Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 30 September 2011

:: Impian & Matlamat ::

Tulisan pertama setelah sampai di Irbid...Tajuk ni sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) 2011 mahasiswa2 di Irbid, yang sangat-sangat menekankan 2 perkara ini..

Pertamanya..syukur kehadrat Allah S.W.T atas nikmat-Nya yang memberikan saya peluang untuk merealisasikan impian saya untuk belajar di Dataran Syam ini dan moga2 nikmat ini ku gunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat hidupku.. Masih terbayang di kepala saat saya menerima keputusan SPM, hanya Allah yang tahu apa perasaan saya saat itu dan bagaimana keadaan saya ketika itu..Namun, benarlah "ALLAH TAK PERNAH SILAP"...prinsip hidup seorang sahabat saya di UIA, pendek, ringkas tapi cukup2 bermakna...

"Kejayaan bukanlah matlamat tapi merupakan suatu perjalanan hidup"..masih ingat di dalam ingatan saya, kata2 ini lah yang sentiasa saya tulis dalam buku2 sewaktu SPM dahulu. Benarlah kejayaan bukanlah matlamat hidup, tapi harungilah apa yang sedang kita hadapi dengan sebaiknya..Natijahnya, serahkan pada Allah, kita hanya berusaha..Usahalah dengan sebaiknya, dan redhalah dengan natijah yang Allah berikan kerana Dia merupakan perancang terbaik buat diri kita..

Impian dan Matlamat...Setelah saya pergi ke UIA sehinggalah kini berpijak di Dataran Syam, ini pesanan saya buat adik2 saya yang bakal menghadapi SPM. Tetapkanlah impian dan matlamat hidup anda sebaik2nyer. Janganlah sekadar seperti lalang yang ditiup angin, andai di campakkan di pulau, maka anda akan menjadi pulau..di campakkan ke laut maka, anda menjadi laut.

Genggamlah matlamat kita, fikirkan dari sekarang apa yang kita inginkan dalam hidup kita. Apa yang kita minat, yang kita boleh sumbangkan kepada umat sekarang. Teringat tulisan ustaz Zaharuddin, Minat amat penting, anda ingin berjaya?..pastikan ia menjadi minat. Minat boleh datang jika anda punyai ilmu tentang kepentingan perkara itu untuk anda dan masyarakat. Tanpanya minat tidak berguna. Minat sesuatu yang tiada manfaat akhirat adalah sia-sia.


Dan tak lupa pada matlamat yang perlu diletakkan bagi yang ingin belajar di negara orang.. Sejujurnya saya cakap, belajarlah dimana-mana pun, hasilnya terletak pada diri kita sendiri.. Universiti dalam negara juga ada hebatnya dan kadang2 mungkin ia lebih baik daripada luar negara...tak pe, untuk post2 yang seterusnya akan saya coretkan tentang UIA (sbb syer xpernah jejak u len) dan juga Universiti Yarmouk tempat yang sedang saya belajar sekarang. Di sini, tiada noktah kalau didebatkan mahasiswa mane yang lebih berkreadibiliti tapi kita sebenarnya memerlukan gabungan kedua2nya (mahasiswa luar dan dalam negara) untuk memperbaik negara kita...

Mengikut pengalaman saya, biler ada matlamat yang jelas, kita akan susun sebaik2nya untuk mencapai matlamat hidup kita. Teringat usaha2 yang terpaksa saya lakukan untuk datang ke Yarmouk ini... Bermulanya dengan sebelum SPM, boleh saya katakan di sini, I'd do my best for the exam..tapi Allah maha hebat, mungkin kaffarah dosa saya sebelum ini dan mungkin juga Allah taala ingin menguji kesungguhan saya.. Itulah keputusan SPM saya..saat itu, rasa sudah terkubur harapan untuk datang ke Dataran Syam.

Sudah tersurat, saya tidak berjaya untuk bersama-sama rakan-rakan saya dalam program al-Ansor anjuran Maidam..Surat rayuan juga saya hantar namun keputusan yang mengecewakan kembali pada saya. 

Maka, saya teruskan usaha, dengan mengisi sendiri borang KPT yang sangat-sangat sukar untuk diuruskan. Terima kasih kepada rakan saya yang sanggup menemani saya ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan urusan ini dengan harapan saya berjaya untuk merebut pinjaman boleh ubah Yayasan Terengganu (YT). Saat ini, duit tidak menjadi perkiraan, duit yang selama ini disimpan tidak sedikit pun terusik, akhirnya terusik jua semata-mata untuk merealisasikan impian saya untuk belajar di Dataran Syam..

Dari Kemaman ke Gombak...dri Gombak ke Institut Terjemahan Negara di Wangsa Maju, dri Wangsa Maju ke KL Sentral kemudian ke Putrajaya dan seterusnya ke Shah Alam...

Alhamdulillah akhirnya, borang selamat sampai KPT sebelum tarikh tutup. Dan Alhamdulillah saya dipanggil untuk ditemuduga oleh Yayasan Terengganu walaupun tarikhnya bertembung dengan tarikh daftar UIA, saya cuba mohon tangguh pendaftaran UIA kepada esoknya. Sedikit gentar saat itu, melihat orang yang memohon YT cukup2 ramai, penuh satu dewan ditambah pula dengan soalan bahasa arab yang cukup2 sukar dengan kemampuan saya yang sekadar lepasan SPM dan begitu juga temuduga YT..

Berbulan2 menunggu panggilan dpda YT, setiap kali masuk kelas di UIA, saya akan silent kan hanset agar tidak mengganggu pembelajaran dan sengaja saya letakkan hp di atas meja saya dengan harapan saya tidak terlepas panggilan drpd YT (rase lwak biler teringat)...

Sehinggalah saya mendapat tau terpaksa menghadiri BTN, saya terus kol YT dan Alhamdulillah, hanya Allah yang tau perasaan saat itu..dan kini saya berada di Dataran Syam...

ini cite2 syer waktu sekolah menengah...Sibaweih..

Rancanglah matlamat dengan rapi..buat banyak plan...saya tak nafikan, saya sendiri mengalami kesukaran saat lepas SPM hendak meneruskan di bidang apa...Inilah keputusan yang tersangat-sangat sukar untuk diputuskan saya tersepit antara 2 kos, Bahasa Arab atau Usul Fiqh..jadi jika tiada matlamat, saya percaya ia lagi menambahkan kesukaran kepada kita semua. Sampai sekarang saya masih berfikir-fikir apakah benar keputusan saya.

"Life always need us to choose and sacrifice something. In choosing, neither side is 100%. So, it's going to be a difficult decision. If one side is for sure 100%. that will not be a choice. But the actual answer!

50/50. Regardless of anything, you still have to choose. Don' regret after making your choice. Work hard to turn 50% into 100% Work hard to prove to yourselves that you have made the right choice..."

Doakan saya, moga saya mampu menggunakan peluang dan nikmat yang Allah berikan buat saya dengan sebaiknya... Setiap kali masuk ke kelas Fiqh Ibadat, baru saya sedar...Alangkah bodohnya diriku, Bahasa yang digunakan oleh doktor adalah bahasa yang digunakan saat mengadap al-khaliq, tapi aku tidak berjaya menghadamnya dengan baik! A+ is nothing without practice.......

Lastly, thanks to all..yang telah banyak menolong saya sampai ke sini...Nurul Iliya Sahira, Sumaiyah Azizan, Afiqah Hisham, Shamimi Che ku junoh dan juga senior saya serta semua yang memberi pertolongan dalam pelbagai bentuk dan sudah pasti x dilupakan buat kedua ibu bapa saya..setiap detik, hatiku berdoa agar iringan keredhaan dari kedua-duanya...terima kasih...

terima kasih kerana memberi kebenaran buat diriku......
Share

Tiada ulasan: