia merupakan satu pembakar semangat buat diri yang hina ini. Ya, benar ana akui yang seorang lagi yang khatam itu memang asyik terlekat dekat musolla, jika nak dibandingkan diri ini mungkin jauh sekali. Apa pun ana ucapkan tahniah. Ana tiada bersama antunna waktu antunna khatam.

Jumaat, 21 November 2008

ASH-HURUL HURUM: ANTARA SEDAR DAN TIDAK………

Tulisan Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar

Tidak dinamakan manusia itu dengan ‘insan’ melainkan kerana sifatnya yang pelupa. Itulah antara ilmu penting yang biasa disebut kepada kita semua oleh para alim ulama’. Allah Taala yang mencipta, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki kepada manusia sangat memahami keadaan makhlukNya. Islam yang dibawa melalui Rasul-rasulNya ‘Alaihimussolatuwassalam sebagai duta penghubung antara Allah Taala dan hambaNya menjadikan ‘tazkirah’ dan amalan saling menasihati sebagai penawar yang mujarab kepada sifat kekurangan ini. Iman dan amal soleh merupakan dua anasir penting yang membuahkan amalan memberi ‘tazkirah’ atau peringatan sesama Muslim atas landasan ukhuwwah imaniah; semuanya adalah hasil rahmat Allah kepada hamba-hamba yang dipilih olehNya..

Firman Allah Taala;

“ Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mengambil peringatan itu. Orang-orang yang celaka akan menjauhinya”

[ al-A’alaa: 9-11]

Sedarkah kita bahawa sekarang kita semua berada di penghujung bulan Zulkaedah, salah satu dari empat bulan suci yang disebut oleh Allah dalam al-Quran?

“ Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak dua belas bulan dalam ketetapan Allah ketika Dia mencipta langit dan bumi, antaranya empat bulan suci (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab)…..”

(at-Taubah: 36)

Pensyariatan empat bulan suci oleh Islam memberi satu gambaran bahawa Islam merupakan agama yang sangat mengambil cakna mengenai peredaran masa. Setiap saat dan setiap detik yang berlalu adalah sesuatu yang sangat berharga yang perlu di jaga oleh para muslim. Para sahabat Radiallahu’anhum dan para ulama’ sentiasa mengambil cakna setiap saat yang berlalu dalam hidup mereka kerana mereka sangat memahami pesanan dan peringatan Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam mengenai ancaman kepada manusia yang terpedaya dengan kehidupan duniawi yang penuh dengan tipu daya.

Imam Baihaqi Rahimahullah pernah meriwayatkan mengenai kepentingan menjaga peredaran masa dan bulan-bulan suci dalam Islam sebagaimana yang disebut dalam ‘kitab Fadhail al-Auqat’ dengan sanadnya yang bersambung kepada Ibnu ‘Abbas Radiallahuanhuma;

“ Sesungguhnya Allah Taala menjaga kesucian ash-hurul hurum dan Dia menjadikan pahala berganda dalam ash-hurul haram atas amalan kebaikan, dan Dia menjadikan balasan juga berganda untuk amalan keburukan”

Pencaknaan Islam terhadap masa dibuktikan lagi menerusi Kalam Sayyidina Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam. Sabda Baginda Sollallahu’alaihiwasallam;

“ Dua nikmat yang kebanyakan manusia terleka dengannya; kesihatan dan masa lapang”

(Riwayat Imam Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas Radiallahu’anhuma)

Antara hadis lain yang berkaitan dengan hadis di atas adalah hadis yang sangat masyhur yang mafhumnya berbunyi :

“ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara…………………”

Dalam hadis di atas empat perkara yang khusus berkaitan dengan masa disebut oleh Baginda Sollallahu’alaihiwasallam; masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang masa ajalmu.

Asy- Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah mengarang kitab ‘ Qiimatuz Zaman ‘Indal Muslimin’ dan ‘ Sofahaat Min Sobril Ulama’ yang banyak mengisahkan kecaknaan para ulama’ terhadap masa dan ilmu. Para penuntut ilmu secara khususnya dan umat Islam secara amnya sepatutnya menjadikan dua kitab ini sebagai buku motivasi untuk membina semangat terutamanya dalam usaha mencari ilmu yang diredhai oleh Allah.

Ulama’ yang meninggalkan ilmu dan teladan yang baik kepada semua umat Islam ini memberi suatu gambaran yang terbaik dalam kitabnya tentang kaitan kepentingan menyusun waktu bagi diri setiap insan yang dahagakan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama mengharapkan Allah Taala meredhai setiap usaha yang dilakukannya. Tidak ada lagi penterjemah kepada sunnah yang ditinggalkan oleh Rasululullah Sollallahu’alaihiwasallam selain para ulama’ yang sentiasa ikhlas dalam setiap amalan dan tindakan. Ulama’ pewaris Anbiya’.

Firman Allah Taala;

“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan saling berpesan ke arah kebenaran dan saling berpesan ke arah kesabaran”

Khamis, 20 November 2008

Mempertikai Fatwa Usaha Jatuh Kredibiliti Islam

di ambil daripada Berita Harian khamis 20 november 2008

Peguam Syarie Menulis


Institusi agama badan sah di sisi undang-undang malah wujud sebelum zaman penjajah

SEJAK kebelakangan ini pelbagai pihak dengan lantang mempertikaikan fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri-Negeri. Malah, hasrat Majlis Fatwa itu untuk membuat fatwa tertentu juga sering dicemuh dan diperlekehkan.

Ia terbukti apabila Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan baru-baru ini yang mengharamkan pengkid iaitu wanita yang menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan atau berpakaian. Begitu juga halnya apabila pengumuman dibuat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga.

Pelbagai pihak termasuk institusi, orang perseorangan sama ada Islam atau bukan Islam memperkatakan mengenai tindakan Majlis Fatwa ini. Tindakan ini sebenarnya adalah kesinambungan usaha menjatuhkan kredibiliti Majlis Fatwa dan institusi Islam yang lain.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman bahawa institusi fatwa adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini dalam kes Sulaiman Takrib lawan kerajaan Terengganu dan Kahar Ahmad melawan kerajaan Selangor dan dua lagi. Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan, adalah mahkamah tertinggi dalam negara ini menjelaskan kedudukan fatwa di negara ini dan tidak perlu dipertikaikan lagi selepas itu.

Bagi orang bukan Islam, hormatilah institusi agama Islam kerana ia adalah badan sah di sisi undang-undang. Sebagaimana orang bukan Islam tidak mahu orang Islam mengganggu agama mereka, mereka juga hendaklah tidak mengganggu agama Islam apatah lagi badan itu ditubuhkan atas lunas yang sah dan diiktiraf undang-undang.

Institusi Fatwa bukan ditubuhkan selepas merdeka tetapi sudah lama wujud walaupun sebelum zaman penjajahan lagi dan selama ini fatwa berjaya memberi panduan kepada orang Islam mengamalkan agama mereka.

Orang bukan Islam tiada hak mempersoalkan perkara ini. Apatah lagi Islam adalah agama Persekutuan dan diberikan kedudukan istimewa dalam perlembagaan.

Hal ini dapat kita lihat apabila orang bukan Islam pun begitu keras membantah fatwa ini walhal fatwa itu tidak akan mengikat mereka. Apakah motif sebenar mereka melakukan sebegini?

Begitu juga halnya dengan orang Islam. Tingkatkan pengetahuan ilmu agama sebelum membuat sesuatu kenyataan. Janganlah mendahului ulama dalam urusan agama. Orang yang tidak berkelayakan dalam bidang agama tidak harus mempertikaikan fatwa yang sah dibuat mengikut lunas agama dan undang-undang negara.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (GSM) begitu kesal apabila dikatakan Majlis Fatwa perlu menumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih mustahak berbanding hukum senaman yoga yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mungkin sebagai pengikut yoga mereka mengatakan ia hanyalah suatu senaman dan tidak lebih daripada itu. Tetapi tahukah kita apakah makna mantera yang dibacakan itu. Adakah suatu jaminan mantera itu tidak menyekutukan Allah?

Ada pula yang mengatakan mereka tidak membaca mantera tetapi hanya melakukan senaman. Dalam keadaan ini pun kita perlu sedar adakah perbuatan kita itu suatu manifestasi kepada penafian ketauhidan kepada Allah? Inilah yang dikaji oleh Jawatankuasa Fatwa dan biarkanlah fatwa itu dibuat mengikut keilmuan ulama.

Apakah perkara lain yang lebih mustahak lagi berbanding perkara yang menyentuh akidah orang Islam. Sekiranya senaman yoga itu adalah haram di sisi Islam kerana mensyirikkan Allah, maka betapa baik pun amalan seseorang itu, ia sudah pasti tidak diterima Allah. Hal yang sedemikian memberi implikasi amat besar kepada orang Islam.

Bagi fatwa berhubung dengan pengkid pula, adalah jelas setiap kebebasan itu ada batasannya. Hujah yang menyatakan pengkid ini berhak dan bebas memilih jalan hidup mereka sebenarnya tidak bertepatan dengan hukum syarak.

Undang-undang Islam membataskan pergaulan lelaki dan wanita, cara pemakaian dan perwatakan. Tidak harus timbul isu naluri, syahwat dan sebagainya mengatasi hukum syarak. Lunas agama ini ditentukan dan adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Fatwa memperbetulkan keadaan mengikut kuasa yang diberikan kepadanya oleh undang-undang.

Dalam membuat sesuatu fatwa, Jawatankuasa Fatwa membuat kajian terperinci terlebih dulu. Suatu kertas cadangan dibuat dan dikaji oleh tokoh agama dan golongan profesional sering kali dipanggil untuk membantu Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa.

Pada masa sama, persoalan yang ditimbulkan itu seolah-olah menggambarkan Majlis Fatwa hanya membuat ketetapan mengenai hal remeh-temeh. Buatlah kajian terlebih dulu sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Sebenarnya Majlis Fatwa sudah membuat pelbagai ketetapan merangkumi aspek perubatan, sosial, kesihatan, ekonomi dan pentadbiran. Ia jelas menunjukkan Majlis Fatwa menjalankan amanahnya dengan baik dan membincangkan permasalahan dihadapi orang Islam.

Dalam banyak keadaan juga pakar dipanggil untuk membantu Majlis Fatwa memberikan fatwa yang tepat. Selama ini Majlis Fatwa berjaya menyelesaikan banyak permasalahan umat Islam di negara ini. Memang tidak dinafikan, wujud perubahan fatwa dalam beberapa perkara yang diputuskan tetapi ia bukan menunjukkan kejelekan anggota Majlis Fatwa berkenaan.

Ia lebih manifestasi bahawa syariat Islam itu sesuai sepanjang zaman dan boleh disesuaikan mengikut keadaan semasa tanpa menggadaikan perkara asas yang disepakati.

Walaupun Majlis Fatwa berjaya menyelesaikan banyak permasalahan umat Islam, ada juga golongan yang masih tidak sedar kejayaan ini dan mentertawakan sesuatu fatwa. Mereka mengambil contoh fatwa pengharaman rokok dikeluarkan beberapa tahun lalu tetapi masih ramai yang merokok.

Dalam hal yang demikian adakah Majlis Fatwa patut berhenti membuat fatwa? Kita ambil perbandingan jika seorang doktor membedah seorang pesakit dan pesakit itu mati, adakah doktor perlu berhenti membedah pesakit?

Begitu juga kisahnya apabila Ahli Parlimen membuat undang-undang dan undang-undang itu gagal dipatuhi oleh rakyat. Adakah Ahli Parlimen perlu berhenti membuat undang-undang? Tentulah jawapannya tidak, begitu juga dengan fatwa. Mufti tidak perlu berhenti mengeluarkan fatwa.

Sebenarnya fatwa saja tidak menjamin kesejahteraan umat. Seluruh jentera pentadbiran kerajaan perlu memadu usaha memastikan sesuatu fatwa itu diikuti sama ada melalui pendidikan, pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Oleh yang demikian PGSM meminta semua orang sama ada Islam atau bukan Islam agar menghormati Majlis Fatwa yang mempunyai kuasa membuat fatwa. Mufti juga mempunyai tanggungjawab untuk menasihati sultan dalam perkara mengenai agama Islam.

Mempertikaikan mufti samalah ertinya mempertikaikan sultan yang berkenan melantik mereka.

Jagalah sensitiviti umat Islam, hormatilah orang Islam yang menjadi sendi kepada kekuatan negara. Memperlekehkan institusi agama Islam yang diketuai oleh Raja-Raja Melayu sudah tentu memberi impak kepada Raja-Raja Melayu juga.

Institusi Fatwa adalah sebuah institusi yang bebas daripada pengaruh politik dan bertanggungjawab terus kepada Raja-Raja Melayu.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.org

Ahad, 16 November 2008

KEWAJIPAN AMRU BIL MA'RUF WAN NAYHU ANIL MUNKAR

Sengaja ana letakkan tajuk ini dalam blog ana, agar ia menjadi pembakar semangat kepada diri ana sendiri dan juga pembaca2 blog ana terutamanya sahabat2 SMID ana untuk terus berjihad. Ana sangat suka pada perkataan ini 'JIHAD'. Satu perkataan yang mungkin senang untuk disebut tapi untuk melakukannya amatlah susah jika tidak mempunyai kekuatan dalaman yang kuat apatah lagi untuk ikhlas dalam melakukannya.

Oleh sebab ilmu ana bukannya banyak sangat, jadi buku-buku agama menjadi rujukan ana. Di antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap manusia yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah ialah menyuruh kepada kebajikan dan mencegah kepada kemungkaran. Qala Allahu fil kitabil 'Aziz yang bermaksud "Hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan" (surah Ali Imran:104)

Ayat ini menjadi dalil kepada wajibnya seruan kepada kebajikan samaada secara individu atau berkumpulan. Ana ambil sedikit kata-kata As-Syahid imam Hasan Al-Banna ketika berkunjung ke Abu Shuwair untuk membuka cabang "Lain dari itu aku menjelaskan bahawa gerakan dakwah dengan methode fardiyyah (individu) tidaklah cukup.". Ana rasa tidak perlu ana terangkan kata-kata Imam Hasan Al-Banna sudah boleh faham, InsyaAllah. Di samping itu juga, Allah telah meletakkan syarat kejayaan ialah dengan melaksanakan kedua-dua tugas ini.

Qala Allahu fil kitabil 'Aziz fis surah Al-Maidah yang bermaksud " dan bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu menolong di atas perkara dosa dan permusuhan". (Al-maidah)
Ana sertakan juga antara syarat nahi mungkar dan juga sedikit kaedah mencegah kemungkaran.

Syarat-syarat nahi mungkar...

1. Kemungkaran yang hendak ditegah mestilah yang disabitkan dengan nas Al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.
2. Kemungkaran yang hendak ditegah mestilah jelas bukannya sekadar mendengar cerita atau khabar-khabar angin.

Photobucket
Kaedah-kaedah Mencegah Kemungkaran

1. Memberi penerangan..
Kadang-kadang, perbuatan yang dilakukan kerana jahil atau sekadar ikutan. Oleh yang demikian teguran yang disampaikan mestilah dengan penuh hikmah dan bijaksana.

2. Melarang dengan keras dengan bahasa yang lemah lembut tidak diikuti dengan celaan dan cacian.

3. Melihat priority (keutamaan) agar kemungkaran yang hendak dicegah tidak menimbulkan kemungkaran yang lebih besar dan yang lebih patut untuk dielakkan.

4. Sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T supaya hidayah Allah sentiasa bersama kita.

Waallahu 'alam...Mungkin ini sahaja yang sempat ana kongsikan...

Khamis, 13 November 2008

MENANGIS

"MENANGIS ....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN
MENANGIS.... ...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Ntah la...

Rasernya dah lama ana x update blog ana...sebelum 2 ana minta maaf la dekt sahabat2 ana sebb ana tukar ckit blog nie...byk benda yg x sempt diselamatkan..nak buat camner...wah kesibukan yang berlaku selps PMR cukup-cukup memenatkan..hampir hari2 ana duduk mengadap komputer macm kat umah plak...sebab mmg apa2 program thn nie muka nie pasti dapat bhgn Teknikal n Persiapan Tempat...waaa...penatnya...tapi apa pun ana tetap raser gembira coz memang ana bermint degn IT...bila sdh mint segla keletihan x terasa...Photobucket

Firstly, sebb program yg belambk ana minta maaf kat Halaqoh Tasmi' ana coz 4 jamuan 2 ana x brape cara sgt sebb bertmbg dgn byk program laen...sori, ana ketua halaqoh mmg selalu x der.. dan ana ucapkan terima kasih yg tdk terhgga kpd antunna semua kerana memahami ana...sebenarnya ana terharu...walaupun bukan ana yg disambut dlm majlis 2...hihihihi...Apapun ana sayang antunna semua...kenangan terindah bersama ana simpan kat memory nie..moga tahun depan dpt bersama lagi dalm halaqoh..ana pun nak minta maaf la sepanjg jdi ketua halaqoh nie...rasernya ana x pernh marah kalu bab tasmi'..n buat PA asistance (betuil x eja ntah)..you are so funny my friend..4 ustaz plak..asif jiddan hari terakhir ana x ada, lupa nak ckp kat ustaz..apapun Syukran atas segala2nya..4 ana n sahabat cuti2 nie...marilah kita sama2 byk2kan la mengaji...

Nie plak, 4 halaqoh usrah ana...Ana selaku naqibah minta maaf sebab ana raser byk benda yg ana x sempt buat thn nie..tambah2 lagi, tahun nie bajet x ckp..dan apa yg ana sedih..kecbukan ana membuatkan ana x dpt bersama-sama ngan adik-adik usrah wak2 ngaji..kalu x clap ana cuma 1 kali jer dpt bersama adik-adik semua wak2 ngaji lps PMR..sedih..apapun usrah terakhir kita dah buat dan ana dah serahkan tugas pada 'alang' Syahirah Kamaruddin..semoga nti dpt lakukan lbh baek dri ana, adikku..nti punya potensi yg tinggi..buat 'Afina ana minta maaf coz x sempt nk sambt nti punya besday..ana dpat rasa perasaan nti..sebb hanya nti sorg jer yg x sempt..lagipun masa besday nti ana ada kat Kem...ana minta maaf adikku..ana benar2 cbuk..Adik-adikku..Ukhuwwah Fillah Abadan Abada..
Dan ana ucapkan Syukran ats segala kerjasama yg diberikan...n trimas atas hadiah yg diberikan..x kira samaada dri adik-adik halaqoh ana mahupun sahabat2 yg F3 mahupun adik-adik F1 n F2..Tapikan...ana rasa hadiah yg palg berharga 4 my besday this year ialah jumpa ngan Mejar Dr. Faiez (Angkasawan Negara)..hahaha..gurau jer..Thanks 4 u all...

Photobucket
Kepada my batch..wow u all the best..Suka ana dpt menjadi sahbt kepada antunna semua...Bersama doakan pertemuan yg seterusnya d SMID Atas..moga semua dpt masuk.. Amin..Saper2 yg nak tukar 2..Fikir2lah yg terbaik, mai la jaga skul... Apapun perjuangan x berakhir d cni sahaja..

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...