Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 15 Julai 2013

Review Buku Aisyah Ummul Mukminin; Keanggunan Sejati



Tajuk Buku : Aisyah Ummul Mukminin; Keanggunan Sejati
Tajuk Asal : Seerah Sayyidah 'Aisyah Ummul Mukminin
Penulis : Sulaiman An-Nadawi
Terbitan (terjemahan) : PTS Millennia Sdn. Bhd
Tebal : 415 muka surat

Buku ini bersifat bukan fiksyen, dengan gaya penceritaan yang lebih kepada sejarah serta sarat dengan himpunan hadis. Terbahagi kepada 5 bab penting. Buku ini, tidaklah sesuai menjadi rujukan sepenuhnya tentang isteri Rasulullah ini.

Namun, apa yang penting, buku ini berjaya mengenalkan kepada pembaca tentang keistimewaan sosok ini. Serta menjadi titik permulaan untuk mengkaji perkara yang berkaitan sosok ini.

Selain itu, buku ini berjaya menerobos minda pembaca untuk lebih memahami peranan seorang wanita dalam membangun ummat. Mungkin juga, menjadi pembakar semangat untuk wanita sama-sama melangkah kaki seiring dengan tokoh yang ada dalam bidang Tafsir, Fikah, Hadis dan lain-lain.

Bab 1 : Sejarah Hidup Aisyah

Dalam bab ini, kita akan dikenalkan dengan latar belakang beliau. Bagaimana dan daripada siapa didikan yang diterimanya sehingga beliau berjaya menjadi sosok hebat. Diceritakan kepada pembaca kehidupan beliau daripada lahir hingga menemui Ilahi.

Turut diceritakan, hubungan Aisyah dengan Isteri Rasulullah yang lain. Istimewanya bab ini, dibawakan juga peristiwa-peristiwa penting pada zaman Rasulullah yang dikaitkan dengan Aisyah dan juga peranan Aisyah dalam siyasah.

Bab 2 : Karakter dan keistimewaan Aisyah
                           
Bab yang pendek ini menceritakan tentang ciri-ciri fizikal dan akhlak yang ditonjolkan oleh isteri Rasulullah ini. Membawa kita mengenal peranan sebagai seorang wanita, isteri dan manusia. Serta diceritakan beberapa keistimewaan sosok ini.

Bab 3 : Biografi Intelektul Aisyah
                             
Kiranya, bab ini merupakan bab yang terpenting mengenali kehebatan sosok ini dalam bidang ilmu pengetahuan. Pengetahuannya yang luas dalam bidang Quran, Hadis, ilmu Fikah dan Qiyas, ilmu Tauhid dan Akidah, rahsia syariat dan juga dalam bidang Perubatan, Sejarah, Pidato dan Syair.

Di sini, kita akan mengenali sosok ini mempunyai minda yang tajam dalam Ilmu Tafsir dan antara tokoh yang terbanyak meriwayatkan hadis Rasulullah. Istimewanya, beliau bukan hanya mampu meriwayatkan hadis tapi memahami logik hadis dengan baik.
Penguasaannya dalam Ilmu Fikah mangagumkan, sehingga Ibn Hazm dan Ibn Qayyim ada menyebut; Andai dihimpun fatwa yang dikeluarkan Aisyah, pasti menghasilkan buku yang sangat tebal.

Bahkan, sosok ini sering kali menjadi rujukan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah.

Bab 4 : Aisyah mendidik, Memberi Fatwa dan Membimbing Orang Islam

Aisyah juga berperanan mendidik anak muridnya menjadi ulama. Kemudian, anak muridnya pula menjadi rujukan para tabi’ tabi’in. Di sini, kita akan menjumpai beberapa orang ulama yang pernah belajar dengan anak murid Aisyah yang perempuan.

Kita juga akan dihidangkan dengan fatwa yang dikeluarkan Aisyah di zaman khalifah Rasyidin. Jelaslah, beberapa perbezaan fatwa Aisyah dengan fatwa sahabat-sahabat yang lain. Dan ada, beberapa fatwa Aisyah yang lebih logik dan bernas untuk diterima.

Bab 5 : Jasa Aisyah kepada Perempuan

Dalam bab ini, kita akan lebih jelas tentang peranan Aisyah dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Dan juga kedudukan Aisyah berbanding wanita lain di dunia.

Penutup

Aisyah Ummul Mukminin merupakan ikon yang sangat wajar untuk di contohi terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Kefaqihannya dan kegigihannya dalam menyebarkan ilmu serta membangunkan ummat Islam bukan untuk disimpan dalam tirai sejarah.

Tapi, untuk diikuti oleh generasi hari ini. Moga selepas ini, akan lahir ramai tokoh persis beliau, insyaAllah.


Bersama kita menyelami Fiqh Aisyah dan Fiqh Wanita dalam erti kata sebenar!

P/S: Review buku kali ini ringkas sahaja, kerana review ini disediakan untuk JKK Pembangunan Minda & Kendiri, PERMAI. Panjangnya telah dihadkan. InsyaAllah, seandainya berpeluang selepas ini, akan ditulis tentang sosok ini secara ilmiah. Doakan!
Share

1 ulasan:

Abdul Hakim berkata...

Buku ini asalnya ditulis dalam bahasa arab dan diterjemah kedalam pelbagai bahasa.. Tajuk asal dalam bahasa arab "Seerah Sayyidah 'Aisyah Ummul Mu'minin r.ha".