Ahad, 2009 Jun 07

TSAQAFAH DAN MUWASOFAT NUQABA'

Setelah merantau jauh...jumpa artikel ini
sumber : http://dairytarbiyah.blogspot.com

Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiyyah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.

Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Untuk itu mereka mesti mempunyai kekuatan tsaqafah dan keperibadian. Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.

TSAQAFAH NUQABA'

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah.

Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum. Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff. Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ...Setidak-tidaknya mempelajari kitab Hadith 40. Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat merujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang. Juga buku terbaru TG Nik Abdul Aziz tentang Rasulullah SAW.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang dan siri kitab-kitab aqidah ( Beriman..) yang ditulis oleh beliau.

Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid boleh dijadikan bacaan Secara berterusan mempelajari kitab-kitab fiqh yang muktabar.

Tazkirah dan tazkiyyah an nafs ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan. Juga kitab Bidayatul Hidayah ( al Ghazali ).

Pembacaan terhadap sumber-sumber fiqh harakah merangkumi fiqh dakwah, fiqh tarbiyyah dan fiqh jihad dan siyasah mestilah dilakukan oleh para nuqaba.Secara berterusan para nuqaba mestilah juga membaca akhbar harakah dan juga perkembangan politik semasa dari blog-blog yang tsiqah.

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan ICT.

MUWASOFAT (CIRI-CIRI) NUQABA’

1. Mempunyai kadar minima tsaqafah nuqaba dan sentiasa mempertingkatkannya.

2. Memiliki keperibadian(syakhsiyyah) nuqaba' dan boleh menjadi qudwah yang baik.

- ibadah fardi

- akhlaq dan keterampilan

- public relationship (PR) yang baik

- interpersonal skill

3. Ada kemahiran tarbawiyah dan da'wiyyah:

- usul dan tarkiz tarbawiyyah

- usul dakwah- isti'ab dakwah

- pengendalian usrah berkesan

4. Ada kemahiran qiyadiyyah.

- menguasai ahli dengan wahdatul fikr dan amal

5. Ada kemahiran jama'iyyah.

- amal jama’iy- amal ijtima’iy

6. Ada kemahiran tanzimiyyah.

- pengurusan organisasi

Kelihatannya begitu sukar untuk mencari nuqaba’ yang memiliki ciri-ciri di atas. Namun itulah hakikat yang perlu dimengerti oleh mereka. Justeru itu, rekrumen nuqaba adalah satu ‘core business’ yang perlu diambil berat oleh jamaah.

Sabar mengajak manusia ke arah kebaikan


SHAH ALAM, 7 Jun - Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapan penutupnya mengumpamakan PAS sebagai sebuah bahtera yang kukuh dan selamat walau dilanda pelbagai ombak dugaaan. Islam yang memimpin perubahan kerana hanya Islam yang sempurna dan lengkap. Hanya Islam yang berjaya membina tamadun manusia walaupun pada masa kedatangan Islam, telah wujud pelbagai tamadun lain seperti Rom dan Parsi.

Tugas utama pejuang agama Allah ialah menyelamatkan manusia keseluruhannya. Oleh itu hanya melalui pemerintahan usaha ini dapat dilakukan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh Islam. Allah mengharamkan umat Islam daripada menyerah kalah, sehingga dibenarkan peperangan dalam usaha mempertahankan Islam.


Namun begitu, pendekatan yang paling utama ialah perdamaian kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. Kerana itu, tidak boleh menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak. Perbezaan yang wujud mestilah ditolak dengan cara yang baik.


Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, pelbagai ujian yang dihadapi. Hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang dapat menghayati usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan. Beliau mengingatkan ahli-ahli akan konsep penting dalam jemaah Islam iaitu:


1. Menyuburkan sifat takwa. Ini kerana takwa adalah asas bagi mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.
2. Ketakwaan dan wala’. Islam mengajar kita agar taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melibatkan maksiat.
3. Ukhuwah atau persaudaraan Islam penting dalam membentuk persatuan tidak kira dalam perkara yang dipersetujui atau dalam perkara yang tidak dipersetujui.


Akhir sekali, Tuan Guru merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang hadir, termasuklah pihak media dan bloggers.

Saranan dalami Ilmu Siyasah


SHAH ALAM, 7 Jun - Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi AWang dalam ucapan pergulungan beliau menyatakan setiap muslim sewajarnya mendalami imu-ilmu feqah yang ada dalam agama.


Beliau yang berpendapat bahawa mejoriti umat Islam hari ini mempelajari ilmu feqah hanya berlegar di sekitar ilmu feqah, ibadat, muamalat dan munakahat.


'Jarang sekali mereka mendalami ilmu feqah dakwah, apatah lagi feqah Siyasah. Iaitu ilmu feqah yang berkaitan politik Islam yang pernah dilaksanakan oleh nabi s.a.w. dan khalifah-khalifah Islam yang lain selama pemerintahan mereka," luahnya.


Tambah beliau yang menyarankan agar Ilmu siyasah seperti ini perlu didalami oleh umat Islam supaya mereka mengetahui cara untuk memerintah sejajar dengan acuan Islam

sumber: http://muktamar55.pas.org.my

Sabtu, 2009 Jun 06

Buku

وقل رب زدنى علما
(20:114)

Tulisan sebelum tidur. Satu fenomena yang berlaku di Imtiaz adalah pelajar-pelajarnya suka membaca buku novel. Tidak kiralah yang berunsurkan apa dan yang saya pasti buku yang paling popular dikalangan pelajar ialah keluaran PTS. Di menengah atas, buku-buku ini telah dirampas secara senyap, tetapi saya tidak pasti peraturan di menengah bawah kini bagaimana.

Budaya suka membaca ini, amatlah baik, namun, saya ingin menyarankan bacaan lain kepada semua. Apakah untungnya, membaca buku-buku sedemikian? Mungkin ada. Tetapi saya ingin mengesyorkan kepada pembacaan yang lain, pembacaan yang lebih Ilmiah sesuai dengan tittle 'Huffazul Quran' dan 'Da'ie'.

Ramai yang mengatakan ia suatu kebosanan tidak kurang juga bagi mereka yang mengatakan tidak faham. Saya pun tak tau nak jawab apa bila diberi penyataan ini. Namun, sedarlah kita sebenarnya ketandusan ilmu agama. Ramai adik-adik yang bertanya kepada saya, 'Naper banin ramai yang boleh cakap tinggi2? kadang-kadang kita tak faham.'. Saya hanya senyum dan mengatakan jawapannya cukup senang, 'baca bukulah'. Kalau suruh pergi surau pagi Jumaat kan tak nak plak.

Ketika pergi ke kedai buku, saya memilih buku yang paling murah untuk dibuat latihan. Pening-pening, kemudian beralih pula ke bahagian buku agama, tergaru-garu jugak ketika itu. Bukan kedekut, tapi sayang duit...ha3... Akhirnya, abang saya mengeluarkan 1 penyataan, 'Hakikatnya, orang Melayu membeli handphone lebih daripada RM500 tapi apabila membeli buku tidak sampai RM 20.' Betulkan?

Suka hati saya pada hari ini, sebuah buku kegemaran saya telah berjaya dikhatamkan pada hari ini setelah berbulan-bulan membacanya. Malu dengan junior saya, dia berjaya menghabiskan selama seminggu sahaja. Saya? Bersyukur bila cuti panjang sebegini, sempat juga membaca buku-buku berbentuk Ilmiah, kalau ikutkan disekolah 1 muka surat sehari pun belum tentu.

Saya sediakan senarai buku-buku muktabar...(terjumpa ketika mencari benda lain)

1. TAFSIR FI ZILAALIL QURAN JUZ 30 OLEH SYD QTB
2. TAFSIR IBN KATHIER 30 JUZ.
3. SIRAH OLEH NURUL YAQIEN
4. HADITH 40 (AL-WAFI) OLEH IMAM NAWAWI.
5. AQIDAH OLEH DR YUSUF ALQARADHAWI.
6. PENGENALAN UMUM ISLAM OLEH THONTOWI.
7. AQIDAH ISLAM OLEH SAYYD SABIQ.
8. RISALAH AQIDAH OLEH IHAB.
9. FIQH SIRAH OLEH SAID RAMADZAN AL-BUTI.
10.IMAN DAN KEHIDUPAN OLEH DR. YUSUF ALQARADHAWI.
11.APA DERITA BILA ISLAM MUNDUR (ISLM AND THE WORLD) OLEH AN-NADAWI.
12.MUHAMMAD PEMBINA UMMAT OLEH NAEIM SIDDIQI.
13.SIRAH NABAWIYYAH OLEH AS-SIBAI'E.
14.PEKERTI MUSLIM OLEH MUHD AL-GHAZALI.
15.SALAH FAHAM TENTANG ISLAM OLEH MUHD QUTB.
16.APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM OLEH USTAZ FATHI YAKAN.
17.FIQH SUNNAH OLEH SYED SABIQ.
18.BEKALAN DLM PERJALANAN DA’WAH OLEH MUSTAFA MASYUR.
19.JAHILIYYAH KURUN KE 20 OLEH MUHD QUTB.
20.BIMBINGAN MUKMIN OLEH IMAM AL-GHAZALI.
21.MAALIM FIT TARIQ (MILESTONES) OLEH SAYD QUTB.
22.TARBIYYAH ISLAMIYYAH DAN MADRASAH IHAB OLEH DR YUSUF ALQARADHAWI.
22.USUL DA’WAH JILID 1 DAN 2 OLEH UAKZ.
23.KEPERIBADIAN MUSLIM OLEH MOHD ALI HASHIMI.
24.INDUK PENYUCIAN DIRI OLEH SAID HAWWA.
25.RISALAH2 OLEH IHAB:


v
BINGKISAN DA’WAH
v
RSLH MUKTAMAR KHAMIS
v
RSLH AT-TAALIM
v
RSLH USRH
v
RSLH JHD
v
RSLH AL-MATHURAT

26.FIQH AMAL JAMAIYY OLEH MUSTAFA MASYUR JILID 1 DAN 2.
27.DA’WAH FARDYH OLEH MUSTAFA MASYUR.
28.PANDANGAN SEMULA RSLH AT-TAALIM OLEH MUHAMAD KATIB.
29.HALAM HARAM DLM IS OLEH SYQARADHAWI.
30.PERMASALAHAN DA’WAH DAN PENDA’WAH OLEH USTAZ FATHI YAKAN.
31.BAHTERA PENYELAMAT UTK PENDWH OLEH USTAZ FATHI YAKAN.
32.ASAS-ASAS ISLM OLEH MAUDUDI.
33.PRA-SYARAT KEMENANGAN BAGI GERAKAN ISLAM OLEH MAUDUDI.

saya curi gambar kat fs adik2. sori er. yang saper ni, sekdr perhiasan.. =)
buku kat atas meja yang tersusun rapi dek tak sempat nak sentuh pun.
Gambo sblm exam..sebb 2 kemas semcam jer.. air kotak kat bawah 2, bukn saya py, asiyah punya..haha..
ni plak yang saidah py...(gambo curi kat fs gak)


ان الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما , انما ورثوا العلم, فمن أخذه أخذ بحظ وافر


Jumaat, 2009 Jun 05

Perpecahan Imtiaz Dungun - Atas & Bawah

Sebelum tidur saya tulis sedikit tenteng perkara ini. Sebenarnya saya merindui senior-senior saya yang telah banyak mengajar diri ini secara langsung mahupun tidak langsung. Baru sahaja selesai menghubungi seorang kakak senior yang sudah lama rasanya tidak bertanya khabar dan bersembang bersama. Sedih jua bila bercakap mengenangkan segala nostalgia silam dan membandingkannya kini. Terima kasih kerana masih mengingati adikmu ini. Benarlah perjuangan semakin hari semakin payah.

Perpecahan Imtiaz Dungun kepada 2 iaitu Imtiaz Dungun Atas dan Bawah berlaku pada tahun 2007. Saya tidak mahu bercakap sebab mahupun mengapa ini berlaku? Ini kerana, saya tidak tahu apakah cerita sebenarnya hanya sekadar mendengar orang bercerita. Saya mula menuntut di sekolah ini pada tahun 2006 dan mulai rasa sayang akan sekolah ini.

Ketika di tahun 2006, senior yang paling besar adalah pelajar tingkatan 4. Kepimpinan yang ada cukup-cukup hebat, dan kami adik-adik cuba belajar daripada kalian semua samada secara formal atau tidak formal. Melalui tazkirah yang diberikan oleh kalian serta semua gerak kerja kalian yang dapat dilihat melalui mata kasar dan pengalaman bekerja bersama kalian.

Pada tahun 2007, seingat saya pada bulan 2 pelajar tingkatan 5 terpaksa dipindahkan ke tempat baru (baru??da lama tempat 2, Kolej Teras Timur, UiTM sebelum ini) yang diberi nama 'Imtiaz dungun Atas' dan kami adik2 masih di Imtiaz Dungun Bawah. Saya ketika mereka berpindah, saya tiada di sekolah kerana terpaksa pulang ke rumah kerana ada sedikit kerja. Sesampai saya di sekolah, terkejut kerana kakak2 sudah berpindah ke sana. Ha, tanpa disedari air mata saya mengalir walaupun saya tidak rapat dengan kakak2 f5 pada tahun itu. Mungkin merindui celoteh kak Farah dan Kak Aishah.

Disebalik, perpecahan ini ada kelebihan malah apa kurangnya dengan kekurangannya. Ada pro dan ada contranya. Dengan berlakunya ini, bakat kepimpinan bermula umur yang kecil dapat dicungkil. Ini kelebihannya, sudah tahu bagaimana hendak menguruskan program sejak dari awal. Alhamdulillah dari segi ini.

Yang seterusnya, fikir-fikirlah sendiri. Sekiranya, saya yang menyambungnya, tunggulah 1 1/2 tahun lagi saya sambung tulisan ini, InsyaAllah.

Imtiaz Atas...suasana belajar yang tenang...
huhu..jalan yang panjang menuju ke kelas...Muka pun habis jadi separuh gelap separuh putih...

Tenang??? Dataran Imtiaz. Tempat roll call

Surau..5 waktu solat secara jemaah..Hari2 mengaji kat sini...


jauh dar ini dari semua tempat, jauh dengan DeMa, bangunan Akademik dan jugak Musolla, takpe banyak sikit pahala jalan banyak ke surau.

ni, tempat banat isi perut (DeMa)

ni pula, dewan makan imtiaz bawah...Jauh perbezaannya. Ni baru DeMa.
Tapi xkisah pun

AL QIYADAH WAL JUNDIYAH

Judul Asli : Bainal Qiyadah Wal Jundiyah
Oleh : Syaikh Mushthafa Masyhur

MUQODDIMAH
Islam tidak rela atas ketidakberdayaan ummatnya dalam menghadapi kenyataan. Islam tidak
menghendaki kaum muslimin lemah dan takluk kepada musuh – musuhnya. Setiap muslim wajib
bergerak dan berjuang serta berkorban untuk menegakkan Islam, membangun Daulah dan
Khilafah Islamiyyah yang di dalamnya tegak hukum – hukum Allah supaya jangan ada fitnah dan
supaya agama itu semata – mata bagi Allah ( Q.S Al Anfal : 39 ). Ketika itulah setiap mu’min
bergembira dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah
Yang Mahagagah dan Yang Mahamulia.
Karena itu perjuangan melalui amal jama’i yang digerakkan sebuah jama’ah Islam yang menyeru
penggabungan untuk persatuan kaum muslimin seluruh dunia, harus tersusun rapih, kuat dan
terkoordinasi ( Q.S 3 : 103 ). Siroh Rasululloh SAW merupakan pengalaman praktis bagi seluruh
da’wah Islam. Kemudian diikuti oleh Khulafa Al Rasyidin dengan manhaj
rasulullah SAW.
Seluruh organisasi atau bangsa – bangsa, asas keberhasilannya, kebangkitan dan
pembangunannya ialah adanya manhaj tertentu, pimpinan dan anggota kelompok yang bergerak
dengan manhajnya. Syarat ideal yang dimiliki setiap muslim : aqidahnya lurus, ibadahnya benar,
berakhlaq mulia, berfikiran cerdas, bijak, berbadan sehat dan kuat serta berguna bagi manusia,
mampu bergerak dan berjuang, berdisiplin dalam segala hal, menjaga waktunya,
bermujahadatunnafs dan memiliki faktor – faktor asasi sebagai pejuang muslim.
Apapun kedudukan, jabatan dan peringkatnya, setiap aktifis da’wah tetap memikul amanah dan
berbagai tanggung jawab, bukan suatu kemegahan dan kebanggaan. Allah akan meminta
pertanggungjawaban setiap aktifis atas amanah yang dipegangnya dan semua akan dihisab.


A. AMANAH , TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN DAN ANGGOTA.

I. Hal – Hal Yang Membantu Terlaksananya Tugas Pemimpin :
1. Ikhlas karena ALLAH semata, selalu bertindak benar dan jujur kepada-Nya.
2. Peka terhadap pengawasan dan penjagaan ALLAH SWT.
3. Memohon pertolongan dan perlindungan ALLAH dalam seluruh keadaan dan aktivitasnya.
4. Memiliki rasa tanggung jawab besar.
5. Memberikan perhatian yang cukup kepada masalah tarbiyah dan menyiapkan kader
penerus.
6. Terjalinnya rasa kasih sayang dan ukhuwah yang tulus di kalangan anggota organisasi
khususnya anggota dan pimpinan.
7. Pimpinan harus benar – benar merencanakan program yang tepat, menentukan tujuan,
tahapan, cara, sarana, persiapan – persiapan sesuai dengan kemampuan.
8. Setiap anggota organisasi harus merasakan bagaimana beratnya amanah dan tanggung
jawab pimpinan.
9. Pimpinan harus memiliki cita – cita dan tekad berjuang.


Menurut Imam Hasan al-Banna faktor – faktor lain keberhasilan adalah :

1. Kekuatan da’wah kita yang merupakan da’wah ALLAH, da’wah yang paling tinggi dan
mulia.
2. Tujuan yang murni ( ridho ALLAH ), terbebas dari niat kotor dan mencari keuntungan
pribadi.
3. Ketergantungan kita hanya kepada pertolongan dan dukungan ALLAH. ( Q.S 3 : 173 –
174 ) “Kalian tidak akan terkalahkan karena sedikitnya jumlah kalian, lemahnya sarana
dan kurangnya alat – alat pendukung, atau karena banyaknya musuh kalian,
berkumpulnya musuh – musuh menentang kalian. Tetapi ada satu sebab yang dapat
menghancurkan dan menyebabkan kalian kehilangan segala – galanya, yaitu jika hati
kalian telah rusak, ALLAH tidak memperbaiki amal kalian, suara kalian telah terpecah
belah dan saling bertentangan pendapat “.

Bagian 2

II. Sifat Dan Akhlak Yang Harus Dimiliki Oleh Setiap Pemimpin :
1. Senantiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas karena ALLAH semata.
2. Berdaya ingat kuat, bijak, cerdas, berpengalaman dan berwawasan luas, berpandangan
jauh ke depan dan tajam, mampu menganalisa berbagai persoalan dari segala segi
dengan tepat dan cepat. ( Q.S 3 : 200 )
3. Berperangai penyantun, kasih sayang, lemah lembut dan ramah.( Q.S 3 : 159 )
4. Bersahabat.( Q.S 5 : 54 )
5. Berani dan sportif, tidak pengecut dan membabi buta.( Q.S Al Fath : 29 )
6. Shidiq. ( Q.S Al Ahzab : 23 – 24 )
7. Tawadhu. ( Q.S Asyu’ara : 215 )
8. Memaafkan, menahan amarah dan berlaku ihsan.( Q. S 3 : 134 )
9. Menepati janji dan sumpah setia. ( Q.S Al Fath : 10 )
10. Sabar. ( Q. S 2: 153 )
11. ‘Iffah ( kesucian jiwa ) dan kiram ( tidak mudah untuk tunduk kepada hawa nafsu dan
yang mengotori jiwa. ) Q. S Al Hasyr : 9.
12. Wara’ ( menjauhkan dari hal syubhat ) dan zuhud ( meninggalkan hal berbuat dosa ).
13. Adil dan jujur. ( Q.S 5 : 8 )
14. Tidak mengungkit – ungkit dan menyombongkan diri.
15. Memelihara hal – hal yang dimuliakan ALLAH. ( Q.S Al Hajj : 30 )
16. Berlapang dada dan tidak melayani pengumpat dan pengadu domba.
17. Tekad yang bulat, tawakkal dan yakin. ( Q.S Athalaq : 3 )
18. Sederhana dalam segala hal.
19. Bertahan dalam kebenaran dengan teguh dan pantang mundur.
20. Menjauhi sikap pesimistis dan over estimasi


Panduan Imam Hasan Al Banna untuk para pemuda :
“ Wahai pemuda ! Fikroh ini akan menang jika kita memiliki iman kuat, tulus dan ikhlas
kepadanya, punya semangat yang berkobar – kobar, kesiapan berkorban dan beramal untuk
mewujudkannya. Empat rukun ini : Iman, Ikhlas, semangat dan amal, merupakan ciri khas
pemuda. Sesungguhnya dasar iman adalah hati yang hidup, asas ikhlas ialah hati yang suci
murni, landasan semangat yaitu perasaan yang kuat dan amal adalah tekad yang selalu segar “.
ALLAH Berfirman : “ Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda – pemuda yang beriman kepada
Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. “ Q.S Al Kahfi : 13.

sekadar renungan:
Sambungannya boleh rujuk : Bainal Qiyadah wal jundiyyah, Mustafa Masyur

Araftuka



sengaja letakkan video ni...

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allah

Muhammad:
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
Araftuka Muz Zaka Qalbis Si'ab

Nazrey:
Araftuka Fi Kulli Syai'in Bada
Wa Fil Bahri Aw Fi Mururis Sahab

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allah

Wa Fi Nasamatil Asilir Riqaq
Wa Fil Ardhi Aw Fi Jamalil Hidhab

Wa Fi Nafahatil Huda Zuqtuha
Nasitu Biha Tayyibatil Itab

Muhammad:
Faya Rabbi Sun Qalbi 'An Nazghatin
Turihid Dhalala Naqiyath Thiyab
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab

Nazrey:
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman

Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu

Muhammad:
Wa Khuz Bi Bihubbika Nahwa 'Ulak
Wa Hab Li Ridhaka Wa Husnal Maab
Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab

Nazrey:
Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me Your pleasant & paradise

Terjemahan:

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allah

Muhammad:
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan
Kutahu Engkau tika hatiku merasa susah

Nazrey:
Kutahu Engkau dalam setiap yang bermula
Dan di laut atau dalam pergerakan awan

Dan dalam bayu petang yang tipis
Dan di bumi atau pada kecantikan anak bukit

Dan dalam semerbak hidayah kurasakan
Kulupakannya di ambang kebaikan

Muhammad:
Maka Tuhan lindungilah hatiku daripada tertusuk
Perlihatkannya kesesatan sucikan pakaiannya
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan

Nazrey:
Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman

Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu

Muhammad:
Dan bawalah daku kepada cinta-Mu setinggi-Mu
Dan kurniakan kepadaku keredhaan dan kepulangan yang baik
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan

Nazrey:
Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me your pleasant & paradise

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allah

Akhir untung???

Kebosanan berada di rumah saya online sebentar untuk menulis dan meneruskan pembacaan saya di internet, esok sudah tidak boleh membuka laptop seperti hari ini dek kanak-kanak kecil bakal menghuni rumah saya sampai akhir cuti. Kali ini tulisan santai sahaja, sekadar bergurau. Sebenarnya, saya terasa sedikit tersekat untuk menulis di sini atas tittle saya masih seorang 'pelajar sekolah'.

Semalam saya dihubungi adik usrah saya dan bercakap dengannya hampir satu jam. Dan pada akhir setiap kali perbualan kami, kami pasti membandingkan diri yang mana dia adalah anak sulung dalam keluarga dan saya merupakan anak bongsu. Persoalan yang saya ingin bawakan hari ini sekadar untuk santai minda ialah siapa lebih untung? Anak bongsu atau anak sulung?

Saya sekadar memberi pandangan saya tentang kelebihan anak bongsu antaranya ialah abang2 dan kakak2 sebagai penasihat. Abang2 dan kakak2 telah lama melalui asam garam kehidupan berbanding dengan yang bongsu, jadi setiap pergerakan adik bongsu sudah pasti abang2 dan kakak2 yang menasihati atas dasar pengalaman yang telah mereka lalui.

Apa untungnya lagi? Ha, bagi sayalah, bila dah jadi anak bongsu ni, tiadalah mereka yang lebih kecil di dalam keluarga. Balik rumah pun tiada siapa yang ganggu, senang nak buat kerja sendiri. Ngaji pun senang, studi pun senang, dan inilah perlumbaan di antara saya dan adik usrah saya biasanya, siapa paling banyak..huhu.. Paper jer lah. Namun persoalannya, setiap kali pulang ke rumah apakah semua kerja dan taklifat saya selesai??? Untung, untung jugak tapi semuanya sebenarnya atas diri sendiri.

Apa lagi? hmm... Biasanya, adik2 menadah tangan sahaja, abang2 dan kakak2 yang keluarkan duit untuk belanjakan adik2 sebab mereka sudah bekerja. Salah satu kelebihan, bila balik rumah pasti ada yang mahu belanja.

Hmm...ntahla, sekadar merepek sahaja ni. Membuang kebosanan dan hendak berlawan dengan Afina...Namun kelemahannya, balik rumah cepat bosan sebab tiada kawan di rumah, tu yang duk layan internet. Abang2 dan kakak dengan kerjanya. Tapi tidak mengapa, perkara biasa. Dan kehadiran sepupu saya yang kecil daripada Kelantan amatlah dinanti-nantikan. Walaupun tahu mungkin banyak kerja saya bakal tertangguh.

Cuma, cuti ini perlu bekerjakeras untuk melangsaikan hutang yang perlu dibayar. Berhutang pada diri sendiri, sesungguhnya hutang itu perlu cepat dilangsaikan.

Semuanya ada peranan, yang sulung dengan peranannya, yang tengah dengan peranannya dan seterusnya lah. Sekadar ini sahaja pengongsian yang tidak seberapa.

Ahad, 2009 Mei 31

Cara2 hidup untuk ISLAM



MUQADDIMAH

Setiap manusia yang mengakudirinya beragama Islam wajiblah menjuruskan segenap kehidupannya menurut cara Islam, samaada dalam aspek aqidah, ibadat, akhlaq dan sebagainya.

Selain dari itu, seseorang yang mengaku beragama Islam juga wajiblah menyerahkan segenap kehidupannya untuk Islam. Dengan lain perkataan, setiap muslim diwajibkan mengarah dan mengorbankan segala keupayaan yang dianugerahi Allah kepadanya pada jalan yang dapat mendaulatkan Islam di dunia ini.

CARA-CARA HIDUP UNTUK ISLAM

Diantaranya ialah :-

1. Mengetahui matlamat hidup sebagaimana yang telah ditetapkan Allah dalam firmannya yang bermaksud

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu" (surah Az-Zaariyaat:56)

2. Saya mestilah mengetahui nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat seperti yang disebutkan dalam firman Allah:

"Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit. " (surah At-Taubah: 38)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allahdengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air" (riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)

3. Saya mestilah mengetahui dan sedar bahawa maut itu suatu perkara yang pasti dan saya mestilah mengambil pengajaran daripadanya: Firman Allah yang bermaksud :

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa dan tetap kekal zat Tuhan-Mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (Ar-Rahman:26-27)

Abu Zar Ghifari telah mengatakan "Aku telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Apakah yang terkandung dalam suhuf Musa? Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud:

"Kesemua Suhuf Musa adalah pengajaran ; Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian, kemudian beliau (masih) bergembira. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka , kemudian beliau (masih) boleh ketawa. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap ketentuan Allah, kemudian beliau (masih) kecewa. Aku hairan (melihat) orang yang melihat dunia memutar-belitkan penghuninya, kemudian beliau (masih) tenang hati terhadap dunia. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab, kemudian beliau (masih) tidak beramal." (Riwayat Ibn. hibban)

4. Saya mestilah mengetahui hakikat Islam dengan lebih mendalami, mempelajari dan mengetahui dasar-dasar Islam, hukum-hukumnya dan halal haramnya. firman Allah yang bermaksud:

"Dan katakanlah; Tuhan-ku, tambahkanlah ilmuku" ( surah Toha: 114)

Rasulullah bersabda:

" Sesungguhnya para anbiya' itu tidak meninggalkan pusaka berbentuk dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu, barangsiapa yang menerimanya, beliau akan menerimanya dengan bahagian yang lumayan." (Hadis Riwayat Abu Daud)

5. Saya mestilah mengetahui hakikat jahiliah dengan cara mengenali aliran fikiran, dan garis perjuangannya disamping mencari ketempatan dan kecacatannya. Saya juga mesti mengetahui bahaya dan bencananya supaya saya dapat mengelakkan tipu dayanya disamping dapat membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapinya dan memeranginya.

Semua ini sedikit sebanyak daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" tulisan Fathi Yakan.

Waallahu'alam

Sabtu, 2009 Mei 30

Syukur

Sedih bercampur gembira...Setelah lama dipujuk abg yang sulung untuk tidak ptg intenet, akhirnya ana telefon kat rumah, abg kata internet ader tapi cuma 10 jam sebulan.. Allah, syukur x terhingga.. Paling tidaknya, kuranglah sedikit saya mengadap komputer ini. Dan mungkin saya juga tidaklah mebuang sahaja masa mengadap komputer ni. Mungkin ader hikmahnya apabila jadi begini.

Tambah pula, saya masih berhutang dengan diri saya beberapa juzuk. Bagi saya ia adalah hutang kerana saya tidak mampu untuk mencapai target saya. Bilakah saya akan membayar hutang-hutang ini??? Kesibukan di sekolah yang akhirnya membawa kepada keletihan dan menyebabkan saya terlena ditengah malam. Apakah keletihan fizikal yang berlaku? sebenarnya keletihan mental. Sebenarnya kesibukan tidaklah boleh menjadi alasan.

Akhirnya, adik usrah saya tahun lepas berjaya khatam terlebih dahulu daripada saya. Tahniah, sebab mampu mengalahkan bekas naqibah. Dahulu jarak saya terlalu jauh dengannya. mungkin ada hikmahnya saya terpaksa berhutang, mungkin yang juzuk dibelakang masih banyak tidak ter'cover' lagi???

Cuma maaflah adik-adik, dan kawan-kawan saya. saya tak boleh la nak ym macam dlu lagi er. Kalu ader paper juz ator offline msj da.. InsyaAllah saya jawab selagi saya bley jawab.

Tahniah juga buat abang yang sulung yang telah selesai melangsungkan perkahwinan pagi 30 hb ni... Penat ngantornyer...

Jumaat, 2009 Mei 29

SOLAT HANYA SEBAGAI SYARAT???

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Lafaz وَأَقِيمُواْ adalah fail amar yang menunjukkan perintah, setiap perintah adalah wajib maka mendirikan solat itu adalah wajib.

Sengaja dipilih tajuk ini. Pada hari ini, solat jemaah amatlah payah untuk dilakukan bagi kebanyakkan umat manusia yang bergelar MUSLIM bahkan bagi mereka yang mendapat didikan solat berjemaah di tempat menuntut Ilmu apabila pulang ke rumah perasaan malas membuak.Samalah jua mereka yang bangun awal di sekolah hanya takut masbuq, balik ke rumah terpaksa dikejutkan dan entah Subuh pada pukul berapa? Sedangkan banyaknya kelebihan apabila kita solat secara berjemaah.Bukan ini yang saya ingin bicarakan sebenarnya, sebelum itu saya berikan dahulu antara ayat Al-Quran yang menunjukkan  kelebihan solat:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُون
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّہَارِ وَزُلَفً۬ا مِّنَ ٱلَّيۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ ذَٲلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٲكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Ini antara ayat Al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan solat. Apa yang saya ingin bicarakan ialah mereka yang hanya mengambil solat sebagai syarat. Syarat melaksanakan perintah Allah. Mereka ini adalah mereka yang solat secara tergesa-gesa senang kata "LAJU MACAM BAS EKSPRESS". Apakah sudah cukup dengan hanya mendirikan solat tanpa membaca dengan bacaan yang baik??? Oleh sebab sudah fasih bacaan dalam solat, kita pun baca laju lah? Mata yang memandang letih melihat suasana ini berlaku apatah lagi mereka yang melakukannya tidak letihkah?. Bagi saya sekiranya kita solat secara berjemaah, InsyaAllah perkara ini tidak berlaku melainkan imam yang laju (mufaraqah lah kalau begitu).

Inilah yang menjadikan solat tidak berjaya mencegah diri daripada berhenti melakukan maksiat. Setiap apa yang berlaku, mari kita semak solat kita. Sekadar pesanan pendek yang khas ditujukan kepada diri ini yang serba kekurangan.

Waallahu' alam.

Huffaz dan Al-Quran

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬


Saya mungkin akan menyambung sedikit sebanyak tulisan baru-baru tentang Huffaz juga. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri ini dan dikongsi bersama dengan sahabat sahabiah saya.

Di dalam ayat di atas  Allah Taala telah berfirman bahawa Al-Quran itu adalah penawar dan  rahmat bagi orang mukmin. Tetapi menambahkan kepada orang yang zalim tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerugian. Ini bermakna bahawa dengan membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang seperti mana firman Allah:


أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Apatah lagi apabila kalimah mulia ini dihafaz, sudah pasti ia akan terus menjadi penawar dan rahmat bagi kita. Apatah lagi bagi mereka yang masyi Al-Quran. Bahkan golongan Quranik inilah yang menjadi yang diharapkan oleh keluarga, masyarakat dan negara. Persoalannya di sini apakah kita mengamalkan apa yang telah dihafaz???

Ketika di generasi pertama ( zaman Rasulullah dan para sahabat) menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama. Sekiranya dilihat antara faktor utama membentuk generasi pertama adalah PERASAAN BELAJAR UNTUK MELAKSANAKAN..semua ini adalah daripada Al-Quran. Yang mana mereka tambah luaskan lapangan hidup mereka serta pengetahuan dan tambah pengalaman. Semua ini tidak akan mampu sekiranya bertujuan untuk selidik dan mengkaji sahaja mahupun membaca. Mudah kata tanpa disertai pelaksanaan.

Seterusnya, apabila Al-Quran menjadi darah daging mereka seterusnya memudahkan mereka bekerja serta meringankan beban yang berat. Mereka juga menanamkan Al-Quran ke dalam jiwa dan ia menjadi panduan haraki mereka. Bahkan sekiranya Al-Quran ditanam dalam jiwa ia akan melahirkan pelajar yang gerakkan aktiviti. Mereka akan melahirkan kenyataan dan meninggalkan kesan mungkin melalui program pentarbiahan mereka.

Al-Quran tidak akan curahkan dan isi perbendaharaan ILLA orang yang datang kepadanya dengan roh dan jiwa yang ikhlas. Maka dengan ini, pengetahuan yang dapat daripada Al-Quran ini akan membuahkan amal seterusnya tindakan bagi mereka yang datang kepadanya. Al-Quran merupakan panduan hidup yang lengkap, panduan dari Ilahi yang tulen. Allah juga merasmikan Al-Quran sebagai Al-Quran sebagai garis pemisah antara hak dan batil.

وَقُرۡءَانً۬ا فَرَقۡنَـٰهُ لِتَقۡرَأَهُ ۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكۡثٍ۬ وَنَزَّلۡنَـٰهُ تَنزِيلاً
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Al-Quran tidak diturunkan sekaligus ia mengikut keperluan yang sentiasa berubah, perkembangan tukaran, pandangan hidup, perubahan masyarakat, perkembangan masalah praktikal dan fakta kehidupan masyarakat Islam. Ayat Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur supaya masyarakat Arab ketika itu rasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana disekeliling mereka. Jua mengajar mereka mengenal Allah melalui sifat-sifatNya,bukti-bukti perkembangan perubahan alam. Dengan ini jua mereka akan merasakan hidup mereka di bawah perkuasaan Allah.

Kini, persoalannya MENGAPA GENERASI2 KEMUDIANNYA LAIN TERUS DENGAN GENERASI PERTAMA?

Sekiranya generasi pertama "BELAJAR UNTUK MELAKSANAKAN TERUS" generasi setrusnya "BELAJAR UNTUK DIBUAT KAJIAN DAN PENGLIPURLARA". Ini merupakan faktor penting yang melahirkan generasi seterusnya. Maka mari bersama direnungkan. Ada jua yang belajar semata-mata untuk bergelar MUMTAZ di atas kertas. Tazkirah daripada sahabat ana "Baca Quran rajin doh, ngapal pun rajin doh, ngulang pun rajin doh tapi mengapa masih berani melanggar perintah Allah?" Sama-sama kita ISLAHkan sedang dalam Al-Quran sendiri termaktub:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)     As-Sof

Bersama tanya diri, dalam kehidupan dunia ini manusia terbahagi kepada tiga golongan. Jadi digolongan manakah saya berada sekarang?

1- Golongan yang hidup untuk dunia
2-Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
3-Golongan yang menjadikan Al-Quran sebagai ladang di akhirat

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر

Waallahu'alam...






 
© 2007 Template feito por Templates para Vocأھ