Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 17 Oktober 2011

Iqra'ie

Alhamdulillah genap sebulan berada di Dataran Syam bermacam-macam perkara telah di lalui...Syukur ke hadrat Allah atas nikmat-Nya....Benarlah, bumi ini tersimpan pelbagai khazanah ilmu sehingga kadang-kadang tak sempat nak kejar ke situ ke sini...dan berada di bumi orang terlalu banyak ujianNya...Nak cari ilmu??? InsyaAllah ini tempatnya, jemputlah datang ke Jordan....

Keluar malam merupakan perkara biasa di sini, kalau dapat duduk rumah satu malam pun tersangat2 lah nikmat sebab perasaan 'takut' untuk pulang ke rumah xmuncul...tapi perasaan bosan yang amat sangat pula menimpa diri...

AHAD : KELAS SOROF
ISNIN : KELAS NAHU
SELASA : KITAB TANBIHUL GHAFILIN
RABU : KELAS PENGAJIAN HADIS

KELAS BAHASA ARAB AMMI

KHAMIS : tak tetap lagi
JUMAAT : tak tetap lagi
SABTU : TALAQQI & TASMI'
(setakat yang mampu kutip sekarang ini, semuanyer bakal melibatkan malam =(( ) 

Jom kejar majlis Ilmu......

Teringat pesanan yang dipesan oleh mak setiap kali telefon Mesia..."Macam mana dengan Quran?"..Alhamdulillah semalam Allah Taala memberi kesempatan untuk saya belajar quran dengan seorang sheikhah bersama-sama rakan-rakan yang telah 5 tahun bergelumang dalam bidang Quran setelah beberapa kali saya terpaksa membatalkan hasrat saya untuk ke sana.

Terasa sungguh kerdil, biler membaca Quran..walaupun sudah 5 tahun bergelumang dengan al-Quran tapi masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan....Allahu Rabbi....huruf  "Sod" sayer berkali-kali ditegur oleh Syeikhah walaupun semasa di balad ada orang arab menegur bacaan huruf "Sod" saya..Quran perlu di baca dengan lahjah 'arabi..terasa sedikit kekok untuk memperbetul bacaan yang berlahjah 'Terengganu', 'Kelantan' dan lain-lain...

Last2 sekali sheikhah cakap kat sayer,

"nti, maa fi tasmi', qira'ah faqath...tadrib al-qira'ah" betapa lemahnya bacaan saya, sampaikan maqra' pertama al-baqarah sheikhah xbagi tasmi'....Allahu Akbar..terima kasih ya Allah...

Ingatkan sekejap sahaja duduk dirumah syeikhah (macam tasmi' kat Imtiaz, dapat 1 muke masuk) tapi lamanyer sorang2 bacer...sebab bacaan kami banyak yang kena perbetulkan.

Kami solat Maghrib di rumah syeikhah, maser ni baru saya nampak, ya sheikhah tersangat-sangat mengambil berat soal ibadat...kami solat Maghrib 2 kali atas sebab2 tertentu...xper, yang penting kita belajar daripada kesilapan =)) ....Persoalan yang penting buat diri kita, Kenapa dalam urusan ibadat kiter nak amik remeh je? Sedangkan itu merupakan urusan kita dengan Allah... Urusan kita dengan Allah kena ambil pendapat yang terbaik untuk kita beramal.


Akhir sekali moga Allah memberikan saya masa untuk istiqamah dalam belajar mengaji dengan sheikhah..Banyak cerita-cerita daripada mulut kakak-kakak, ramai yang terpaksa berhenti mengaji dengan sheikhah atas sebab kesibukan..Allah, berikan kekuatan pada diri hamba yang lemah ini...

P/S : Saya kekurangan gambar di Jordan kerana hanset saya telah rosak...maaf untuk entry2 yang lain...
Share

Tiada ulasan: