Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 19 Mac 2009

IMAM ABU HANIFAH


Oleh sebab, ana tidak dapat copy paste ke dalam microsoft word daripada YM kawan ana. Sebagai alternatif lain untuk masukkan dalam microsoft word ana letakkan di sini. Sebenarnya ia adalah salah satu kerja kursus PQS tingkatan 4 sebenarnya. Terima kasih buat sahabiah ana yang beri ini. Kesempatan ini, tahniah buat sahabat yang dapat nombor 2 dalam musabaqah prgkt neg Terengganu juz 1-5...

IMAM ABU HANIFAH

ابو حنيفه اتاو نام سبنر بلياو نعمان بن ثابيت دلاهيركن ڤد 80 هجرةبرسمأن 699 مسيحي د كوفه،
 العراق كتيك زمان ڤمرينتاهن خليفه عبدالماليك بن مروان. بلياو برأصل دري كتورونن ڤرسي دان مروڤاكن علماء تركنل اسلام يڠ مڠاسس مذهب حنفي. ڬلرن بلياو سباڬاي "ابو حنيفه" دأمبيل كران بلياو سنتياس ممباوا تينتاڽ ك مان سهاج بلياو ڤرڬي اونتوق منچاتت علمو يڠ دچاري; ممڤوڽاءي انق برنام حنيفه; دان حنيفه جوڬ برمقصود چندروڠ اڬام. بلياو
تركنل دڠن صفةڽ يڠ سوك مڠهولوركن بنتوان كڤد سسياڤا سهاج يڠ ممرلوكن بنتوانڽ دان راجين بروسها سرتا ممڤوڽاءي چيتا-چيتا يڠ تيڠڬي دالم هيدوڤڽ. بلياو جوڬ ساڠت مڠحرمتي ڬورو-ڬوروڽ سهيڠڬاكن سريڠ ممبري هديه كڤد ڬورو-ڬوروڽ دان ڬورو-ڬورو يڠ مڠاجر انقڽ. بلياو ڤرنه دڤوجوق اوليه خليفه اونتوق ممڬڠ جاوتن دالم كراجأن تتاڤي دتولقڽ كران بيمبڠ ديريڽ دڤرڬوناكن اوليه خليفه. بلياو منيڠڬل دنيا ڤد 150 هجرة برسمأن 767 مسيحي د ڤنجارا كتيك بروسيا 70 تاهون دان دكبوميكن د بغداد. مذهب بلياو ترسبار د نڬارا-نڬارا اسلام دان برڤڠاروه د العراق. سلاين ايت، مذهب اين جوڬ مروڤاكن مذهب راسمي كراجأن عثمانييه سرتا ججاهن تعلوقڽ سڤرتي مصر، لوبنن، دان ش
 شريا.

SIFAT PERIBADI
 -برڤريبادي مليا،برچيتا-چيتا تيڠڬي،براني دان ڤينتر
-ڤتاه برچاكڤ تتاڤي ڤنديام ،ورع،ڤرامه،تنڠ،صبر،برڤاكاين برسيه دان كمس
-سأورڠ هرتاون ،برعلمو،كوات برعبادت،درماوان،براني دان زهد
-سأورڠ اهلي ڤرونداڠن دان دڬلر الامامالاءعظم
 
PENDIDIKAN
 بلياو سمڤت بلاجر دڠن ببراڤ اورڠ صحابة نبي محمد صلى الله عليه وسلم ترماسوقله اناس بن ماليك، عبدالله بن ابي اوفا، سهال بن ابي سعد، عبدالله بن الهاريث دان عبدالله بن اناس. كچينتأن بلياو ترهادڤ علمو تله ممباوا بلياو اونتوق منونتوت علمو دڠن 200 اورڠ لاما ترماسوق ڤارا صحابة دان طبيعين. علمو يڠ دڤلاجري بلياو ترماسوقله علمو توحيد، علمو القرءان، دان علمو حديث سلاين ماهير دالم بيدڠ سسترا. بلياو ڤرنه برڬورو دڠن هماد بن سليمان سلاما 20 تاهون سبلوم مڠمبيل اليه تمڤت ڬوروڽ ايت ستله ڬوروڽ ايت منيڠڬل دنيا.

