Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 31 Mei 2009

Cara2 hidup untuk ISLAM



MUQADDIMAH

Setiap manusia yang mengakudirinya beragama Islam wajiblah menjuruskan segenap kehidupannya menurut cara Islam, samaada dalam aspek aqidah, ibadat, akhlaq dan sebagainya.

Selain dari itu, seseorang yang mengaku beragama Islam juga wajiblah menyerahkan segenap kehidupannya untuk Islam. Dengan lain perkataan, setiap muslim diwajibkan mengarah dan mengorbankan segala keupayaan yang dianugerahi Allah kepadanya pada jalan yang dapat mendaulatkan Islam di dunia ini.

CARA-CARA HIDUP UNTUK ISLAM

Diantaranya ialah :-

1. Mengetahui matlamat hidup sebagaimana yang telah ditetapkan Allah dalam firmannya yang bermaksud

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu" (surah Az-Zaariyaat:56)

2. Saya mestilah mengetahui nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat seperti yang disebutkan dalam firman Allah:

"Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit. " (surah At-Taubah: 38)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allahdengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air" (riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)

3. Saya mestilah mengetahui dan sedar bahawa maut itu suatu perkara yang pasti dan saya mestilah mengambil pengajaran daripadanya: Firman Allah yang bermaksud :

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa dan tetap kekal zat Tuhan-Mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (Ar-Rahman:26-27)

Abu Zar Ghifari telah mengatakan "Aku telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Apakah yang terkandung dalam suhuf Musa? Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud:

"Kesemua Suhuf Musa adalah pengajaran ; Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian, kemudian beliau (masih) bergembira. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka , kemudian beliau (masih) boleh ketawa. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap ketentuan Allah, kemudian beliau (masih) kecewa. Aku hairan (melihat) orang yang melihat dunia memutar-belitkan penghuninya, kemudian beliau (masih) tenang hati terhadap dunia. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab, kemudian beliau (masih) tidak beramal." (Riwayat Ibn. hibban)

4. Saya mestilah mengetahui hakikat Islam dengan lebih mendalami, mempelajari dan mengetahui dasar-dasar Islam, hukum-hukumnya dan halal haramnya. firman Allah yang bermaksud:

"Dan katakanlah; Tuhan-ku, tambahkanlah ilmuku" ( surah Toha: 114)

Rasulullah bersabda:

" Sesungguhnya para anbiya' itu tidak meninggalkan pusaka berbentuk dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu, barangsiapa yang menerimanya, beliau akan menerimanya dengan bahagian yang lumayan." (Hadis Riwayat Abu Daud)

5. Saya mestilah mengetahui hakikat jahiliah dengan cara mengenali aliran fikiran, dan garis perjuangannya disamping mencari ketempatan dan kecacatannya. Saya juga mesti mengetahui bahaya dan bencananya supaya saya dapat mengelakkan tipu dayanya disamping dapat membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapinya dan memeranginya.

Semua ini sedikit sebanyak daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" tulisan Fathi Yakan.

Waallahu'alam

Sabtu, 30 Mei 2009

Syukur

Sedih bercampur gembira...Setelah lama dipujuk abg yang sulung untuk tidak ptg intenet, akhirnya ana telefon kat rumah, abg kata internet ader tapi cuma 10 jam sebulan.. Allah, syukur x terhingga.. Paling tidaknya, kuranglah sedikit saya mengadap komputer ini. Dan mungkin saya juga tidaklah mebuang sahaja masa mengadap komputer ni. Mungkin ader hikmahnya apabila jadi begini.

Tambah pula, saya masih berhutang dengan diri saya beberapa juzuk. Bagi saya ia adalah hutang kerana saya tidak mampu untuk mencapai target saya. Bilakah saya akan membayar hutang-hutang ini??? Kesibukan di sekolah yang akhirnya membawa kepada keletihan dan menyebabkan saya terlena ditengah malam. Apakah keletihan fizikal yang berlaku? sebenarnya keletihan mental. Sebenarnya kesibukan tidaklah boleh menjadi alasan.

Akhirnya, adik usrah saya tahun lepas berjaya khatam terlebih dahulu daripada saya. Tahniah, sebab mampu mengalahkan bekas naqibah. Dahulu jarak saya terlalu jauh dengannya. mungkin ada hikmahnya saya terpaksa berhutang, mungkin yang juzuk dibelakang masih banyak tidak ter'cover' lagi???

Cuma maaflah adik-adik, dan kawan-kawan saya. saya tak boleh la nak ym macam dlu lagi er. Kalu ader paper juz ator offline msj da.. InsyaAllah saya jawab selagi saya bley jawab.

Tahniah juga buat abang yang sulung yang telah selesai melangsungkan perkahwinan pagi 30 hb ni... Penat ngantornyer...

Jumaat, 29 Mei 2009

SOLAT HANYA SEBAGAI SYARAT???

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Lafaz وَأَقِيمُواْ adalah fail amar yang menunjukkan perintah, setiap perintah adalah wajib maka mendirikan solat itu adalah wajib.

Sengaja dipilih tajuk ini. Pada hari ini, solat jemaah amatlah payah untuk dilakukan bagi kebanyakkan umat manusia yang bergelar MUSLIM bahkan bagi mereka yang mendapat didikan solat berjemaah di tempat menuntut Ilmu apabila pulang ke rumah perasaan malas membuak.Samalah jua mereka yang bangun awal di sekolah hanya takut masbuq, balik ke rumah terpaksa dikejutkan dan entah Subuh pada pukul berapa? Sedangkan banyaknya kelebihan apabila kita solat secara berjemaah.Bukan ini yang saya ingin bicarakan sebenarnya, sebelum itu saya berikan dahulu antara ayat Al-Quran yang menunjukkan  kelebihan solat:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُون
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّہَارِ وَزُلَفً۬ا مِّنَ ٱلَّيۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ ذَٲلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٲكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Ini antara ayat Al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan solat. Apa yang saya ingin bicarakan ialah mereka yang hanya mengambil solat sebagai syarat. Syarat melaksanakan perintah Allah. Mereka ini adalah mereka yang solat secara tergesa-gesa senang kata "LAJU MACAM BAS EKSPRESS". Apakah sudah cukup dengan hanya mendirikan solat tanpa membaca dengan bacaan yang baik??? Oleh sebab sudah fasih bacaan dalam solat, kita pun baca laju lah? Mata yang memandang letih melihat suasana ini berlaku apatah lagi mereka yang melakukannya tidak letihkah?. Bagi saya sekiranya kita solat secara berjemaah, InsyaAllah perkara ini tidak berlaku melainkan imam yang laju (mufaraqah lah kalau begitu).

Inilah yang menjadikan solat tidak berjaya mencegah diri daripada berhenti melakukan maksiat. Setiap apa yang berlaku, mari kita semak solat kita. Sekadar pesanan pendek yang khas ditujukan kepada diri ini yang serba kekurangan.

Waallahu' alam.

Huffaz dan Al-Quran

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬


Saya mungkin akan menyambung sedikit sebanyak tulisan baru-baru tentang Huffaz juga. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri ini dan dikongsi bersama dengan sahabat sahabiah saya.

Di dalam ayat di atas  Allah Taala telah berfirman bahawa Al-Quran itu adalah penawar dan  rahmat bagi orang mukmin. Tetapi menambahkan kepada orang yang zalim tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerugian. Ini bermakna bahawa dengan membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang seperti mana firman Allah:


أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Apatah lagi apabila kalimah mulia ini dihafaz, sudah pasti ia akan terus menjadi penawar dan rahmat bagi kita. Apatah lagi bagi mereka yang masyi Al-Quran. Bahkan golongan Quranik inilah yang menjadi yang diharapkan oleh keluarga, masyarakat dan negara. Persoalannya di sini apakah kita mengamalkan apa yang telah dihafaz???

Ketika di generasi pertama ( zaman Rasulullah dan para sahabat) menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama. Sekiranya dilihat antara faktor utama membentuk generasi pertama adalah PERASAAN BELAJAR UNTUK MELAKSANAKAN..semua ini adalah daripada Al-Quran. Yang mana mereka tambah luaskan lapangan hidup mereka serta pengetahuan dan tambah pengalaman. Semua ini tidak akan mampu sekiranya bertujuan untuk selidik dan mengkaji sahaja mahupun membaca. Mudah kata tanpa disertai pelaksanaan.

Seterusnya, apabila Al-Quran menjadi darah daging mereka seterusnya memudahkan mereka bekerja serta meringankan beban yang berat. Mereka juga menanamkan Al-Quran ke dalam jiwa dan ia menjadi panduan haraki mereka. Bahkan sekiranya Al-Quran ditanam dalam jiwa ia akan melahirkan pelajar yang gerakkan aktiviti. Mereka akan melahirkan kenyataan dan meninggalkan kesan mungkin melalui program pentarbiahan mereka.

Al-Quran tidak akan curahkan dan isi perbendaharaan ILLA orang yang datang kepadanya dengan roh dan jiwa yang ikhlas. Maka dengan ini, pengetahuan yang dapat daripada Al-Quran ini akan membuahkan amal seterusnya tindakan bagi mereka yang datang kepadanya. Al-Quran merupakan panduan hidup yang lengkap, panduan dari Ilahi yang tulen. Allah juga merasmikan Al-Quran sebagai Al-Quran sebagai garis pemisah antara hak dan batil.

وَقُرۡءَانً۬ا فَرَقۡنَـٰهُ لِتَقۡرَأَهُ ۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكۡثٍ۬ وَنَزَّلۡنَـٰهُ تَنزِيلاً
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Al-Quran tidak diturunkan sekaligus ia mengikut keperluan yang sentiasa berubah, perkembangan tukaran, pandangan hidup, perubahan masyarakat, perkembangan masalah praktikal dan fakta kehidupan masyarakat Islam. Ayat Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur supaya masyarakat Arab ketika itu rasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana disekeliling mereka. Jua mengajar mereka mengenal Allah melalui sifat-sifatNya,bukti-bukti perkembangan perubahan alam. Dengan ini jua mereka akan merasakan hidup mereka di bawah perkuasaan Allah.

Kini, persoalannya MENGAPA GENERASI2 KEMUDIANNYA LAIN TERUS DENGAN GENERASI PERTAMA?

Sekiranya generasi pertama "BELAJAR UNTUK MELAKSANAKAN TERUS" generasi setrusnya "BELAJAR UNTUK DIBUAT KAJIAN DAN PENGLIPURLARA". Ini merupakan faktor penting yang melahirkan generasi seterusnya. Maka mari bersama direnungkan. Ada jua yang belajar semata-mata untuk bergelar MUMTAZ di atas kertas. Tazkirah daripada sahabat ana "Baca Quran rajin doh, ngapal pun rajin doh, ngulang pun rajin doh tapi mengapa masih berani melanggar perintah Allah?" Sama-sama kita ISLAHkan sedang dalam Al-Quran sendiri termaktub:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)     As-Sof

Bersama tanya diri, dalam kehidupan dunia ini manusia terbahagi kepada tiga golongan. Jadi digolongan manakah saya berada sekarang?

1- Golongan yang hidup untuk dunia
2-Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
3-Golongan yang menjadikan Al-Quran sebagai ladang di akhirat

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر

Waallahu'alam...






Khamis, 28 Mei 2009

Nasyid Imtiaz Atas 09





Lan Tahzimana

Al Ardhulana wal Qudshulana
wallahu biquwwatihi ma'ana
Wa jumu'ul kufri qodijtama'at
kai tahzimana lan tahzimana (2x)

Wal aqsho yantazhir sholaahan
Allah Allaha asyaa wisana (3x)

Al ardhulana wal qudsulana
wallahu biquwwatihi ma'ana
Wa jumu'ul kufri qodijtama'at
kai tahzimana lan tahzimana

Hadzal Qur'anu yu'allimuna
wa bidarbil haqqi yubashshiruna (3x)

La 'izzata illa bijihadin
qudsiyyin nakhwati yadfa'una

Al ardhulana wal qudsulana
wallahu biquwwatihi ma'ana
Wa jumu'ul kufri qodijtama'at
kai tahzimana lan tahzimana

Ya muslimu kabbir mu'taliqon
wa tahmil fizzahfil kafana (4x)

Al ardhulana wal qudsulana
wallahu biquwwatihi ma'ana

Al ardhulana wal qudsulana
wallahu biquwwatihi ma'ana
Wa jumu'ul kufri qodijtama'at
kai tahzimana lan tahzimana

Amasa jidana wamaha dzinana
wamafa wizana wamada`inana (2x)
La dam'an la huznan wa asan
shiihii wada'naahul hazana
Fahamasuts tsauroti syamikhotun
katthoidi tughodzdzi tsaurotana

Al ardhulana wal qudsulana (2x)
wallahu biquwwatihi ma'ana

Al ardhulana wal qudsulana
wallahu biquwwatihi ma'ana
Wa jumu'ul kufri qodijtama'at
kai tahzimana lan tahzimana

Ya jundal Islami salimtum
antum ahfaadu Muhammadina (2x)

Lau anna asyawisa hitthiinin
syahidu afaa'la hijarotina (2x)

Lartajala sholahu wa a'lamaha (2x)
labbaiki hamasu wariitsatana

Al Ardhulana wal Qudshulana
wallahu biquwwatihi ma'ana
Wa jumu'ul kufri qodijtama'at
kai tahzimana lan tahzimana


p/s: satu rangkap tdak dpat di translate

Bumi milik kita, Al-Qudsu milik kita
Dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami
Dan berkumpullah musuh kuffar
Demi memusnahkan kita
Tidak sekali-kali dapat memusnahkan kita.

Dan Aqsa menunggu-nunggu seorang Salahuddin (pemulih agama)
Maka Allahlah pemimpin kami

Qur'an ini mengajar kami
Dan dengan jalan kebenaran memandu kami

Tiada kemuliaan kecuali dengan berjihad,
Suci dan mulia yang mendorong semangat kita.

Bumi milik kita, Al-Qudsu milik kita
Dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami

Bumi milik kita, Al-Qudsu milik kita
Dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami
Dan berkumpullah musuh kuffar
Demi memusnahkan kita
Tidak sekali-kali dapat memusnahkan kita.

Apakah masjid kita, menara azan kita, kampung kita dan bandar kita,
Tiada air mata, tanpa sedih kecewa, tanpa putus asa. Sloganku biarkanlah ia berduka,
Maka sesungguhnya semangat mujahid menggunung,
bagaikan bukit menyemarakkan penentangan kami.

Wahai tentera Islam, sejahteralah kamu
Kamu cucu Muhammad kita
Sekiranya pahlawan di Hittin
melihat kesan dari anak-anak batu kami
Akan menggeletarlah sendi-sendi pemimpin Salahuddin
Dan akan mengisytiharkan kami menyahut seruanmu
Hamas pewaris kami.

Bumi milik kita, Al-Qudsu milik kita
Dan Allah dengan kekuatan-Nya bersama kami
Dan berkumpullah musuh kuffar
Demi memusnahkan kita
Tidak sekali-kali dapat memusnahkan kita.




Sabtu, 9 Mei 2009

Dalam bergembira JANGAN LUPAkan INI...

Teringat akan guru sejarah saya yang sangat ijtihadik di sekolah. Kelasnya penuh Ilmu serta info-info yang berguna dan 'loyar buruk'nya yang menghiburkan pelajar jua menghilangkan perasaan mengantuk (walaupun ada gak tertido kekdg, klthn). Cikgu menyebut tentang tarikh tertubuhnya negara HARAM Israel yang cuba dilupakan melalui Happy Teacher's Day. Konsepnya hampir sama dengan [April Fool]

Hari Guru disambut untuk mengenang jasa para guru dan ia sudah pasti perkara yang mulia. Sudah 2 tahun di sekolah saya menjadi organizer dalam membuat program sambutan ini dan mungkin tahun ini jika diberi kesempatan sekali lagi saya akan turut terlibat dalam menjayakan program ini. Setiap kali majlis ini diadakan ia sudah pasti penuh dengan tawa. Disebalik kegembiraan ini jangan lupa pada kisah ini... saya kopi paste sahaja.

Nakbah- Pertubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram
Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.


Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.


Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang
cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila
Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).


Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan
Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.



Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.


Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.


Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh
Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.


Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.


Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).


Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.


Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.


Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di
sana.

Ia juga
medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan
lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.


Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.


Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)


Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.


Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.


Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian
kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.


Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.
Sumber asal

Jumaat, 8 Mei 2009

HUFFAZ??


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

 

Saya mungkin banyak bercakap situasi yang berlaku di sekolah saya kerana itulah yang jelas di hadapan mata saya. Saya tidak berniat untuk mengata sesiapa malah ia adalah sebagai PERINGATAN untuk diri ini yang kian lalai sehari-hari. Saya sekadar mengambil khulasoh yang dibuat sendiri atau persoalan yang timbul dalam diri saya. Saya jua memohon andai tulisan ini banyak salah, minta diperbetulkan kerana saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang ini.

 

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌
وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)

 

Tidak perlulah saya huraikan maksud ayat Al-Quran di atas, dan saya pasti seandainya saya tidak menulis makna ayat suci ini, ramai yang sudah faham maknanya. Terus masuk kepada apa yang ingin saya bincangkan pada tulisan kali ini.

 

Persoalan yang timbul,

 

MENGAPA MENGHAFAL AL-QURAN TETAPI TIDAK BERAKHLAK SEPERTI  SEORANG PENGHAFAL AL-QURAN?

 

Persoalan ini terlalu banyak yang didengari apatah lagi diperkatakan oleh para guru dengan harapan anak muridnya berfikir. Dan mengapa ini terjadi? Sedangkan Al-Quran itu adalah penawar dan rahmat? Apakah pada hari ini, kita hanya meletakkan Al-Quran itu sebagai syarat? Syarat, berada di tempat yang menghafaz Al-Quran??? Apakah Al-Quran itu dijadikan inisiatif untuk mendapatkan nama? Dan apakah Al-Quran itu hanyalah tempat kita mencari duit dengan menyertai insentif atau mana-mana pertandingan yang menawarkan wang?? Na'uzubillahi min zalik.

 

Apakah Al-Quran itu boleh diibaratkan sebagai kerja rumah?? Malam ini menghafaz, esok pergi tasmi'? Dan begitulah jua hari-hari seterusnya.Tidak, tetapi Al-Quran adalah untuk dibaca, difahami, ditadabbur kemudian disebarkan serta dihafaz dan diulang.

 

Sedih mendengar ada di antara golongan ini yang berpegang pada prinsip hidup "Buatlah masalah di sekolah, di hari akan datang ia bakal menjadi kenangan terindah" (saya tidak berniat untuk mengata sesiapa apatah lagi memperlekehkan). Lupakah kita semua yang kita membawa imej seorang penghafaz Al-Quran?? Semua memandang kita dan janganlah kerana kita seorang semuanya rosak bab kata pepatah Melayu 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.

 

Lupakah jua kita pada ayat ini??

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌

 

Saya ingin membawa pula ayat yang lain dalam surah Al-Hijr pula yang menyatakan tidak ada siapa pun yang mampu mempercepat mahupun melambatkan waktu matinya.

مَّا تَسۡبِقُ مِنۡ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ

 

Apakah kita masih lagi berada ditahap yang kolot? Yang memikirkan maut itu hanya datang apabila bergelar warga emas??Fikir-fikirkanlah wahai Ulul Al-bab. Kalu hendak bercakap bab maut kena buat tajuk lain pula. Sesungguhnya mati itu tidak mengenal tempat serta waktu. Ingatlah ayat ini dalam surah An-Nisa' yang berbunyi

 

أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬‌

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh

 

Ilmu yang ada hanyalah cetek. Jadi tidak mahu dipanjangkan. Cuma jangan kita panjangkan lagi persoalan-persoalan yang tidak sedap didengar serta jangan kita yang menjadi penyebab persoalan-persoalan ini timbul.

 

Mengapa ngapal Quran tapi masih melakukan maksiat?

 

Ini adalah persoalan yang susah dijawab oleh saya, kerana saya mengakui saya sentiasa tidak dapat lari daripada melakukan maksiat samaada sedar mahupun tidak. Berkata Ibnu Mas'ud R.A : Sesungguhnya kami (para sahabat) sukar untuk menghafaz lafaz-lafaz Al-Quran tetapi mudah untuk mengamalkannya. Dan sesungguhnya generasi selepas kami mudah untuk menghafaznya, sukar untuk mengamalkannya.

 

Mengapa bendera kalimah teragung "LA ILA HA ILLA ALLAH" tidak dapat berkibar di dalam diri kita? Sekiranya ia berkibar, maka semua perkara yang lari daripada landasan ini akan ditolak sekerasnya oleh kita. "Kum daulatal Islam fi qulubikum, takun fil ardh".

 

Banyak lagi yang ingin diperkatakan tetapi tidak mengapalah, semoga kita menjadi Huffaz yang benar-benar ikhlas. Semoga kita sentiasa beringat bahawa taklifat ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Dan semoga kita sentiasa mengambil peng'itibaran daripada apa yang berlaku.Jua tanyalah diri, mengapa kita berada dikalangan ini? Apakah disebabkan paksaan? Atau apa-apa sahaja. Hanya diri sendiri sahaja yang tahu. Saya tertarik pada artikel ini yang ditulis oleh kakak senior saya [HAFIZ @ HABIS].



Sabtu, 2 Mei 2009

Last Minute???


Sudah lama sebenarnya ingin mencoretkan tentang ini. Kebiasaannya 'Last minute' ini dikaitkan dengan study. Saya akui kehidupan sebagai seorang pelajar di Imtiaz Dungun teramatlah sibuk terutama bagi mereka yang berada di menengah Atas. Buku-buku kerohanian yang tersusun rapi??(susun mmg rapi cma bila Lala naik atas katil jatuh la ia) dimeje syudi pun tidak sempat saya membaca sudah la ilmu terlalu cetek, buku pula tidak dibaca. Malu dengan adik2 yang saya minta dia baca buku dalam tempoh sebulan, tapi berjaya membaca dalam tempoh seminggu. Dalam seminggu, waktu yang digunakan pada waktu PREP teramatlah sedikit. Sekejap liqo', buat kertas kerja, dan sebagainya. Selain waktu PREP, boleh dikatakan tiada masa lain untuk murajaah pelajaran. Oleh itu, Study last minute adalah kebiasaan pada kami.

Exam yang dialami baru-baru ini bagi tingkatan 4 cukup-cukup memenatkan. Hanya dalam tempoh 5 hari kami menjalani peperiksaan sebanyak 11 subjek bagi yang mengambil 11 dan 12 bagi yang ambil 12. Dari awal pagi lagi hinggalah malam kami mengadap kertas peperiksaan. Tidur dalam keadaan yang timbunan buku yang banyak, tangan memegang pensil, melintang dan berbagai ragam yang dapat dilihat oleh para pelajar termasuklah saya.

Namun begitu, dek berada di fatrah imtihan banyak perubahan yang berlaku terutama pada waktu pagi. Ramai yang sanggup bangun malam semata-mata untuk study, ketika saya menuju ke tandas pada awal pagi terkejut melihat rakan-rakan yang sedang mentelaah pelajaran dan di dalam buku laporan BADAR (banat) termaktub kehadiran pelajar ke musolla sebelum pukul 5.45 pagi berada ditahap yang memuaskan. Mengapa semua ini berlaku dalam tempoh ini sahaja?

Sudah menjadi fitrah manusia, apabila berhajat sesuatu dia akan kembali kepada Tuhannya. Kehadiran pelajar ke musolla meningkat sebelum pukul 5.45 pagi adalah kerana ramai yang berebut dengan masa untuk menunaikan solat Tahajjud walau 2 rakaat sahaja, Alhamdulillah. Perubahan yang ketara yang tampak apabila tiba fatrah Imtihan. Saya pun senang hati kerana tidak perlu menulis panjang dalam buku laporan nama-nama mereka yang lewat atau masbuq serta pening memikirkan denda.

Alangkah indahnya sekiranya suasana bangun tgah malam itu untuk study bertukar kepada bangun malam untuk mengabdikan diri kepadaNya. Bising dengan suara-suara merdu yang mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran. Alangkah indahnya solat Tahajjud itu menjadi amalan harian bagi kita. Alangkah indahnya jika bi'ah solehah ini dapat diterapkan di sekolah kita.

Dan diri ini masih tertanya-tanya mengapa situasi ini juga berlaku terhadap diri ini? Beratnya tangan ini untuk menggapai Al-Quran, alangkah ringannya tangan ini menggapai buku akademik. Mudahnya mata ini tertutup kembali bila teringat akan semua tugas sudah selesai untuk esok hari, tapi mudahnya melupakan amanat besar iaitu Al-Quran. Pesanan untuk diri ini, kita sibuk bekerja di siang hari, tak bermakna malam adalah rehat sepenuhnya. Malah, itulah masa yang terbaik untuk bersama denganNya.

Waallahu 'alam

Anugerah Blog???


Terkejut jua apabila dikatakan blog ini mendapat anugerah Blog Huffaz Paling Menarik. Terkadang rasa lawak jer, sudahlah blog yang tersangat jarang diupdate dan tulisan yang kucar kacir dek kecetekan Ilmu
Tak pernah terfikir dihati apatah lagi perkataan "Huffaz" itu membawa maksud yang besar.

Apapun Terima Kasih buat saudara Al-Amin yang memberi anugerah ini.
Rasanya tidak banyak yang perlu dibicarakan.

Jumaat, 1 Mei 2009

Kem Kepimpinan Nuqaba' SUMUR 2009



UKHUWWAH ITU INDAH...

Rasanya sudah lama tidak menulis di sini, memandangkan kesibukan di sekolah. Saya ditugaskan untuk membuat pendokumentasian untuk kem Kepimpinan Nuqaba' SUMUR 2009 SM Imtiaz Dungun. Terasa benar-benar dihargai kerana inilah tahun pertama kami pihak Nuqaba' SM Imtiaz Dungun diberikan kem bagi memberikan lagi kemahiran berusrah. Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya kepada Encik Mazlan Che Wil bekas Mudir SM Imtiaz Dungun yang memberikan komitmen kepada kami serta meluluskan kertas kerja ini.

Pengarah Kem ini adalah Cikgu Mohd Rodzi Muda yang dibantu oleh Cikgu Mohd Fitri Nizam. Kem ini menerapkan dan mementingkan IBADAH is the FIRST. Terasa indahnya berada di dalam kem ini. Cukup-cukup berlainan dengan kem yang telah ana sertai.

Indahnya berukhuwwah kerana Islam. Saling tegur menegur dan menerima apa jua kritikan serta kelemahan diri seterusnya membawa diri berhijrah ke tempat yang lebih baik. Sebagai seorang sahabat yang berukhuwah kerana Allah, jangan membiarkan hati ini membenarkan kesalahan sahabat kita. Jangan biarkan hati membenarkan orang membuat maksiat kerana sudah jemu menegur atau pelbagai usaha kita tidak diterima.

Teringat seorang sahabat memberi tazkirah, Allah Taala menguji kita dalam sesuatu perkara itu bukan hendak melihat hasilnya tetapi hendak melihat tahap kesabaran dan usaha kita untuk memulihkannya. Alangkah Indah berukhuwwah semata-mata kerana Allah, sudah pasti sama-sama istiqamah dengan amalan-amalan Fardhu mahupun sunat. Dikala semangat luntur dialah yang menaikkan dengan memberi pelbagai pesanan yang cukup bernas serta mudah diterima hati.

Ingatlah dalam surah Al-Hujurat ayat 10, Allah Taala ada berfirman,

"Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara"

Ayat inilah yang biasa dikaitkan dengan ukhuwwah. Ukhuwwah atas dasar keimanan lebih utuh jika dibandingkan dengan ukhuwwah nasab yang tidak diterapkan dengan keimanan. Saya sebenarnya kekeringan idea untuk menulis kerana terlalu ligat di dalam kepala ini berfikir. Rasanya sekadar ini sahaja setakat ini. Waallahu 'alam...