Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 17 Julai 2009

Pengalaman...


Hampir 4 tahun berada di Imtiaz Dungun, tak pernah merasakan suasana berada di sekolah yang lain, kali ini saya berpeluang pergi ke sekolah lain, bukan berpindah tetapi sekadar mengikuti program. Program Mahabbah Imtiaz kali ke-3 kalau tidak silap, pada tahun ini sekali lagi SM Imtiaz Dungun dengan SM Imtiaz KOSPINT. Program ini diadakan untuk merasai kehidupan di sekolah yang lain.

Saya sekadar mengganti orang lain dek terlalu banyak program yang bertembung menyebabkan ramai pelajar 'outstation' sepanjang minggu itu. Teacher meng'offer'kan saya untuk menyertainya, saya terima kerana niat asalnya hendak melarikan diri (teruk betolla) daripada mengorganisasikan Sambutan Hari Guru yang berlangsung selepas sahaja Minggu Penghayatan Islam. Perancangan saya tidak berhasil kerana kami bertolak pada pukul 5 petang dan dibenarkan keluar dewan sedikit awal. 'Lain kali xleh niat xbaik'...huhu..

Apa yang bez di sana?? Program Mahabbah kali ini bez sebab kami selalu di ajak keluar:-

Hari Pertama : Melawat Maqam Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tokku Pulau Manis. Perjalanan yang amat memenatkan kerana kami terpaksa berjalan kaki dan ia memakan masa lebih kurang 30-45 minit pergi dan 30-45 minit balik.

Hari Ketiga : Tidak silap saya kami pergi ke Pulau Duyong. Satu perjalanan yang agak memenatkan kerana sekali lagi terpaksa berjalan masuk. Pertama kami menuju satu bangunan lama yang dipanggil Kota Duyung kot. Perjalanan diteruskan dan kami melawat tempat pembuatan kapal. Pertama kali dapat merasa berada di kapal mewah yang dianggarkan berharga RM 3 juta, walapun kapal tu tak bergerak..huhu..

Hari Keempat : Kami melawat Rumah Anak Yatim Darul Falah dan seterusnya Masjid Kristal untuk solat Asar.

Bukan ini yang hendak dibicarakan. Yang ingin saya bicarakan ialah beberapa perkara yang menarik hati saya ketika di SMIKT.

Pertamanya saya tertarik dengan suasana Al-Quran di sana. Bukan di SMID tidak elok cuma berbeza sahaja. Manakan sama tempat kita dengan tempat orang. Selepas selesai solat Maghrib saya menjadi takut apabila mendengar suara warden di sana yang menyuruh kami membuat barisan sewaktu PREP Alquran mungkin ia memudahkan untuk melihat siapa yang tidur mahupun yang bergurau senda seterusnya me'piak', atau menarik telinga mereka yang tidur.

Teringat saya sahabat saya yang selalu mengaji bersama saya, kadang-kadang di tepi, kadang-kadang di hadapan saya pernah diketuk belakangnya dek tertidur. Suasana ini tidak membenarkan saya untuk melelapkan mata walau sebentar (kadang-kadang 'ter' jugak). Dan pada akhir PREP Al-Quran bergemalah salah satu doa khatam Al-Quran di Musolla. Ia dibaca dengan penuh bersemangat, Oh Indahnya...

Allahumma rhamna bil Quran,
waj'alhu lana imaman
wa nuran wa hudan wa rahmah
Allahumma zakkirna minhuma nasina
wa 'allimna, wa 'allimna
minhuma jahilna
warzukna tilawatahu
aana allaili, allaili
waatro fannahar
waj 'alhu lana hujjatan
ya Rabbal 'Alamin

Allah Rahmati kami dengan Al-Quran,
Jadikan ia pimpinan,
Cahaya, Petunjuk dan Rahmat
Allah ingatkan kami,
Apa yang terlupa
Ajarkanlah, Ajarkanlah
Yang tak diketahui
Rezkikan kami membacanya,
Siang dan Malam, Siang dan Malam
Sepangjang siang dan malam
Jadikan ia penolong kami,
Ya Rabbal 'Alamin...

Selain itu, saya melihat pelajar-pelajar di sini menghafaz dengan menggunakan Quran 'besar' sahaja bukannya dengan Quran Tafsir Resam Uthmani yang kecil yang berkemungkinan besar menyebabkan kita tersilap membaca baris dan sebagainya. Seterusnya, mereka wajib memakai rehal ketika membaca Al-Quran, kami di SMID nak baca guna rehal pun tidak boleh dek hanya beberapa buah rehal sahaja yang masih boleh digunakan, itu pun tuan punya rehal tak sohih boleh guna atau tak.

Seterusnya perkara yang menarik perhatian saya, pada sebelah pagi pula pukul 7.00 pagi kami perlu beratur di asrama menuju ke dewan SMIKT. Seterusnya masuk dewan dan terus mengambil kerusi, duduk di dalam barisan untuk melancarkan hafazan yang akan di tasmi' untuk hari itu. Seterusnya alunan Asma'ul Husna yang penuh bersemangat menggemakan dewan tersebut dek PA system di sana amat elok seterusnya tazkirah dan doa.

Berbeza dengan kami 7.20 pagi beratur di Dataran untuk alunan Asma'ul Husna, Tazkirah, Ikrar dan doa. Kami kalau nak masuk dewan, kami tiada dewan yang baik yang ada hanyalah dewan terbuka itupun sekarang telah di'quarantinekan' kerana mempunyai kemungkinan yang besar untuk roboh..haha..

Di sini juga suasana persekolahan kembali saya temui...kami di SMID bukan suasana sekolah tapi suasana pra universiti...(perasan jer)

Beralih pula sebelum tidur, pada pukul 11 semua pelajar dikehendaki untuk masuk ke Dewan Makan untuk membaca surah Al-Mulk dan sekali lagi gemaan doa khatam Al-Quran bergema di telinga. Banyak lagi sebenarnya yang menarik hati saya, dan ini semua memadamkan anggapan lapok saya pada sekolah ini. Ternyata SMIKT jauh berbeza dengan dahulu. Tahniah kepada pihak pimpinan, pentadbiran dan pengurusan sekolah ini samaada kalangan pelajar dan guru-guru. Warden-warden di sini mengingatkan saya kepada barisan warden SMID 2006.

Hari ini semua ingin maju ke hadapan dan mengetahui kepentingan pentarbiahan ini. Khulasahnya, SMID kita kini berada di mana?? Saya kira kita banyak mengabaikan perkara-perkara ini yang sebenarnya suatu masa dahulu ini semua amatlah ditekankan.
Share

Tiada ulasan: