Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 12 November 2012

Kembara dalam tangisan [Siri 2]



Kunci Ukhuwah itu Solat Jemaah

Bulatan Cinta

Blue Court, tempat bermain, tempat diskusi, tempat study.

Pertemuan kecil di blue court sangat bermakna. Tempat kami junior, bersembang bersama bekas pimpinan kampus. Kehadiran biasanya, tidak mencecah 20 orang.

Tapi di situlah manusia dari pelbagai latar belakang bertemu dalam satu bulatan. Tanpa segan silu, kami berkongsi pendapat, pengalaman,luahan dan cerita.

Dan di sini juga hati saya berdetak, bahawa kehidupan ini saling memerlukan.

‘Aku perlukan dirimu teman, dan teman, engkau perlukan aku.’

“Salah seorang dorm-mate saya, telah menjadikan jilbab sebagai ganti kepada tudung bawal pendeknya.” Bangun seorang daripada ahli bulatan ini dengan penuh bangga. Kata-katanya di sambut dengan ucapan Alhamdulillah.

“Sekolah menengah saya merupakan sekolah yang sosial. Clubbing antara perkara biasa dikalangan kawan-kawan saya. Harapan saya, teman di sini bimbinglah saya ke jalan yang lurus.” bicara seorang lagi pelajar memakai jubah  merah  berjilbab hitam, diiringi air matanya dan kami yang mendengar.

Begitulah kami, berkongsi rasa dalam bulatan kecil itu walau berbeza latar belakang. Tanpa segan dan silu kami meluahkan dan membincangkan pelbagai isu.

Dan di sini jugalah, saya bertemu dengan seorang kakak yang sudah 2 tahun berpisah. Perkenalan awal kami yang hanya memakan 5 hari dahulu kembali bertaut indah sehingga sekarang.

Dorm D-G-5

What you like about CFS Nilai? People will say 'FREEDOM'.
Kaki saya melangkah lemah bersama bagasi saya. Seorang diri, tiada kenalan.

Masuk dorm D-G-5, mata saya melihat ke sana sini, hanya sebuah katil double yang kosong. Lokasinya betul-betul di tepi pintu, sekali buka pintu, semua orang di blue court nampak tempat saya.

Akur dengan keadaan ini, saya mengemas tempat. Sunyi.

“Ecah!” Ceria, satu suara yang cukup saya kenali menerjah telinga saya.

Alhamdulillah, roommate saya di kampus Petaling Jaya kini dorm-mate saya. Hati berbunga gembira.

Seorang dari Selangor, seorang lagi berasal dari Melaka. Pelajar jurusan ekonomi keduanya. Seorang bermulut bising, seorang suka senyum. Tapi mereka berdua cukup menghiburkan hati.

Inilah dorm kami, kadang-kadang terasa berwap juga duduk di bagunan rumah kedai ini.
******

Minggu pertama dalam dorm, saya berasa sedikit hambar. Dorm yang berpenghuni 16 orang itu seakan-akan tidak mampu mengubat hati saya yang sudah terluka.

Penyakit ‘Lantak kaulah nak buat apa’ seakan-akan semakin menular.

“Kau nak solat pukul berapa, ada aku kisah?”

“Kau dah solat Subuh belum?”

“Kau nak tidur sampai petang, silakan.”

Seolah-olah, kata-kata ini wujud dalam dorm sekadar  berbahasa isyarat.

Bahkan ada seorang ahli dorm yang saya kenal selepas seminggu.


Alhamdulillah, bersama ex-roommate dan beberapa penghuni dorm cuba menghidupkan solat jemaah dalam dorm. Pada awalnya sedikit sahaja bilangan jemaahnya, kemudian semakin ramai.

Akhirnya, saya nampak kuasa solat jemaah mampu menyentuh hati-hati yang baru berjinak dengan solat secara jemaah.

Teringat saya, satu malam, saya pulang lewat sedikit kerana mengikuti program di luar. Setibanya saya, saya bertanyakan kepada salah seorang dorm-mate saya, dia sudah solat isyak atau belum.

“Aku tak solat lagi, tunggu kau jadi imamlah.” Allah, tersentak hati.

Jadual imam kami, sebelum ni, main tolak2 je
Dalam organisasi dorm, saya yang nakal di amanahkan untuk menjaga kerohanian dorm. Setelah berfikir dan berbincang, kami bersetuju untuk membina jadual imam.

Oh Allah!

Dari sinilah titik permulaan dorm D-G-5 menjadi tempat belajar mengaji pula. Bukan paksaan, tapi mereka yang pinta.

Hampir setiap malam yang kosong, saya dan beberapa teman membantu ahli dorm-mate kami yang mahu memperbetul bacaan al-Quran. Sekadar membantu yang termampu.

Sungguh, mereka sangat memberi kepercayaan pada pelajar lepasan tahfiz untuk membantu mereka.

Maka, saya mula merasa hairan, bagaimana boleh timbul persoalan ini.

“Apa peranan pelajar tahfiz apabila mereka bertebaran?”

Sekarang, saya mula belajar memahami peranan ini. Dan ternyata, sangatlah banyak peranan yang boleh dilaksanakan oleh mereka pelajar lepasan tahfiz. Ramai yang perlukan anda lepasan tahfiz dan tidak kurang juga ramai yang memberi kepercayaan kepada mereka.

Lalu, buktikanlah perananmu!

Kembali kepada solat jemaah sebentar tadi, saya melihat kesan daripada melaksanakannya. Sungguh, banyak perubahan yang berlaku dalam dorm kami.

Kini, dalam dorm kami tiada lagi yang solat diakhir waktu. Semua ahli dorm akan cuba untuk menyertai solat jemaah di dorm. Kami menjadi semakin rapat. Makan malam juga biasanya, kami akan makan bersama-sama.

Kami juga mampu berbincang pelbagai perkara bersama-sama ahli dorm. Teringat saya, kami selalu menarik kerusi di study room, duduk ramai-ramai berbincang tentang universiti. Dan sudah pasti tempoh belajar di UIA antara tajuk utama kami. “Kenapa ramai yang tinggalkan UIA?”

Dan ahli dorm kami jugalah antara yang sangat setia hadir mendengar ‘Pillow Talk’ oleh madam Isfadiah Mohd Dasuki. Chemical bond antara kami sudah bertaut.Kemas!

Sungguh, saya merindui saat-saat ini.

Setelah 2 minggu saya tinggalkan CFS IIUM bagi memberi laluan kepada Biro Tata Negara bagi pelajar yang akan keluar negara dan kursus bahasa Yayasan Terengganu, saya kembali ke kampus Nilai.

Kembali selama 2 hari 1 malam, hanya untuk mengemas barang dan menghabiskan masa-masa terakhir bersama sahabat ukhuwah fillah yang saya temui.

Hati sekali lagi terasa perit untuk meninggalkan daerah ini apabila seorang dorm-mate saya yang berasal dari Perak datang menemui saya dan berkata,

“Aisyah, aku dah bawa muqaddam nak belajar mengaji dengan hang. Tapi hang pula nak tinggalkan kami.”

“Takpe lah, yang lain kan ada. Boleh mengajar.”

Saya percaya dorm-mate saya yang berjurusan IRK dan Bachelor of Arabic (BAR) yang masih kekal di UIA mampu membantu teman-teman saya.

Penutup

Hargailah diri sendiri, kerana dirimu sentiasa diperlukan untuk membantu orang lain. Dan hargailah orang disekelilingmu, kerana mereka juga banyak membantu dirimu.

Sungguh saya berterima kasih pada teman-teman, yang mewarnai hidup saya. Dan saya belajar banyak perkara daripada kalian. Juga tahniah buat pimpinan kampus Nilai, yang berjaya mengekalkan 'biah solehah' di sini.

Kunci kepada ukhuwah, hanya satu, SOLAT JEMAAH!

“Di mana bumi dipijak, di situ perjuangan diteruskan.”

Ahli D-G-5, 3 orang telah tinggalkan UIA
Ecah, Aisya, Nadirah, Ain, Wani,
Fatin, Tini, Fiqah, Syida, Rauhah, Azimah, Fini,
Roze, Anet, Bakyah & Diana


P/S : Tulisan ini sekadar merakamkan kenangan penulis, dan penulis sama sekali tidak berniat untuk membuat bandingan dengan mana-mana tempat yang pernah dijejaki penulis. Maaf.
Share

1 ulasan:

kak cik berkata...

CFS IIUM kampus Nilai memang sangat bernilai kan... I never get bored to read this entre again and again.. try to understand every single word in it. :-)