SUMBANGAN
 بلياو باڽق مڠهابيسكن ماس د مسجد اونتوق مڽمڤأيكن علمو ڤڠتاهوان ترتوتم بركنأن بيدڠ اڬام كڤد اورڠ راماي. بلياو جوڬ تركنل دڠن كبيجقسنأن بلياو دالم ممبيذاكن حديث صحيح دان جوڬ سباليقڽ كران بلياو ساڠت برهاتي-هاتي دالم مننتوكن سسواتو حكوم مڠيكوت مرتبت حديث. امام ابو حنيفه تركنل سباڬاي اهلي فيكير دالم اسلام كران مڠڬوناكن عقل فيكيرنڽ دالم مموتوسكن سسواتو حكوم اڤابيلا حيكوم تيدق ترداڤت د دالم القرءان. بربكلكن كبوليهن يڠ دميليكي بلياو، بليا برجاي مڽوسون علمو-علمو بركنأن حكوم فيكه سهيڠڬ منجادي باب-باب سڤرتي يڠ ترداڤت
 ڤد ماس كيني دان بلياو مروڤاكن علماء ڤرتام يڠ مڽوسون كتاب فيكه سچارا ترسوسون مڠيكوت باب دان فصل. بلياو جوڬ مڽوسون كتاب "الفرائض" ﴿هرتا ڤوساك﴾ دڠن لڠكڤ. چارا ڤميكيرن بلياو ممڤڠاروهي انق-انق موريدڽ يڠ مڽيباركن علمو مڠيكوت اليرن ڤنداڤت ملالوءي كليه دان ڤنوليسن. بلياو اچڤكالي منڬه موريد-موريدڽ برتقليد تتاڤي مڠڬالقكن مڠڬوناكن عقل فيكيرن مڠناءي سسواتو حكوم دان منڬه اومت اسلام برعمال دڠن ڤركارا-ڤركارا بدعة دالم عبادت

KETOKOHAN
 الامام ابو حنيفه تركنل دڠن كڤينترن مڠلواركن حكوم.علمو ڤڠتاهوان يڠ مندالم مڠناءي القرءان دان السنه ممبوليهكن بلياو مڠڬوناكن ءاقل اونتوق ممبوات سسواتو كسيمڤولن اتاو كڤوتوسن.كادأن مشاركت دزمانڽ ڤنوه دڠن مسئله كهيدوڤن سرتا تيمبول برباڬاي-باڬاي اليرن ڤميكيرن دالم اسڤيك سوسيال،ڤوليتيك دان ڤرونداڠن.بلياو برجاي مڽلساءيكن مسئله-مسئله ترسبوت دڠن ممبري فتوى-فتوى سام اد سماس د كوفه اتاو د بغداد


Isnin, 16 Mac 2009

Susahnya...


Tulisan secara santai-santai jer hari ni. Setelah sakit kepala membuka buku bio, rehat sebentar dengan menulis. Boikot? Susah ker? Ni, nak citer pengalaman jer.

Ana ni bab memboikot ni kuat la jugak. Bukan apa, selagi boleh elak, kita elak. Sampai ada ketika tu, kawan2 ana xnak kuar ngan ana sebab ana ni kuat memboikot. Sekali tu, kawan-kawan ana ajak ana kuar, mula-mula xnak ikut, dipujuk-pujuk ana pun ikut. Lastly, korang kata lapar, nak makan. Korang ajak ana makan KFC, huhu..Lastly, kita makan nasi ayam dekat warung tepi jalan jer yer, kenyang pun kenyang..hehe.. 2la, ajak lagi ana, kan dah susah.

Satu hari, ana keluar dengan abang ana, tetiba dia kata lapar. Time 2, kami memang ada dekat 'Yellow Town' (nama eksklusif 4 bndar Kemaman) da... Dekat jer dengan Pizza Hut, KFC, A&W senang citer, sumer benda yang perlu diboikot la. So, abang ana ajak makan Pizza Hut, dia hendak belanja. Ana telan airliur jer, biar betul aku ni?? Mikir sorang. Selama ini, ana tahan beli benda-benda boikot, dah banyak dengar tentang boikot ni. Teringat ana akan gambar ini:

Ana tolak pelawaan abang ana, ana ajak dia makan kat restoren biasa jer. Dia tak nak. Ana kata ana malu, dengan pakaian muslimah begini, ana akan masuk dalam Pizza hut 2?? Dia kata lagi, bukan orang kenal pun. Ana pun pikir, sekali-sekala xper la. Dipendekkan cerita, ana dan abang ana masuklah dalam Pizza Hut 2. Waktu itu, bau roti-roti dalam 2, cukup2 membuatkan ana punya sifat perikemanusiaan hilang.

Datanglah mamat pelayan 2, dia cakap kat abang ana, yang biasa dah abis, tgal yang crunchy jer ada. Ana biarkan abang ana je belek buku pesanan itu sebab ana bukannya reti bab2 ni. Lama jugak dia membelek, ana tengok sekeliling, aik, ada jugak orang macam ana yerk.. Nampak jer lebai, tapi makan gak benda2 ni (nok ngata kat diri sendiri benornya). Last2, abang ana kata, adik jom ar makan kat lain. Sukanya ana, mampu jugak ana tahan yerk...

Kat dalam kereta dia pun kata, rasa lain ar biler duk dalam 2. Kesian plak kat orang Palestin, kita makan, sumbang senjata kat Israel plak. Ana senyap jer tapi dalam hati, sedar jugak abang ana yang sorang ni yerk... Lastly, makan kat restoren tepi jalan jugak..huhu.. Susah ker nak tahan dari makan benda2 ni??Susah la jugak kot...Apapun, moga sampai akhir hayat, diri ini xlagi menyumbangkan untuk Israel...Hanya Iman yang mampu kawal...Juz bercerita...

Ahad, 15 Mac 2009

Tentang Kita...

Sewaktu ana dan beberapa orang sahabiah ana membersihkan bilik MPP, ana curi masa itu, untuk membuka komputer MPP. Ketika membuka dokumen-dokumen yang ada, maka terjumpalah artikel ini dalam salah satu folder HI-COM tahun lepas. Harap tidak mengapalah dicopy yerk. Khas buat pelajar2 SMID. Dialu2kan untuk memberi komen atau memberi jawapan pada artikel ini. Boleh analisa sikit. Mana satu diri kita??

* Anda membaca Ma’thurat :

a. Setiap hari

b. Sekali seminggu

c. Bila ada mood / jarang- jarang

d. Bila imam Asar baca je


* Anda solat sunat rawatib (sebelum Subuh, selepas maghrib dan sebelum isyak) :

e. Istiqomah

f. Bila ada mood

g. Bila disuruh JKBI dan MPP

h. Terlalu jarang


* Anda sedang study, tiba- tiba seorang kawan mengajak anda menonton rancangan menarik yang anda minati seperti Kekasihku seru, anda………

a. teruskan study kerana study lebih penting

b. membawa buku depan TV

c. tutup buku dan tinggal terus

d. menegur kawan kerana pengaruhi mood study anda


* Anda baru pulang dari sekolah dan menuju ke dewan makan, kebetulan menu pada hari itu, kuih kegemaran anda. Lalu……..

a. mengambil lebih kerana kuih itu anda suka

b. bertanya sesiapa yang tidak mahu makan dan anda mengambil bahagiannya

c. menunggu samapai orang lain makan

d. tahan nafsu kerana fikirkan hak orang lain


* Kawan anda menegur kerana anda tidak memakai skafhand. Reaksi anda…..

a. bersyukur kerana masih ada sahabat yang mengambil berat tentang diri anda

b. marah kerana jaga tepi kain orang

c. balik dar dan pakai skafhand

d. buat dono je,kerana dosa pahala aku punya


* Adakah anda tahu bahawa mata yang berjaga malam ketika orang lain lena dibuai mimpi diharamkan Allah dari api neraka. Bagaiman dengan anda. Qiamullail????

a. bila anda terbangun tengah malam

b. sekali seminggu

c. bila JKBI anjurkan

d. sekali sebulan


* Anda menangis dalam sembahyang bila………

a. tak pernah

b. rasa insaf hadir dalam diri

c. anda hayati kalimah yang dibacakan dalam solat

d. dibebani masalah


* Anda terbangun tengah malam dan……

a. berwudhuk dan qiamullail

b. sambung tidur

c. ambil buku dan study

d. ambil bakul mandi dan tanda bilik air


* Orang yang hebat ialah orang yang berjaya menahan marah. Jika anda, apa yang akan anda lakukan???

a. jika berdiri, terus duduk dan sebaliknya

b. ambil wudhuk

c. lepaskan pada orang lain dan orang lain akan jadi mangsa

d. mendiamkan diri dan menangis seorang diri


* “Malu bertanya sesat jalan”. Anda tak faham tajuk meiosis biarpun beberapa kali cuba memahaminya. Lalu…….

a. rujuk kawan yang menguasai topic itu atau rujuk cikgu

b. cuba membacanya lagi sehingga faham kerana ingin usaha sendiri

c. putus asa dan tidak mempedulikan tajuk itu

d. menangguh hingga last minute nak exam


* Bila anda mandi pada waktu cuti ????

a. seperti hari sekolah

b. bila matahari dah naik

c. bila tak sedap badan

d. bila puas dileteri kawan


* Anda tersedar dari tidur dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 5.40 pagi. Anda..

a. mandi kerbau kerana takut lewat

b. terus menyarung telekung dan bawa ubat gigi ke musolla sekali

c. mandi je kerana menyedari nama tetap akan diambil nama oleh JKBI

d. tak pernah ada pengalamn kerana sentiasa bangun awal


* Anda sedang menonton rancangan TV kegemaran anda, tiba- tiba ibu anda suruh anda membasuh pinggan mangkuk di dapur.Apa tindakan anda???

a. memenuhi suruhan ibu

b. tangguh sehingga iklan

c. minta tolong adik basuh pinggan dengan alasan bagi peluang kita tengok TV,

kat asrama tak peluang nak tengok

d. tak buat langsung


* MTQ telah menetapkan untuk hafaz 15 m/s pada bulan Jun. Tetapi, anda masih belum cukup muqorror sedangkan Jun akan berakhir. Bagaiman dengan anda???

a. putus asa dan enggan menghafaznya

b. cuba sedaya upaya yang mampu

c. redha untuk menunggu hukuman dari penyelaras

d. tiada pengalaman kerana memang cukup 10 m/s setiap bulan


Jumaat, 13 Mac 2009

Khas buat ikhwah wa akhowat fi IMTIAZ DUNJUN

P/S: Ini tulisan seorang bekas pelajar banat SM Imtiaz Dungun...

Bersyukurlah kepada Allah kerana masih menempatkan diri antum di kalangan Huffazul Quran. Dunia menjadi saksi akan ramainya umat manusia pada hari ini mula menjadikan Al-Quran sebagai satu subjek utama pengajian malah banyak institusi yang bercita-cita untuk melahirkan generasi Ulul Al-bab...Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai pakaian hidup sehari-harian. Ada yang sudah menghafaz berbondong2 juzuk namun masih punya masalah dari sudut sahsiah, ibadah dan aqidah lantaran hanya menjadikan kalam suci Allah itu sebagai mainan di bibir sahaja.

