Ustaz Zaharuddin menyarankan kepada pengguna Facebook agar berhati-hati justeru disarankan :
- Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya..
- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
- Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook.
- Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.
- Elakkan ghibah (mengumpat) dalam Facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa menumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.
- Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.
- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'suka-suka' ataupun sebaliknya.
- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook, sama ada atas dasar 'suka-suka' atau sebaliknya.
- Menyedari maklumat kita di Facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bermilai malah ada satu organisasi dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana Facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan kejahatan dan ketamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan