Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 25 Januari 2009

Tabarruj Dosa berhias

P/S: Tulisan ini adalah hasil dari seorang sahabiah ana..

Alhamdullilah. Sudah lama rasanya tidak mewakafkan anugerah tangan ini untuk menulis sebagai tatapan dan pengisian kita bersama. Terasa diri ini terlalu kerdil untuk berbicara tentang nasihat tazkirah lantaran kelemahan jiwa yang sentiasa lemah dengan dunia, tandus dengan ilmu agama… tapi, sampai bila diri ini harus tunduk dengan kekurangan ini?? Sedangkan orang lain sudah melabur banyak saham akhirat melalui medan penulisan untuk pengisian rohani , bahkan rata2 yg telah mempunyai blog sendiri yg sememangnya membawa mesej agama Allah supaya Islam terus unggul dlm kalangan kita, pemuda pemudi Islam.. Firman Allah Taala yg bermaksud: “Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka sendiri” Saya amat mengharapkan nasihat dan pandangan sahabat2 supaya segala kekurangan yg terdapat dlm ruangan kali ini dpt diperbaik pulihkan dan sbg galakan utk diri ini terus berkarya dan berjuang melalui pena ini……..
Bismillahirrahmanirrahim….
Tulisan ini adalah ringkasan hasil drp pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A (Hons) Universiti Al-Azhar. Mudah- mudahan hasil tulisan ini mampu membetulkan gaya hidup dan identity muslimah kini supaya tidak tersasar dari landasan syara’.

PENDAHULUAN

Mampukan kaum Hawa mengelak drp melakukan dosa tabarruj? Apa itu tabarruj? Bagaiman mereka boleh utk mengelakkan diri drp terjebak dgn dosa tabarruj? Bagaimana pula dgn kaum Adam? Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yg di bawah t/jwb mereka drp terjebak dgn dosa tabarruj? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca hingga ke akhirnya.
Tabarruj ialah menampakkan kecantikannya yg wajib ditutup kpd lelaki yg bukan mahram. Sebagaiman kata Imam Bukhari: Tabarruj ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya. Jadi, dapatlah kita simpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala bentuk benda yg bertujuan utk perhiasan Al- Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu ada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi. Perhiasan buatan pula adalah barang2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan kecantikan dirinya serta pakaian dan perhiasan2 lain. Ini semua termasuk sebagaimana yg telah dimaksudkan dlm firman Allah: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”
Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita memakai tudung sbg alat menutup perhisannya atau fitnahnya. Namun reality hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung: tudung Wardian, tudung Waheeda, tudung Siti, lilit ke kiri, lilit ke kanan.. pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Namanya smenampakkan cirri Islam, tetapi gaya penampilnnya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui siaran program ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh bsehingga ke punggung. Masya- Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya.
Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah sendiri yg sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat.. Sabda Nabi: “Perumapamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”
Namun kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini, mungkin dlm keadaan sedar ataupun tidak. Buku ini juga telah membicarakan tentang alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj dan hujjah utk menolaknya.

ALASAN 1: Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..
· Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik.Maka orang itu, allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”. Renuglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya. Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu” .. Adakah kita lebih memilih untuk menjadi untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaiman hadis Nabi tadi??? Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan jika disertai dengan penyesalan dan taubat. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu”

ALASAN KE-2: Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date
·
Saya rasa antunna pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date lantaran memakai tudung labuh, yg tidak diserikan dengan kerongsang acntik berkilat bila dilihatorang. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berberkumpul bersama kerana imej kita yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini. Mereka lebih terikut2 dgn budaya yg dibawa oleh Barat sehingga berpaling dari ajaran Islam yg syumul. Firman Allah Taala: Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139). Wanita yg melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan ttg Islam dan kedegilan untuk menghina kehormatan sendiri adalah sebesar- besar kejahilan dan kemundurun. Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 mereka dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yg bergelar perempuan. Barat bersikap double standard terhadap wanita, merek menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai. Jelas terbukti bahawa Barat telah meletakkan maruah kaum wanita di bawah paras harga dan nilai barangan2 biasa di kedai. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambing kemodenan kerana kemodenan sebenar di sisi Allah ialah kemodenann yang memabawa kepada rahmat bagi sekalian alam.

ALASAN KE-3: Tabarruj meletakkan diri serang wanita setaraf dengan kebanayakan
wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan
· Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka?? Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”.. Menghairankan sekali. Bagaimana wanita2 muslimah kini tidak malu menonjolkan identity fasiq, tetapi malu untuk menonjolkan identity taqwa dan iman dengan berpakaian menutup aurat. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini?? Lalu mengutamakan rdhe mereka daripada redha Allah ta’ala. Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka?? Wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan?? Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang redah dan mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan dating suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yg akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-36: “Sesungguhnya, orang yang derahaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang kafir itu”

ALASAN KE-4: Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan
· Jika kita lihat senario kini, ramai wanita muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yg pelbagai fesyen kini dan menacap muka mereka dgn pelbagai produk kecantikan sekarang semat-mata kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.

PENUTUP
Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sebagai baik. Maka, mereka melihat perkara haram sebagai halal. Berpakaianlahmengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam firman-Nya:
“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”
(Al-A’raf:25)
Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:
* Pakaian yang hanya sekadar menutup aura, yang malu apabila dilihat orang.
* Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan
* Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat
o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
o Tidak nipis dan terlalu jarang
o Tidak ketat dan longgar
o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya
Segala yang baik ini daripada Allah Ta’ala dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga usaha yang sedikit ini mampu menjadi bekal amal soleh untuk bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Siiru ‘ala barakatillah

Jumaat, 16 Januari 2009

Qunut dan Qunut Nazilah

copy from; al_faqir blog

bab bacaan qunut pada sembahyang subuh atau pun pada waktu yang lain.dalam membincangkan masaalah ini terdapat beberapa pendapat ulama disini saya akan cuba untuk megupas sedikit masaalah ini sebagai ingatan untuk diri ini.mengikut pendapat mazhab syafie dan maliki adalah sunat dan bagi mazhab syafie ia merupakan sunat yang mana sekiranya ia tertinggal sunat untuk mereka buat sujud sahwi.tetapi pada pendapat pada mazhab hambali dan ibnu ishak adalah tidak perlu qunut melainkan pada waktu yang mana turun bala kepada orang muslim.

menurut imam nawawi pada mazhab syafie bahawa qunut pada waktu subuh adalah sunat selama-lamanya dan adapun bacaan qunut (qunut nazilah) pada waktu yang lain dalam ertikata sebenar sekiranya ditimpa bala keatas orang muslim maka ia terdapat tiga pendapat dalam mazhab syafie pendapat yang pertama ialah sunat dibacakan qunut pada setiap kali sembahyang fardu dan
inilah pendapat yang sohih dan masyur.pendapat yang kedua ialah sunat buat ketika turun bala ataupun tidak turun bala.pendapat yang ketiga ialah tidak sunat buat ketika turun bala ataupun tidak.

waktu disunat kan buat ialah pada ketika rakaat terakhir selepas bangun dari rukuk dan sunat dibacakan dalam keadan nyaring dan menadah tangan tapi tidak sunat selepas baca sapu muka tetapi ada pendapat yang tidak kuat kata ia sunat sapu muka dan iktifak ulama kata makruh sapu dada.

tujuan saya tulis artikal ini ada untuk meyeru kepada semua muslimin yang masih mengaku bahawa saudara mereka dipalestin yang diserang oleh yahudi laknatullah ituu sebagai saudara seagama mereka supaya semua muslim mengadakan qunut nazilah bagi mendoakan mereka diselamatkan oleh ALLAH TAALA dan mendoakan kepada ALLAH TAALA supaya diturunkan bala keatas golongan yahudi laknatullah ini wahai muslimin apa sumbangan kamu pada masjidil aqsa dan saudara kamu di palestin .

P/s: Amalkan ketika solat fardhu tidak kira secara berjemaah mahupun individu di mana-mana sahaja...

Selasa, 13 Januari 2009

Kembali ke Sekolah..

Selesai sahaja saya mengaji, saya mengambil hp saya, ternyata banyak sms yang saya dapat, dan dibaca kesemua sms itu, isinya sama belaka. Tak lain tak bukan, ia adalah satu arahan dari sekolah suruh pergi ke sekolah pada 15 hb kerana ada program. Terasa juga diri ini ingin memberontak, kerana ketika itu sudah malam 12hb, baru dapat tahu. Setelah menelefon ustaz, saya faham akan keadaan sekolah yang sememangnya begitulah, sentiasa mencari dan memberi yang terbaik kepada pelajar2.

Saya mengambil keputusan untuk pergi pada 14 hb dan tumpang tidur di SM Imtiaz Dungun Bawah selama 2 malam dan pulang semula pada pagi 16 hb. Dan kemudiannya, petang 17 hb pergi pula ke SM Imtiaz Dungun Atas untuk berdaftar, padahal 2 buah sekolah itu hanyalah tempat yang sama. Apapun tidaklah saya kisah semua itu kerana saya kira, semakin lama saya di rumah, semakin lagho saya dek arus kebebasan yang sepenuhnya, tanpa terikat pada mana-mana peraturan. Sungguh saya kata, saya lebih suka terikat kepada peraturan daripada bebas kerana saya akui saya masih tidak pandai dalam membahagikan masa dengan betul. Kerinduan saya pada Musolla At-Taqwa, tempat yang penuh makna buat diri ini.

Saya juga ingin berjumpa dengan guru-guru dan adik-adik di sana. Terasa berdebar hendak berjumpa dengan adik-adik sebenarnya. Sepanjang cuti sekolah dahulu, ramai yang bersembang serta meminta nasihat daripada diri ini yang masih cetek ilmu pengetahuan melalui Yahoo! Mesengger samaada yang memang saya rapat atau tidak ketika di sekolah. Kemesraan saya di YM lain dengan ketika bertemu face to face. Beranikah saya memberi nasihat seperti di YM?? Kalau di YM mana tengok muka dan jauh bolehlah saya bercakap dan bergurau sebegitu. Mungkinkah saya akan melarikan diri apabila bertemu dengan mereka-mereka ini?? Maafkan saya adik-adikku sekiranya kemesraanku tidak sama seperti ketika kita berYM. Saya sendiri pelik sebenarnya, ketika di sekolah ada yang saya cukup jarang menegur mereka-mereka ini, tetapi di YM elok sahaja saya bercakap dan bergurau.

Apapun peluang yang pertama dapat kembali ke menengah bawah akan saya gunakan sebaik-baiknya. Saya tahu bukan semua suka akan saya di sana, mungkin sebab saya terlalu banyak berleter atau mendenda orang ketika saya memegang jawatan sebagai Timbalan BADAR di sana? Saya ingin kembali bertemu adik-beradik usrah saya tahun lepas, walaupun saya bakal mendapat adik-beradik baru di SM Imtiaz Dungun Atas, itu bukanlah alasan untuk melupakan antunna semua. Sesungguhnya kekuatan ukhuwwah kerana Allah Taala lebih kuat dan kukuh berbanding ukhuwwah kerana nasab keturunan [baca lanjut].

Buat saudara baru Imtiaz Dungun..haha..adik-adik f1 yang baru sahaja masuk pada 10 hb baru-baru ini, saya ucapkan Ahlan Wasahlan kepada antum semua. Semoga tidak mudah futur dalam berjuang di Imtiaz Dungun. Gunakan kurniaan Allah kepada antum dengan sebaik-baiknya. Saya sebenarnya sedih dengan situasi Imtiaz dungun sejak terpisah dua ini, 1 Imtiaz Dungun Bawah dan satu lagi Imtiaz Dungun Atas. Kebiasaannya, pelajar tingkatan 4 dan 5 tidak kenal akan adik-adik tingkatan 1 dan begitulah sebaliknya. Walaupun jarak yang terlalu dekat dan sentiasa ada program bersama tapi masakan ukhuwwah itu boleh tercipta dalam masa tidak sampai 2 jam atau kurang dari itu? Mungkin boleh, tapi berapa lamakah ia mampu bertahan?

Apa yang saya buat sepanjang berada di rumah? Banyak membuang masa atau banyak mengambil peluang cuti sepenuh masa ini untuk menghadap Allah Taala??? Hanya saya yang mampu menjawab soalan ini. Tetapi apakah saya mampu menjawab persoalan ini dengan tepat dan ikhlas pada diri saya atau apabila ditanya??? Sahabat saya yang 2 orang lagi telah khatam Al-Quran sepanjang cuti ini. Bagaimana pula dengan saya? Doakan saya, agar dapat melawan hasutan syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata. Padahal lebih kurang 2 tahun lepas saya telah menghafaz ayat dalam surah Al-An'am ayat 20 yang bermaksud;

" Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan kurniaan Allah),
maka mereka (dengan sebab yang tersebut) mereka tidak beriman"

Ya Allah moga diri ini tidak termasuk dalam golongan ini.

Saya mungkin kembali menulis dalam blog selepas pulang dari sekolah. Itupun saya tidak mampu jamin. Doakan saya baik-baik aja di sekolah nanti.

Boikot??

Mesej forward yang saya dapat sebentar tadi buat saya ingin berkongsi tentangnya. Saya hanya copy paste, bkan dari tulisan saya. Mungkin ada dikalangan kita yang mengambil sikap remeh sahaja pada boikot.

"Xmau boikot?! boikot Xbg effect? ape yg kite nk jwb kat akhirat nnt? apa usaha kite thdp naseb saudara seakidah kita di palestin! igtlh kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dr punca air dgn membawa air yg hny dpt dibawa dgn paruhny shj dan mencurahknny pd api yg besar itu. tetibe burung itu ditanya, "apsal kau susah2 nk bwk air yg sket tu utk padamkn api yg membakar nabi ibrahim tu? takkn padam punye lah api tu!" ttpi burung itu mnjwb "ak X mahu di akhirat nnt apb ditny apekah yg aku lakukn apb nabi ibrahim dibakar sedangkan ak tak berbuat apa2" jk burung yg X diazab pon berusaha sampai begitu skali, inikn pula kite apbl saudara seakidah kite diBOM di palestin! igtlah bkn hasil yg ALLAH mahu, tp usaha kite! boikot sesungguh mungkin ya akhi wa ukhti.."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sengaja saya letakkan gambar ini. Masih ingatkah anda pada rancangan television ini? Suatu ketika dahulu saya juga merupakan peminat rancangan ini. Cerita ini mempromosikan salah satu barang yang perlu diboikot. Tak nak saya ulas panjang-panjang pasal ini.

Isnin, 12 Januari 2009

AURAT???

P/S: klik pada gambar untuk besarkan

Sabtu, 3 Januari 2009

Ashabul Ukhdud : Keutuhan iman ummah terdahulu

Kisah Ashabul Ukhdud sudah sememangnya selalu kita dengar. Ianya diceritakan oleh Rasulullah secara terperinci di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Nasaa'i dan Muslim, serta disebut oleh ALlah di dalam al-Quran pada Surah al-Buruj yang berbunyi :

[1] Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

[2] Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

[3] Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;

[4] Celakalah kaum yang menggali parit,

[5] (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

[6] (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

[7] Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

[8] Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

[9] Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

[10] Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

[11] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

[12] Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Di dalam sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaa'iq, hadith #7148 diriwayatkan oleh Suhaib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ada seorang raja pada suatu masa dahulu sebelum kamu yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir itu semakin tua, berkata dia kepada raja tersebut, "Sesungguhnya aku sudah semakin tua, maka datangkanlah padaku seorang budak supaya dapat aku mengajarnya ilmu sihir". Maka didatangkan kepadanya seorang budak dan diajarnya. Suatu ketika dalam perjalanan budak tersebut (belajar dgn ahli sihir), dia berjumpa dengan seorang rahib, maka dia duduk di sisi rahib tersebut dan mendengar kata-katanya yang menakjubkan dia. Maka begitulah seterusnya apabila dia hendak berjumpa dengan ahli sihir, dia akan berselisih dengan rahib tersebut dan duduk disisinya. Apabila dia bertemu ahli sihir tersebut, dia dipukulnya (kerana terlewat). Maka budak tersebut mengadukan hal ini pada rahib tadi. Kata rahib tersebut, “Kalau kamu takut pada ahli sihir (kalau2 dipukul), maka katakan keluargaku menahanku. Kalau kamu takut pada keluargamu (kalau2 dipukul), maka katakan ahli sihir menahanku”. Maka begitulah seterusnya hingga pada suatu hari, muncullah seekor binatang yang besar yang menghalang manusia (daripada lalu lalang). Maka berkata budak tadi, "Hari ini aku akan mengetahui siapa yang lebih baik, ahli sihir ataupun rahib". Maka diambilnya sebiji batu dan berkata “ALlahumma kalau perbuatan rahib lebih kau cintai dari perbuatan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini hingga orang boleh lalu lalang seperti sediakala”. Maka dilemparnya (binatang tadi) dan terbunuhlah ia (binatang tadi) hingga membolehkan orang lalu lalang. Maka dia pun pergi kepada rahib dan menceritakan apa yang berlaku. Rahib pun berkata kepadanya, "Wahai anakku, pada hari ini, engkau sudah menjadi lebih baik dariku, hal ehwal dirimu telah sampai kepada satu tahap di mana engkau akan diuji. Dan apabila engkau diuji, maka jangan kau tunjukkan/dedahkan identiti aku."

Kemudian seterusnya, budak tersebut berjaya menyembuhkan pesakit2 kusta dan yang buta, dan mula mengubati orang ramai dari pelbagai penyakit. Maka seorang daripada pegawai/menteri/companion kepada raja tersebut mendengar (hal budak ini merawat orang sakit) sedang dia itu buta, lalu dia datang kepada budak tersebut dengan hadiah yang banyak dan berkata, “Apa yang ada disini semuanya untuk kau seandainya kau dapat menyembuhkan aku”. Kata budak tersebut “Sesungguhnya aku tak boleh menyembuhkan seseorang, tetapi yang menyembuhkan ialah Allah. Sekiranya engkau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah (supaya menyembuhkan kau).Dia pun beriman kepada Allah dan Allah menyembuhkan penyakitnya. Maka pembesar tadi pergi kepada raja dan duduk bersama-samanya seperti biasa. Maka raja berkata kepadanya, “Siapa yang mengembalikan penglihatan kau.” Pembesar tersebut berkata, “Rabbi”. Raja bertanya “Adakah kau mempunyai tuhan selainku”. Pembesar menjawab “Tuhanku dan tuhanmu ialah Allah”. Maka raja pun menyiksanya tanpa henti sehingga dia memberitahu perihal budak tadi. Maka budak tadi pun dipanggil. Raja berkata, "Wahai budak, telah sampai kepadaku berita tentang sihirmu yang menyembuhkan orang buta dan kusta dan kau berbuat begitu dan begini." Maka berkata budak tersebut, “Sesungguhnya aku tidak menyembuhkan tetapi Allah yang menyembuhkan." Maka raja pun menyiksa budak tadi tanpa henti hingga dia akhirnya mendedahkan identiti rahib. Maka rahib pun diseru oleh raja dan dikatakan kepadanya, “Keluarlah daripada agamamu!” Dia membantah maka diletakkan gergaji di atas kepalanya kemudian digergajinya rahib tadi hingga terputus dua. Kemudian dibawa pula pembesar raja tadi dan dikatakan kepadanya, “Keluar daripada agamamu”. Dia membantah maka diletakkan gergaji di tengah kepalanya dan digergajinya hingga terputus dua.

Kemudian dibawa pula budak tadi dan dikatakan kepadanya “Keluar daripada agamamu!” Dia membantah, lalu diserahkan budak tadi kepada sekumpulan daripada pembantu-pembantu raja tersebut. Raja berkata, "Pergilah kamu semua dengan budak ini ke satu gunung, dakilah gunung tersebut, dan perintahkan lagi supaya budak ini keluar dari agamanya. Jika dia menolak, maka tolaklah dia jatuh dari gunung tersebut." Maka mereka pun pergi ke gunung tersebut dan mendakinya. Berkatalah budak tadi “ALlahummakfinihim bima shi’ta” (YA Allah, selamatkan aku dari mereka dengan apa cara jua yang kau inginkan). Gunung tersebut mula bergoncang hingga menyebabkan semua pembantu-pembantu raja tadi terjatuh ke bawah. Budak tersebut kembali kepada raja sambil berjalan. Raja bertanya kepadanya, “Apa terjadi pada kawan-kawan kamu?”. Budak tersebut menjawab, “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka”. Kemudian budak tadi diserahkan lagi kepada sekumpulan daripada pembantu-pembantu raja tersebut. Raja berkata, "Pergilah kamu dengan budak ini dan bawalah dia menaiki kapal kecil, kemudian apabila kamu sampai ke tengah lautan, perintahkan supaya budak ini keluar dari agamanya. Jika dia menolak, maka tolaklah dia ke dalam laut tersebut. Mereka pun pergi dan berkata lagi budak itu, "ALlahummakfinihim bima shi'ta". Kapal tersebut lalu terbalik, menenggelamkan mereka semua kecuali budak tadi, yang pulang berjalan kaki bertemu dengan raja. Berkata raja kepadanya, "Apa yang terjadi kepada kawan-kawan kamu?". Budak itu berkata, "ALlah telah menyelamatkan aku daripada mereka."

Budak tersebut kemudian berkata lagi kepada raja, "Kamu tidak akan dapat membunuh aku melainkan jika kamu melaksanakan apa yang aku perintahkan kepada kamu." Raja pun bertanya, "Apa dia perintahnya?" Budak tersebut menjawab, "Kumpulkan seluruh rakyat pada satu tanah lapang, kemudian ikatlah aku pada sebatang pokok. Ambillah sebatang anak panah dari bekas anak panahku, letakkan ia pada busurnya, kemudian katakanlah, "Bismillahi rabbil ghulam" (Dengan nama ALlah, Tuhan budak ini), kemudian panahlah aku. Kalau kamu melakukan sedemikian, maka kau akan dapat membunuh aku."

Raja pun memanggil seluruh rakyatnya untuk berkumpul di suatu tanah lapang dan diikatnya budak itu pada sebatang pokok. Kemudian dia mengambil sebatang anak panah dari bekas anak panah budak tadi, diletakkannya ke busur seraya berkata, "Bismillahi rabbil ghulam" dan dilepaskan anak panah tadi hingga terkena pada pelipis budak tersebut. Budak tersebut memegang tempat terkenanya panah tadi kemudian dia pun meninggal dunia. Serentak dengan itu juga, berkatalah seluruh rakyat, "Aamannaa birabbil ghulam! Aamannaa birabbil ghulam! Aamanna birabbil ghulam!" (Kami beriman dengan Tuhan budak ini! Kami beriman dengan Tuhan budak ini! Kami beriman dengan Tuhan budak ini!). Datanglah pembantu-pembantu raja tadi dan dikatakan kepadanya, "Tidakkah kau nampak terjadinya perkara yang engkau takuti selama ini? Sesungguhnya ALlah telah mendatangkan perkara yang paling engkau takuti selama ini, iaitu dengan berimannya seluruh manusia."

Maka raja pun memerintahkan agar digali parit-parit di beberapa laluan penting di kawasan tersebut. Apabila parit-parit digali dan api dinyalakan di dalamnya, dikatakan kepada sekelian manusia, "Sesiapa yang tidak mahu keluar dari agamanya (agama budak tadi) akan dicampakkan ke dalam api atau akan dikatakan kepadanya supaya terjun ke dalam api." Seluruh rakyat memilih untuk dicampakkan ke dalam api dan tidak menukar agama mereka hingga datanglah seorang wanita bersama bayinya yang teragak-agak untuk terjun ke dalam api. Maka berkatalah bayinya yang masih kecil itu kepadanya, "Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran."

----------------------------------

Kenangkanlah contoh yang ditunjukkan oleh ummah terdahulu akan teguhnya iman mereka walau diuji dengan nyawa mereka sendiri, namun meninggalkan agama ini tidak sekali-kali. Beberapa pengajaran yang boleh kita dapati dari kisah ini ialah:

1) Keimanan kita pasti akan diuji oleh ALlah sesuai dengan ayat-Nya dalam surah al-ankabut ayat 2-3

[2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

[3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


2) Tidak melarikan diri dari usaha dakwah bahkan tetap terus berdakwah walaupun menghadapi cabaran yang getir. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh budak tadi, walaupun raja tersebut cuba untuk membunuhnya berkali-kali, namun setiap kali dia terselamat, dia tidak bersembunyi dan melarikan diri bahkan kembali kepada raja walaupun dia tahu raja pasti akan cuba untuk membunuhnya lagi

3) Rela berkorban apa saja untuk menegakkan Islam dan menyampaikan ajaran Islam kepada semua, termasuk berkorban harta dan nyawa.

4) Mendahulukan kepentingan ummah lebih dari kepentingan peribadi. Dalam kes budak tersebut, dia lebih mementingkan agar berimannya seluruh rakyat berbanding keselamatan dirinya sendiri, seandainya pengorbanannya itu menjadi sebab kepada berimannya seluruh rakyat.

5) ALlah memberi pertolongan dan petunjuk kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dalam pelbagai bentuk untuk menambah dan mengukuhkan lagi keimanan hamba-hamba-Nya. Contohnya diizinkan oleh ALlah agar bayi wanita tersebut berkata-kata supaya kembali kukuh pendiriannya, diizinkan oleh ALlah agar budak tersebut terselamat dari ancaman bunuh oleh raja dan pengikutnya dan sebagainya.

---------------------------------

Sahabat,

Sesungguhnya dalam kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang dijadikan ALlah ini, ada pengajaran yang sangat banyak untuk kita semua mendekatkan diri kepada ALlah dan menambahkan lagi ketaqwaan serta keimanan kita pada-Nya. Persoalannya, sejauh manakah kita telah mencontohi perwatakan mereka yang teguh imannya ini? Kita yang rata-ratanya lahir sebagai seorang Islam, mungkin ada yang take for granted anugerah nikmat Islam dan Iman yang telah ALlah kurniakan pada kita. Berapa ramaikah di antara kita yang menghargai Islam dan Iman kita seperti mana mereka yang telah disiksa kerana keimanan mereka suatu ketika dahulu? Mereka dibunuh kerana berimannya mereka kepada ALlah, mereka disiksa kerana tingginya taqwa mereka kepada ALlah - and for no other reasons.

Hargailah nikmat yang ALlah berikan pada kita ini, dan tetaplah berada di atas jalan-Nya yang lurus. Perjuangkanlah Islam di mana jua kita berada walau terpaksa berkorban nyawa sekalipun.

--------------------------------
Adakah kita sudah sampai ke tahap iman dan taqwa seperti budak itu dan mereka yang dicampakkan ke dalam api? Tepuk dada perbaharuilah iman...