Buka mata, perhatikan diri dan suasana di sekeliling kita...Apakah masih wujud bi'ah hasanah?? Bagaimana pula dengan solat kita, khusyukkah?? Bagaimana pula dengan sahsiah kita, masih berlandaskan fardi muslim atau sudah jauh tersasar dari bersama arus dunia??? Bebaskah persekitaran sekolah kita daripada gejala2 yang tidak sihat seperti merokok, melawan kata guru, tidak hormat pada orang yang lebih dewasa?? Ayuhlah wahai sahabat...belum terlambat untuk kita membaiki diri. Belajarlah untuk membuka hati dan minda untuk menilai amalan-amalan mulia yang sudah jauh kita tinggalkan. Jauhilah diri daripada pengaruh yang tidak baik dari persekitaran mahupun kawan2 serta desakan2 yang mampu menghancurkan diri di lembah kehinaan.

Ayuh berilah peluang kepada diri sendiri untuk menerima kebenaran dan kebajikan. Sesungguhnya kebenaran itu ibarat mutiara, susah untuk dicari tapi apabila terjumpa alangkah cantik dan berharganya ia. ....Cubalah melawan nafsu mudi yang menjadi musuh utama iman di dada. Jangan malu dan takut untuk bermuhasabah dan mengakui kesilapan diri...biar malu hari ini, jangan malu di kemudian hari. Pilihlah sahabat yang mampu mendekatkan dirimu dengan Ilahi....moga Allah sentiasa membuka pintu hidayahNya buat kita....

" Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafunya, dan tingkah lakunya pula aalah melampaui kebenaran" (Al-Khaf)

Dunia luar datang mengepung,
Dunia Islam kian terkurung,
Ibarat buih hanyut terapung,
Dipikul ombak besar menggulung

Bilangan banyak tiada gunanya
Bila 'wahan' penyakit kita
Takut mati cintakan dunia
Kelak rosak iman di dada

Khamis, 12 Mac 2009

BLAZE OF MAHABBAH



"LAISAL ISLAM ILLA BIL JAMAAH
WALAISAL JAMAAH ILLA BIL UKHUWWAH
WALAISAL UKHUWWAH ILLA BIL MAHABBAH"

Alhamdulillah dalam keadaan yang tidak berapa sihat ana tetap menyertakan diri ana dalam program yang dianjurkan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Dungun (ex-sim). Walaupun program ini bertembung dengan pelbagai program namun ia tetap berjalan lancar dan ana sekali lagi bersyukur kerana sepanjang program ini ana mampu menghadirkan diri walau terpaksa buat-buat sihat. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 4 serta 5 orang pelajar tingkatan 3. Melalui ucapan pengarah program pada malam perasmian program bahawa objektif utama program ini adalah untuk menjalinkan ukhuwah bertepatan dengan nama program ini "BLAZE OF MAHABBAH" yang ana kira dalam Bahasa Melayu ia bermaksud semarak kasih sayang. Pada Subuh Sabtu lagi, ketika di dalam Musolla Ar-Rayyan telah dapat dirasakan semarak kasih sayang itu, betapa lamanya tidak berjumpa dengan semua kakak2.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih buat penganjur. Ana tak berikan komen ana ketika waktu refleksi, ketika itu mata hampir2 tertutup da, tapi tidak mengapalah ana coretkan di sini. Sejujurnya ana kata, inilah program yang paling hebat di antara semua program yang telah ana lalui walaupun ana rasa cara pelaksanaan program ini hampir sama dengan kem MPP pada tahun ini cuma kem MPP lebih ekstrem dan program ini lebih kepada pentarbiahan yang syadid. Takut ana dengan "Juyushad DQ" yang sememangnya hebat, nak pinang fasi pun dah terkena tebuk Al-Quran?? Cuma ana rasa program ini lebih kurang dengan program exsim tahun lepas yang dibuat untuk pelajar f4 2008. Oleh sebab itu, rasa sudah boleh teka sedikit selepas ini apa akan berlaku. Kalau tahun lepas tonton cerita Saladin, tahun ni tonton spider plant man dan kemudiannya kena berlari pergi kat tempat lain. Salah satu tentatif yang ana boleh teka lah. Jadi ana cadangkan tukar-tukarlah tentatif setiap tahun memandangkan program ini InsyaAllah menjadi program tahunan.

Ketika ini jua tersedarlah diri ini betapa berdosa dan ruginya mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya (Al-Ilmu bila 'amal kassyajarah bila thamar" serta Mengetahui hukum hakam itu dan ini tetapi tidak mengamalkannya apatah lagi menghafaz ayat-ayat Allah tentangnya tapi tidak mengamalkannya. Malah kadang-kadang menggunakan ilmu untuk membela perkara yang salah sedang diri mengetahuinya. Banyaknya dosa diri ini. Dan sedar jua diri ini, sebenarnya dalam kehidupan ini kita banyak menekankan "AMAR MA'RUF" dan melupakan, ana tak kata tinggal terus tapi ana sebut lupa, pada "NAHI MUNKAR". Kita banyak menyuruh orang ke arah kebaikan tetapi apabila melihat kemungkaran yang dilakukan kita pasti berfikir terlebih dahulu untuk mencegahnya dan setelah berfikir belum pasti kita melakukannya. Sedangkan Allah Taala telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 110:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) "

Dalam Firman Allah surah At-Taubah pula:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (71)

Hanya iman yang mampu mengekalkan pentarbiahan ini sampai ke penghujung hidup ini. Ya Allah kau teguhkanlah Iman ini untuk berhijrah kepada yang lebih baik buat selamanya. Dan ini pesanan daripada Exco BADAR, pentarbiahan dah dapat jadi Musolla, sentiasa masuk tepat pada waktunya yer...Biar bersih buku BADAR tahun ni...sekadar iklan penaja sebentar...

Dalam program ini, perkara yang paling ana geram dengan koordinator banat (jgan marah), korang rampas diari ana tanpa sebarang notis. Syukur, diari itu penuh dengan isi mesyuarat sahaja. Tapi memang ana geram sangatlah, tiada benda lain ker nak kutip? Aduih2..It's okay la...dan ketika gimik birthday untuk abang Ridzuan dan kak Sakinah korang guna kain batik ana dan seorang sahabat ana. Aduih lawaknyer, kami para peserta banat dah boleh teka itu satu penipuan. Nasib baik ana dan sahabiah2 tak buat rosak gimik itu.

Terselit jua satu program yang sayu dalam program Blaze of Mahabbah ini, iaitu majlis wida' Ustaz Mohd Borhanuddin. Apapun ana tidak mahu diceritakan di sini. Cuma ana minta maaflah kepada para MPP, ana terdelete gambar2 waktu semalam bersama ustaz, makan roti canai dan air pelik yang agak sedap..haha..sekali pandang macam air teh susu, bila minum...lu pikirlah sendiri...

Sekali lagi terima kasih buat semua exsim...yang bertungkus lumus menjayakan program untuk adik-adik. Kami amat menghargainya dan sesungguhnya kami masih banyak memerlukan pentarbiahan seumpama ini bagi mengikis semua ego kami.

P/s: Terima kasih jua buat sahabiah ana yang sanggup meminjamkan pendrivenya pada ana semata-mata untuk copy video kat atas dengan meninggalkan ia di dalam peti surat rumah ana. Alhamdulillah malam ini, ada rasa nak buka hp, kalu tak berhujanlah pendrive nti.

Ahad, 1 Mac 2009

Tazkirah buat diri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

         Terasa benar-benar mahupun cukup-cukup berserabut di dalam kepala, bermacam benda yang terpaksa difikirkan. Tulisan kali ini, InsyaAllah ana kaitkan dengan kehidupan ana sepanjang awal tahun ini, tapi ana mengaplikasikan sebagai tazkirah. Cuma tulisan kali ini, bagi ana ia sedikit sukar kerana bukan semua yang boleh diperkatakan dan ana mungkin lebih banyak menggunakan maksud yang tersirat. Sekiranya dapat mengambil apa yang baik, ambillah ia dan sekiranya ada kesilapan pada artikel ini, ana mohon teguran. Sesungguhnya ana hanyalah insan yang lemah, yang sentiasa melakukan kesilapan dan diri ini masih banyak ilmu yang perlu dituntut.

 

         Untuk tahun ini ana menyambung kembali hafazan ana bermula awal surah Al-Ankabut, walaupun sepatutnya ana mulakan dengan mukasurat kedua surah ini. Tapi tidak mengapalah tasmi' 2 kali pun. Ana tertarik untuk menyentuh ayat kedua dari surah tersebut yang berbunyi:

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

 (Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan

"kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?)

Bukan senang untuk menjadi orang yang beriman. Apakah kita selama ini ingat hanya dengan kata-kata itu kita sudah mampu membuktikan keimanan kita? Kita pasti akan diuji setinggi mana tahap keimanan kita, semampu mana kita menerimanya.

 

         Ujian Allah datang dalam pelbagai cara, terkadang apa yang berlaku datang tanpa pernah kita sangka atau mengagak. Tetapi ingatlah ayat Allah Taala dalam surah Al-Baqarah:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

 

         Terkadang terasa diri ini benar-benar keseorangan dalam jalan ini. Tiada tempat untuk mengadu segalanya. Tapi teringat ana pada jawapan Nabi Ya'kub A.S dalam surah Yusuf:

قَالَ إِنَّمَآ أَشۡكُواْ بَثِّى وَحُزۡنِىٓ إِلَى ٱللَّهِ

((Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah)

Sesungguhnya Allah Taala itu maha berkuasa dan maha mendengar. Cukuplah Allah Taala menjadi tempat kita mengadu kesusahan dan mohonlah petunjuk dari-Nya agar kita ditunjukkan jalan yang betul. Persoalan di sini di mana untuk diri ini melepaskan tekanan yang menimpa? Ada mereka yang menjawab kepada ana, pergilah sertai halaqoh-halaqoh yang boleh dikatakan membingitkan telinga atau menyebabkan kita ketawa. Benarlah, ia boleh menghilangkan tekanan cuma ia hanyalah sekadar sebentar.

أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

(dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang)

Kebiasaannya pergilah diri ini mencapai Al-Quran, dan cuba untuk membacanya, tapi Ya Allah, mengapa tidak mampu ana teruskan bacaan ini? Ada yang berkata pada ana, ketika menghafal mahupun murajaah jangan difikirkan perkara lain, diri ini cuba menjauhkan fikiran ini daripada mengingati segala masalah yang berlaku, tapi mengapa tidak berhasil? Ini masih lagi menjadi tanda tanya buat ana, bagaimana untuk melepaskan fikiran dari perkara lain ketika menghafaz mahupun murajaah?? Mungkin jua diri ini terlalu banyak melakukan dosa. Teringat ana satu pepatah arab (kalu salah tolong perbetulkan) yang lebih kurang begini maksudnya:

 

'Tidak ada yang kecil dengan berterusan, Tidak besar bersamanya mohon keampunan"

 

Pepatah ini ingin mengatakan bahawa, tiada dosa kecil apabila kita melakukan ia dengan berterusan dan tidak ada dosa besar sekiranya kita memohon keampunan.

 

         Jalan jihad bukanlah satu perkara yang senang. Biarlah di dunia banyak dikeluarkan air mata, moga di akhirat tidak. Seorang junior ana, mengajukan satu soalan kepada ana masih ana ingat soalan itu, "Mengapa kita hidup untuk kesenangan orang lain, sedang kita tidak gembira". Ana lupa jawapan yang ana berikan kepada dia, soalan ini buat ana tergamam kerana pernah dahulu diri ini menanyakan diri ini sendiri soalan yang lebih kurang dengan ini maksudnya. Berapa sangatlah nilai hidup di dunia ini jika hendak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi? Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

 

'….kalaulah dunia ini sama (nilainya) disisi Allah dengan sehelai sayap nyamuk nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun'

(H.R at-Tarmizi)

 

         Masih banyak sebenarnya persoalan yang bergolak dalam diri ini. Pernah jua tertanya mengapa ana tidak boleh membuat keputusan untuk diri ana sendiri? dan ana bertanya kembali pada diri ini, Mengapa mahu diungkit kembali tentang itu sedang ana sendiri tidak tahu apa yang terbaik buat diri. Semoga pilihan yang telah dibuat selama ini adalah yang terbaik buat diri ana, biar ia terasa perit untuk dilalui.

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌

 وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ

وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

 

         Cukuplah ana berhenti di sini sahaja untuk tulisan kali ini. Inilah cara ana, sekiranya tekanan atau masalah hadir, ana akan bermonolog dalaman dengan diri sendiri. Sekiranya ada kesilapan samada yang disengajakan mahupun tidak, ana mohon peneguran dan InsyaAllah ana akan usahakan untuk memperbetul. Tulisan kali ini adalah tazkirah buat diri ini, moga diri ini mampu meneruskan perjuangan ini. Doakan ana agar tidak mudah futur dan tidak mudah berputus asa.

لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

"tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

 

Wallahu'alam…


MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 09

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 09

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN ATAS

 

PRESIDEN

AHMAD SYAFIQ RAHIM

 

TIMB. PRESIDEN I

MOHD SUFIAN AWANG

 

TIMB. PRESIDEN II

ENIDA EZRIN MOHD ROSLAN

 

SETIAUSAHA I

MUHAMMAD ARIF ARSYAD SUHAILI

 

SETIAUSAHA II

NUR ALIA

 

BENDAHARI

NUR ASIYAH MOHD AKIL

 

DISIPLIN & PEMBANGUNAN SAHSIAH

SYED HAMIMIE FIRDAUS SYED MUHAMMAD

MARYAM SAKINAH MD. FAUDZI

 

BADAN DAKWAH & KEROHANIAN (BADAR)

MOHD SYUKRI AZIZI ABG GHANI

FARAH AISYAH AHMAD

 

KEBAJIKAN

MOHD LUQMAN MOHD SHAFIE

NUR SYAHIRA ISMAIL

 

AKADEMIK

MUHAMMAD FARIS SHAMSUL BAHRI

ABQARIYYAH ISMAIL

 

EXCO TOHARAH

MOHD TAUFIK ALIPH

SITI NAJIBAH

 

EXCO SUKAN

FAUZAN RUZMI FAKHROL RUZI

NUR SYAFINAZ

 

EXCO MULTIMEDIA

WAN MOHD AHNAF WAN AMINUDDIN

NURUL ILIYA SAHIRA KHAIRUL ANUAR

 

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

MOHD ARIF RUSYAIDI MOHD ROSLI

NURUL NADIA FARHANA GHAZALI

 

MAJLIS TERTINGGI NUQABA’ SUMUR 2009

MAJLIS TERTINGGI NUQABA' SUMUR 2009

SM IMTIAZ DUNGUN

 

PRESIDEN

AHMAD SYAFIQ RAHIM

 

TIMB. PRESIDEN

MOHD SUFIAN AWANG

 

NAIB PRESIDEN

FARAH AISYAH AHMAD

 

SETIAUSAHA 1

MOHD LUQMAN SHAFI'E

 

SETIAUSAHA 2

NUR ASIYAH MOHD AKIL

 

BENDAHARI

SAHIDA CHE SIDEK

 

BADAR

MOHD SYUKRI AZIZI ABD GHANI

FARAH AISYAH AHMAD

ASYRAF HAKIMI

SUMAIYYAH AZIZAN

 

AKTIVITI & PERANCANGAN

MUHAMMAD ARIF ARSYAD SUHAILI

LIYANA KHALILAH ABD LATIFF

 

SUKAN

FAUZAN RUZMI FAKHROL RUZI

NUR SYAHIRA ISMAIL

 

MULTIMEDIA

MOHD SYIMIR

NAZIHAH ABU RAZIM

 

DOKUMENTASI & PUBLISITI

SYED HAMIMIE FIRDAUS SYED MUHAMMAD

ASIMAH ZAKARIA