Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

::CahElly Recipe::

Untuk mereka yang tiada perkara nak buat dirumah. InsyaAllah akan ditambah lagi resepi ini dari masa ke masa. Terima kasih kepada ibu saudara saya yang mengajar..Cek Elly.. Nak banyak lagi juz like kongsi resepi di fb...

Kek Chiffon


BAHAN A :-)
4 kuning telur (gred A)
*135 ml air daun pandan (yg diblend dan ditapis)
...85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking
powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus
(bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan
yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau
hingga sebati. Ketepikan.

2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of
tartar dan terus memutar hingga pekat.

3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula
menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.

4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan
bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin
serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.

5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama
juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk
dihidang....

P/S : Untuk Kek Chiffon Coklat hanya tukar dan tambah di bahan A
         *Air Pandan tu tukar kepada air biasa
         *Letak 15 g serbuk koko (ganti dengan 3 sudu besar cappuccino paste)


Moist Choclate Cake



bahan A
1 1/2 cwan gndum..
1 sdu teh baking powder..
1 sdu teh soda bikarbonat
1 cwan serbuk koko

bahan B
1 cwan myak masak
1 cwan susu pekat
1 cwan gula halus
2 biji telur
1 cawan air panas

-Ayak bahan A bersama-sama
-Gaul semua bahan A + bahan B kecuali air panas sehingga sebati
-Bila sebati masukkan air panas..
-Letak dalam loyang yang telah disapu dengan tepung atau cupcakes..
-Bakar atau kukus min 40 mint suhu 180

Topping :
1 cwan susu pekat
2 sudu planta
2 sudu besar serbuk koko..

-Gaulkan semua sebelum letak atas api... 
Roti Naik

Bahan A

yis sebungkus..
Air suam 1/2 cawan
Gula 1 sudu bsar
Tepung satu sudu besar

Bahan B

Panas 2 sudu besar planta (bgi dia cair)

Bahan C

Gula secawan dilarutkan dengan 1/2 cawan air panas
Gandum 4 cawan
1 sudu tepung penaik (xnak ltak pun xper)

Cara2...
1. bahan A di campur bersama ltak dlam besen..kacau dan biarkan sampai naik buih...
2. Bila dah naik buih tu...masukkan semua bahan B dan C....uli biar jadi doh..kalu lembik tambahkan sikit2 tepung
3. Biarkan doh dalam masa 1/2 jam
4. Kemudian getel doh tu sebsar bola ping pong..
5. Letakkan dalam loyang jarakkan doh tu se jari la lbih kurang..
6. Kemudian buiarkan doh tersebuit kembang 1/2 jam..
7. Tutup dengan kain lembap
8. Lepas tgu setengah jam...atau doh dah bertempek sapukan telur diatasnyer (nak suruh berkilat)
9. Bakar la lebih krg 30 - 60 mint.. 180 darjah api ats n bwah...
10. bila dah masak cpat2 sapukan planta biar 6pk berklat..

p/s : kalu nak ltak jem kurg kan gula biar jdi setengah atau 3/4 gulka

Slamat Mencuba...


Muffin Asas



Resepi ini from Kongsi Resepi

8 sudu bsr butter yg dicairkan /minyak masak
4cwn tepung gandum
2cwn gula (yg biasa boleh, caster sugar pun boleh)
2 1/4 cwn susu segar
4 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur (yg besar boleh, yg sedang pun boleh)
1 sudu teh esen vanilla

campurkan semua bahan kering n gaul
dlm bekas lain, pukul telur sekejap dgn butter cair or minyak masak
then masukkan semua bahan cecair yg lain, kacau biasa² jer.. masukkan bahan kering td, then kacau sebati, normal bagi bancuhan muffin yg kelihatan berketul²...

ini yg basic.. so perisakan lah dgn apa sahaja, nk tambah mix fruit, choc chips, parutan lemon, perisa coklat, strawbery, nak letak filling kat tgh.. semua boleh...

p/s : ltak separuh bekas je yep...

Tiada ulasan: