Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 31 Mei 2013

Angan-angan seorang wanita


Sebagai seorang wanita,
Pasti hatimu berdetak,
Punya angan-angan,
Mahu menjadi isteri seorang pejuang,
Mahu menjadi ibu pejuang-pejuang agama.

Berkobar-kobar di hati,
Ingin menjadi sayap kiri, 
Yang senantiasa setia,
Memberi sokongan dan dokongan,
Walau terpaksa dilambung ombak samudera.

Oh, petahnya dirimu berangan-angan,
Sedarilah, langit yang dilihat dekat,
Sukar sekali dicapai, 
Sedarilah, warna warni pelangi,
Bisa pudar sekelip mata,
Sedarilah, alam mimpi itu,
Manakan sama dengan realiti.

Mana mungkin,
Hati kecilmu tidak cemburu, 
Saat masa, tenaga, harta dan nyawa,
"Si pejuang" impianmu itu, 
Dilebihkan pada perjuangannya,
Bukan pada dirimu.

Usah berangan mahu terjun ke laut,
Andai tidak pandai berenang,
Usah berumah di tepi pantai,
Andai takut di lambung ombak.

Usahlah berangan lagi, 
Orak langkahmu segera,
Membina persediaan,
Fizikal dan mental,
Hati dan perasaan,
Menjadi sesetia Khadijah,
Pada perjuangan Nabi Muhammad.

Moga angan-anganmu, 
Bisa menjadi realiti!

Perkahwinan itu bukan matlamat,
Tapi wasilah menuju Redha-Nya.

Farah Aisyah Ahmad,
6.41 petang,
31 Mei 2013, 
Irbid, Jordan.


Share

Tiada ulasan: