Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 19 Disember 2010

Terakhir di IMTIAZ Dungun.....

Mungkin ramai yang mendengar pelbagai cerita tentang imtiaz terutamanya imtiaz Dungun baik perkara baik mahupun perkara buruk. Namun, bagi saya terlalu banyak mutiara yang boleh didapati bagi mereka yang mengimpikannya. Hatta di mana pun kaki ini dijejaki sekiranya mutiara yang dicari, InsyaAllah akan terjumpa mutiara dan bagi siapa yang mencari kaca maka itulah yang akan ditemui nanti.

 Terima kasih semua guru-guru baik guru akademik mahupun guru tasmi di menengah bawah dan atas banyak yang saya pelajari daripada kalian. Kesungguhan kalian amat dikagumi dan dihargai. Begitu jua buat sahabat sahabiah seperjuangan serta adik-adik yang banyak membantu.

Ramadhan terakhir di Imtiaz untuk tahun ini adalah Ramadhan paling best sepanjang di Imtiaz. Lepas daripada ini tiada lagi lah berbuka ramai-ramai, tengok orang berlari kelaparan nak makan...dan paling best suasana tahun ni lepas je tadarus dan ambil makanan kami semua akan bermain dengan anak-anak cikgu Mat Rodzi... Raser mcam satu family....

Banyak perkara yang kalau ingat rasa kelakor.Imtiaz Atas mungkin sedikit bermasalah dari segi kemudahan untuk tahun ni tapi sebenarnya inilah cabaran bergelar pelajar. Teringat duduk dalam bilik yang tiada lampu hampir 3 bulan..Bila baiki bilik ni, bilik sebelah pulak tiada lampu...semuanya memerlukan kesabaran...

       satu-satunya bangunan batu yang baru di tepi gambor...kelas kami pelajar-pelajar 
tingkatan 5...kelas kami je xder aircond..aircond bgi adik2.. =)

PSP... pondok baru xsempat nak merasa..tepi tu padang bola jaring..

cikgu Mat Rodzi bersama anak-anak.. Aqil dan Aisyah...
"Like father like son"

Kak Na...kakitangan imtiaz memang mesra...

jalan keluar...n masuk...

 itu Imtiaz Atas...mempunyai suasana yang cukup sesuai untuk pelajar.
2 tahun di sini rasa macam tak cukup.... Ramai yang kata buruknya keadaan asrama 
mungkin sebab kami hanya duduk dalam rumah kayu...kalau dah tinggal sini barulah
rasa keseronokkan di sini....




 dewan peperiksaan.....
Bermulanya kami di menengah bawah dan berakhir di menengah bawah
Petang terakhir bergelar pelajar sekolah....


Pemandangan daripada tingkap dorm...


Saper2 yang ada anak, adik, sepupu mahupun anak sedara atau saper2 saje...jemputlah datang menggantikan tempat kami. Cuma saya hanya boleh mempromote sekolah ini, kualiti pelajar-pelajar adalah pilihan sendiri..
Share

Tiada ulasan: