Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 6 Oktober 2011

Colourful of CFS IIUM Nilai...

The begining is here but i don't want to talk about Petaling Jaya Campus because i'm here for just a week...
but welcome back to PJ to student Nilai... 

The journey start, TATA PJ 

Welcome to Nilai Campus...Haha, it was about freedom...

see??? Nilai xda pintu pagar yang khusus..Nak kuar pi
Tesco, Giant..hari-hari pun boleh.....Nilai pun xsemewah kampus
dekat PJ..kami hanya gunakan bangunan 
rumah kedai...yang menempatkan 5 cos art kat sini....Islamic Revealed Knowledge (IRK),
Bachelor of Arabic (BAR), Bachelor of English (BENL),
Economics & Management (ECONS) & Human Science (HS)...

ni kawasan pelajar muslimin, biase xkosong mcam ni kawasan ni..
ni pukul 3 petang 9 Julai...tingkat bawah ada kedai-kedai,
jadi selalu je datang sini, kalau nak makan roti cnai pun datang lah sini..

Dorm..D-G-5...xde kijer lain klu duduk dalam 
dorm ni..asyik duk gaduh pasal lampu je..16 org sumer ahlinye..
tapi bez, meriah...tempat sayer jugak jdik mgse lepak laptop dak2 nih..
kalu duduk bilik 4 orang, hari minggu mesti sunyi sebb orang balik..huhu..

ni kawasan depan dorm kami...kami panggil
blue court..walaupun nama dy 'court' tapi
kat sini lah tempat berdiskusi, mengaji, belajar, lepak, makan,
solat, tidur, surfing internet dan yang paling seronok sinilah tempat kami
main segale jenis permainan sampai pukul 1, 2 pagi...
xde orang nak larang pun..
dan di sini jugak hati-hati yang rindu akan 
cinta Ilahi saling bertemu..

raser nak tergelak tengok label ni...merata-rata wujud...
tapi sebb pelajar IRK dan BAR yang konker..Malay pun 
cukup la yer...

masjid bersebelahan dengan kampus...
masjid ni memang terbaik...tahniah buat ajk2 masjid
yang mampu menyediakan program-program
selari dengan semua peringkat umur...
kami tinggalkan pelajar2 USIM untuk mengimarahkan
masjid ini..insyaAllah..

solat terawih terakhir di Nilai... =((
Alhamdulillah sempat dengar ceramah
 Ustz Noorbakyah & Ustz Wan Akasyah...
pasangan yang mantop!!!
Ustaz Syaari Abdul Rahman....antara tetamu wajib
kampus UIA..Alhamdulillah berpeluang dengar ceramah ustaz
yang penuh bersemangat...dan terima kasih buat
kawan saya yang sanggup rakamkan buat saya
program bedah buku al-fateh bersama ustaz...sungguh terharu..


Okeh, stop here about picture...

Dakwah dan Belajar...(Bi'ah di UIA)

2 elemen yang tak dapat dipisahkan daripada hidup kita samaada kita bergelar pelajar sekolah, mahasiswa, guru, suami/isteri, ibu/ayah dan apa-apa sahaja...elemen ini tidak boleh dipisahkan. Suker saya melihat senior-senior saya di IIUM yang sanggup memanjangkan tempoh pengajian di asasi semata-mata kerana dakwah. 

Bila berhadapan dengan pelbagai ragam dan latarbelakang manusia banyak perkara yang kita boleh belajar. Kat sini juga kita boleh menilai, kadang-kadang orang yang dah 4,5 tahun berada dalam kepompong agama lebih teruk daripada yang tidak berada dalam kepompong itu...

(gambo senget, sorry)

Kalau dalam dorm kami, pada asalnya kami buat kerja2 sendiri...yang suka melambatkan solat dengan solat lambatnya, yang solat awal dengan solat awalnya, yang tak pandai mengaji, merangkak keseorangan namun hati-hati ini Alhamdulillah kami tautkan dengan solat berjemaah 5 waktu...

Saling bantu membantu, saling lengkap melengkapi..yang pandai bahasa arab ajar yang baru nak belajar.. yang pandai mengaji ajar mereka yang kurang lancar, yang pandai berbahasa inggeris ajar mereka yang kurang, yang bangun awal kejutkan mereka yang lewat, itulah namanya ukhuwwah...bersatu atas dasar Islam, menghidupkan ruh-ruh Islam dalam dorm..saper yang nak hidupkan??? YOU R THE PERSON!!!!

Belajar di CFS...

Kalau cerita bab belajar..IIUM punya tempoh asasi ialah 2 tahun bergantung kepada ujian yang telah kita duduki sebelum masuk kuliah...tapi, kalu kos IRK dan BAR hang jangan harap la nak dapat 1 tahun...1 tahun setengah pun payah..bukan nak takut-takutkan..tapi itulah realiti sebab 2 kos ni je yang kena dpat lepas level 4 Arabic Placement Test..kalu kos lain level 2 da lepas da atau kami panggil EXEMPTED..

So, kalu dapat 2 tahun...1 tahun tu, hanya belajar bahasa dan Basic Themes of Al-Quran (FIM) je...lagi 1 tahun belajar core course sebelum masuk main campus...

Ni jadual saya, banyak masa free...sebab da exempted English..jadi xperlu masuk kelas English...Arab level 3..so kena masuk 2 kelas je untuk tahun 1 iaitu kelas Arab & FIM sahaja...jadi, ni yang buat saya terfikir saya buang masa sekiranya berada di sini...tapi sebenarnya kalau masa-masa lapang ini diisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah serta kerja-kerja dakwah, insyaAllah ia sangat2 berharga...

Ni Ustaz Ahmad Sir Elkhatim...guru bahasa Arab saya daripada Sudan...Hehe, biler belajar bahasa Arab dengan Ustaz Arab ni, rupa-rupanya Arab ni senang je..banyak kaedah-kaedah senang yang tak memerlukan hafazan dalam bahasa Arab...tapi ustaz ni tak lama, sebab dia tak sihat jadi dia letak jawatan dan digantikan dengan ustaz-ustaz melayu...hehe..

Ada perbezaan atara guru arab dengan guru melayu...dengan ustaz Ahmad ni, memang rilex je, masuk kelas tak perlu bawak kamus, xguna pun kamus, lepas kelas lantak lah nak buat kerja ke tak nak buat kerja...tak perlu cari maksud untuk qit'ah seterusnya sebab kompem2 lain...tapi ngan ustaz2 Melayu, masuk kelas semua kena siap, maksud qit'ah sekali dengan kamus kena bawak..haha....(jangan tiru sifat malas ni..)

masuk FIM plop...FIM atau nama panjang dia Fundamental Islamic kalu xsilap...blaja perkara-perkara basic Islam dan tafsir ayat quran dalam English...yang ni memang memerlukan perahan otak yang sepenuhnya..buku dalam gambar ni  assigntment yang saya kena buat...tak cukup pakai kamus oxford biasa kena pakai kamus international student sebab banyak perkataan yang kita tak tahu dan tak lupa tambahkan encik google translate...haha.. subjek ni saya belajar dengan doktor Ni'ma berasal daripada Thailand.

Dan yang paling frust sekali biler periksa...anda tahu jawapannya tapi anda tak faham soalannya...haha.. 

Persatuan di CFS IIUM

Hah! IIUM memang popular dengan persatuan..bermacam-macam persatuan ada, so jangan luper join persatuan-persatuan ye..sebab persatuan ni lah yang mematangkan kiter...belajar cara untuk bekerja dengan profesional, belajar cara untuk membuat keputusan dalam masa yang singkat dan banyak lagi...

Saya promote Arabic Debate Club (ADC) di sini..Pandai ke tak pandai debat @ bahasa arab baik join je ADC...ADC antara kelab yang aktif di IIUM dan sampai sekarang UIA dudk berbangga dengan team2 debate diorang yang hebat2 mampu menjadi international debeater...

Masuk dalam ADC bukan niat untuk menjadi popular seperti senior2 tapi percayalah sedikit sebanyak kelab ini mampu memberikan impak kepada Bahasa Arab kita hatta kita hanyalah pendengar yang setia daripada awal sampai akhir...

Calon2 IRK Comitee 2011/2012...pilihan raya yang cukup-cukup bersih, tahniah IRK! Terima kasih kepada semua memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat sebentar dalam persatuan ini. Banyak perkara yang saya pelajari dari sini....Ucapan presiden pada awal2 pertemuan dengan IRK menekankan sifat 'salamatus sodri' berlapang dada dalam semua perkara yang berlaku....insyaAllah indahnya bekerja dengan bertolak ansur...

Mahasiswa dalam Negara...

Pasal ni saya tak khususkan UIA sahaja...tapi sebelum tu, UIA very2 special sebb dy swasta bukan kerajaan..haha...ok, juz promote universiti2 dalam negara, esok, lusa saya promote Jordan plop =))... Apabila berada di negara sendiri kita akan terdedah kepada pelbagai program-program menarik dan dapat merasai sendiri isu semasa yang berlaku dalam negara.

Jadi, pesanan saya kepada semua mahasiswa dalam negara terutama yang berada area2 ibu kota gunakanlah sebaik-baiknya kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan oleh kerajaan samaada train2, teksi, bas dll...jangan hanya mengharapkan program-program daripada pihak universit tapi carilah program-program lain untuk menambahkan ilmu anda dalam pelbagai bidang..

Dan saya katakan mahasiswa di dalam negara lebih dekat dengan tokoh-tokoh hebat dalam negara. Program-program yang dianjurkan mereka semuanya berpeluang untuk kamu semua pergi...hargailah nikmat ini yang tiada untuk mahasiswa di luar negara....

Percayalah travelling itu suatu perkara yang indah....Masa inilah kita gunakan untuk melihat kebesaran Allah Taala dan masa inilah kita boleh menjiwai kehidupan masayarakat di sekeliling kita..

I think I need to stop here...kalu cerite sal IIUM banyak lagi tapi bukan semua perkara kita bley share..

CFS IIUM Nilai always in my heart~ 

"Aku datang dengan tangisan yang mengandungi seribu kebencian, dan aku keluar dengan tangisan yang mengandungi seribu kecintaan..."

terima kasih semua....sungguh aku kini kegersangan buku =))
Share

Tiada ulasan: