Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 21 Mei 2013

Gajah di hadapan tak nampak, Semut juga di suluh [1]

Kenali Potensi Diri

"Kak Aisyah, seronok tak duduk di Jordan?" Ini antara soalan biasa yang diajukan oleh adik-adik lepasan SPM.

"Seronok, bagi pencinta Ilmu." Bukan niat mahu menyindir. Tapi, inilah jawapan yang pernah diberikan kepada saya satu ketika dahulu.

Kini, saya di Jordan. Dan saya sendiri melihat, Jordan ini sangat menyeronokkan bagi sang pencinta Ilmu.

Bidang pengajian dan Tempat

Bukanlah saya menghalang untuk adik-adik menuntut ilmu di sini. Cuma, ada baiknya sama-sama kita muhasabah kembali, kenapa kita mahu datang ke sini? Mencari tujuan dan matlamat.

"Kos Farmasi di Jordan, tak diiktiraf eh?"

"Kalau macam tuh, saya pilih syariahlah."

Aduh. Jauhnya farmasi tersesat ke syariah. Demi Jordan, sanggup digadaikan minat dan kecenderungan. Bahkan, kita mungkin bakal memenjarakan potensi diri!

Pada saya, jangan sesekali digadaikan minat dan kecenderungan yang wujud dalam diri. Bahkan, jangan menyekat potensi diri hanya kerana tempat. Ia satu perkara yang sangat merugikan.

Bukan hanya merugikan diri sendiri. Tapi ia bakal merugikan ummat kerana kehilangan para saintis, doktor, farmasis, ahli fizik dan lain-lain yang jelas tujuannya serta pakar dalam bidang tersebut.

Orang Agama dan Orang beragama

Orang kita hari ini, sudah semakin keliru dengan dua istilah ini. Terutamanya, para ibu bapa yang selalu suka menentu dan mengawal kehidupan (baca: cita-cita) anak-anak. Sehingga menyekat potensi yang ada dalam diri anak-anak.

Ramai ibu bapa yang jatuh hati melihat ke'soleh'an para ustaz. Terdetiklah di hati mereka mahu memiliki anak yang menjadi ustaz. Disuruh si anak belajar agama tanpa mengambil endah tentang minat si anak.

Akhirnya, jadilah si anak, orang yang belajar agama tapi bukan orang beragama.

Begitulah juga situasinya, apabila ibu bapa hari ini sering kali membuat keputusan untuk menghantar anak-anaknya yang rosak akhlak ke Tahfiz mahupun pondok.

Bagaimana mungkin, orang yang sakit fizikalnya di hantar ke Kuliah Perubatan. Bukan ke Hospital?

Kalau mahu anak menjadi orang yang beragama, ia bermula dengan didikan daripada rumah. Bukan dengan memaksa anak menjadi orang agama.

Filem 3 Idiots

Filem Hindustan ini berjaya menceritakan tentang pemikiran kolot yang dimiliki oleh masyarakat hari ini.
Serta mengajarkan kepada kita untuk menghargai setiap minat yang ada dalam diri manusia.

Kisah 3 orang sahabat yang belajar di Imperial College of Engineering. Seorang, genius orangnya. Berjaya mendapat tempat pertama dan sentiasa membuat sesuatu yang luar biasa. Dia berjaya, kerana inilah bidang yang diminatinya. Dan di sinilah dia berjaya mengembangkan potensi dirinya.

Dua orang lagi selalu mendapat nombor yang corot. Kedua-duanya, bukan kerana mereka bodoh.

Salah seorangnya, telah menempatkan dirinya di tempat yang salah. Minat sebenarnya pada fotografi telah di halang oleh 'takdir' yang dicipta keluarganya sendiri untuk dia menjadi seorang engineer. Dia bukan tidak berusaha, tapi dirinya sendiri penghalang utama.

Yang seorang lagi pula, mendapat tempat yang corot kerana terjerat dengan harapan yang membebankan. Takut itu, bimbang ini. Sehingga dia sendiri tidak mampu mengembangkan potensi yang dimilikinya dalam bidang engineering.

Begitulah masyarakat kita hari ini, anak mendapat straight A. Wajib jadi Doktor, Wajib jadi Engineer yang belajar di Oversea dan lain-lain. Semua keputusan dibuat tanpa mengambil kira minat anak-anak.

Yang mendapat corot pula, di sumbat ke jurusan agama.

Cubalah, kita mengenal pasti minat dan kecenderungan yang ada dalam diri. Dan jangan takut untuk menyatakan serta mempertahankan potensi diri. Walau telinga terpaksa menahan kata-kata orang.

Percayalah, yang kita akan berjaya dan bahagia, apabila dapat melaksanakan apa yang kita minat!

Penutup

"Saya sendiri berjaya menjumpai diri saya selepas tamat ijazah." Pengakuan daripada Ustaz Syaari Abdul Rahman.

Memang sukar, mencari diri sendiri. Saya sendiri masih tertanya-tanya, saya mahu menjadi siapa?

Antara cara terbaik untuk mengenal pasti minat diri ialah dengan melihat bacaan apa yang selalu dibaca.

Akhirnya, pause sebentar kehidupan kita, kenali potensi diri. Jangan kerana ghairah dengan sesuatu perkara, habis tak nampak semua potensi diri kita.


P/S : InsyaAllah, akan saya sambung entri seterusnya dengan kelebihan dan risiko belajar di Luar dan Dalam Negara.

Share

2 ulasan:

nhhas berkata...

Assalamualaikum wbt.

Sangat bersetuju dengan pandangan anda.
Tapi sekarang ini saya rasa dah ramai yang celik mata celik hati dan celik minda.
Terasa gembira (dan mudah2an bersyukur) melihat produk2 "pondok", darul Quran, etc yang telah mula membuahkan hasil ramai profesional dalam bidang agama...
Rasa gembira bila terserempak dengan pelajar2 dari timur tengah di airport sambil mulut ringan ramah bertanya; ambil course apa.
Medic jawabnya ringkas...
bertudung labuh, menundukkan pandangan tapi jelas nampak ketegasan dan sifat mukmin profesional dalam diri mereka...
Moga lebih ramai mukmin profesional dihasilkan... ameen...

p/s: 3 idiots walaupun cerita hidustan, tapi pengajarannya memang cukup mendalam

Abdul Hakim berkata...

Bila pula siri 2?