Hidup ini adalah untuk bersyukur,
bersyukur pada orang yang menyakiti kerana
dialah yang menabahkan hati kamu,
pada orang yang tak mengendahkan kamu
kerana dialah yang memupuk berdikari,
pada yang menjatuhkan kamu
kerana dia yang memperhebatkan abilitimu,
pada yang menyeksa kamu
kerana dia yang menguji kesabaran kamu,
bersyukurlah dengan segala ujianNya
kerana itu meningkatkan keimanan kamu,
bersyukur dengan usia ini
kerana sedetik masa lagi belum tentu kita masih bernyawa...

Oh, benarlah perkataan syukur itu senang diungkap, tapi susah dilaksanakan. Ternyata saya kurang bersyukur dengan nikmatNya. Setiap kali ada yang ujian yang melanda ternyata saya persimis terhadapnya. Sebenarnya semua ujian ini ada hikmahnya?? Ternyata benarlah isi mesej ini. Dan kehadiran kita mungkin juga menjadi ujian bagi orang lain pula...Seminit sejurus itu...mesej yang lain pula tiba...tidakkah ia mesej forward?? Tidak mengapa...
Seringkali kita terfikir,
bagaimana mulia & bersihnya Nabi kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi,
kenapa kita mudah membenci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila dinasihati,
Ayuh kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana ikutan kita adalah Nabi,
kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki...
Mengapa hati mudah terguris bila dinasihati??? Bukankah diri perlu sentiasa bersedia untuk mentarbiah dan ditarbiah??? Bukankah tazkirah itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin?? Mengapa begitu susah untuk tunduk pada kesalahan diri sendiri?? Oh, banyak lagi yang perlu saya baiki banyaknya kekurangan diri. Semoga di bulan Ramadhan ini diri ini mampu mentarbiah diri kepada yang lebih baik, Madrasah Ramadhan.

Aduh, makin banyak terkena. Mengapa kita mudah membenci apabila dikasari?? Padahal ujian terhadap Nabi lagi berat dan baginda tetap senyum...Mengapa diri mudah putus asa padahal baru sedikit dicerca??? Tahukah sifat siapa mudah berputus asa itu???
ولا تايئسوا من روح الله إنه لا يايئس من روح الله إلا القوم الكفرون
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (12 : 87)
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (12 : 87)
Mengapa hati mudah terguris bila dinasihati??? Bukankah diri perlu sentiasa bersedia untuk mentarbiah dan ditarbiah??? Bukankah tazkirah itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin?? Mengapa begitu susah untuk tunduk pada kesalahan diri sendiri?? Oh, banyak lagi yang perlu saya baiki banyaknya kekurangan diri. Semoga di bulan Ramadhan ini diri ini mampu mentarbiah diri kepada yang lebih baik, Madrasah Ramadhan.
وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (55)
Benarlah keputusan yang saya buat sebelum ini hanyalah untuk melarikan diri daripada masalah dan hanya berfikir tentang kepentingan diri sendiri sahaja. Ia keputusan yang diputuskan mengikut perasaan. Begitu mudah??Apakah itu jalan penyelesaian yang terbaik?? Semoga Allah Taala memberi keputusan yang terbaik buat diri.ولنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم والصابرين ولنبلوا أخباركم
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (47 : 31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan