Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 15 Januari 2013

Naluri bermasyarakat dalam jiwa Muslim

"Awak masuk jemaah mana?"

Tersentak saya dengan soalan itu. Hampir terkeluar air yang saya minum. Entah macam mana, sembang petang dengan ayah jiran saya itu boleh masuk bab Jemaah.

"Kak Aisyah jemaah PERMAI la kan?" si anak yang juga merupakan junior saya ketika di sekolah menengah memberi jawapan bagi pihak saya. Mungkin masih mentah memahami perkataan 'jemaah'.

"Itu memang la." Si ibu pula memeriahkan suasana.

"Kamu kena masuk jemaah, jangan tak masuk. Jemaah itu penting untuk tarbiyah diri terutama duduk di negara orang. Pak cik ni, jemaah xxx, mak cik pula jemaah xxx. Yang penting ada jemaah..."

Panjang lebar pak cik memberi penerangan. Seakan-akan tidak berpuas hati dengan diam saya.

"Ayah, apa manfaat yang ayah dapat masuk jemaah xxx?" tetiba si anak bertanya soalan ini kepada si ayah.

"Ni, apa yang ayah buat untuk anak-anak ayah. Hasil didikan ayah masuk jemaah xxx la." Nada si ayah penuh bersemangat sekali diiringi gaya. Bangga, dengan keadaan keluarga yang dibinanya sekarang.

Ya, anak-anaknya ramai, tapi semuanya mampu dididik dengan baik. Semuanya nampak berakhlak baik dan berjaya.

Begitulah peranan jemaah membentuk individu kemudian individu tersebut membentuk individu lain pula dalam mendekati Islam.

RUH HIDUP BERJEMAAH

Jemaah-jemaah yang wujud pada hari ini besar peranannya dalam membina masyarakat Muslim. Menyiapkan diri setiap individu agar menjadi "bahagian" dalam bangunan masyarakat. Saling bantu membantu membentuk masyarakat Islam. Di samping bergerak merealisasikan matlamat utamanya untuk mengembalikan sistem khalifah Islam.
lompang itu perlu dipenuhkan

Suka untuk saya bawakan beberapa contoh daripada al-Quran dan sunnah, bagaimana hidup berjemaah di tanam dalam jiwa muslimin.

Dalam solat fardhu, solat Jumaat dan juga solat hari raya, kita dituntut untuk melaksanakannya secara berjemaah. Bahkan dilaungkan azan untuk memanggil manusia untuk solat berjemaah. Di bina masjid-masjid untuk kita lakukan solat serta berhimpun beramai-ramai.

Kita juga tahu, seorang Muslim ditegah untuk solat bersendirian di belakang orang yang sedang solat berjemaah. Dia disuruh untuk mencari celah-celah sof jemaah untuk dia masuk dan solat atau menarik seorang daripada sof hadapan untuk bersamanya di belakang agar dia tidak solat berseorangan di sof belakang.



Malah, jika seorang Muslim solat bersendirian sekalipun, dia dianggap mewakili kaum muslimin dalam memohon doa kepada Allah. Dalam solatnya dia pasti membaca surah al-fatihah yang terkandung ayat ini,

 إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦ 
(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. 

Di gunakan lafaz 'kami' bukan 'aku' atau 'saya'. Muslim ini tidak memohon pertolongan untuk dirinya sahaja, tapi dia memohon untuk dirinya serta seluruh Muslimin dalam masa yang sama.

Begitu juga di bulan puasa, seorang Muslim berpuasa dan berbuka bersama dengan muslim yang lain.

Begitulah Islam mengajarkan umatnya dalam hukum dan ajarannya naluri untuk hidup berjemaah. Mengajarkan umatnya agar sentiasa bersikap PEDULISME!

BERSATU MENENTANG KEZALIMAN

"Takpe berbeza jemaah pun. Yang penting kita bersatu menentang kezaliman. Yang benar kita sokong, yang salah kita tolak." Si ayah membuat kesimpulan ringkas. Walaupun saya berbeza fikrah, kata-kata pak cik betul.

Benar sekali, tidak perlu lagi kita berbicara panjang soal taadud (berbilang) jemaah. Sudah tidak dapat dinafikan lagi kewujudannya pada hari ini. Bahkan, kehadiran jemaah-jemaah ini banyak membantu dalam memperbaiki masyarakat. Tanpa menafikan ada golongan yang membawa ideologi kurang enak.

Alhamdulillah fenomena di Malaysia, kita ada berbilang jemaah tapi kita hanya ada satu parti yang menyeru kepada keadilan Islam. Pentingnya sekarang, kita bersatu menentang kezaliman yang semakin menular di negara kita.

Berusaha memastikan kemenangan berada di pihak Islam!

P/S : Bukan sengaja membiarkan blog bersawang buat kali ke berapa, tapi keadaan tiada laptop menyukarkan saya untuk menulis. Buat sahabat yang meminta buku pdf, maaf, insyaAllah selepas pulang ke Jordan akan saya serahkan.
Share

3 ulasan:

batman berkata...

MATLEH LIKE THIS POST

aslkm...eh kembara hidup tu sape?

Farah Aisyah Ahmad berkata...

Waalaikumussalam..
Irfan kalau xsilap

Tanpa Nama berkata...

video slots with the best sound quality - Vimeo
Video Slots with the Best Sound Quality - Vimeo. Find over 50 videos related to slots with the highest quality. Find youtube mp4 vip streams, videos, videos,