Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Sabtu, 22 Januari 2011

The Journey to Imtiaz Kemaman...

متى نصر الله ألآ إن نصر الله قريب

Kisah perjalanan orang-orang yang pokai. Malam sebelum bertolak jalan-jalan ke Durian Mas abis semua celah poket dikorek waktu mengorek tu jugak ayat di atas muncul dikepala. Dalam keadaan yang tak kenal pun Durian Mas itu di mana serta pokai perjalanan tetap diteruskan. No Bee No Honey No work No Money. Balik pun xtau macam mana nak keluar dari pedalaman tuh yg pasti bas memang xde ke Cukai.

Tak pernah sampai pun ke sana maka kami pun mengambil keputusan untuk berhenti di Imtiaz Dungun. Disebabkan hujan maka bas tambang tak sampai2. Akhirnya tumpang bas ekspress yang ke KT. Pak Cik tu cakap muktamad 10 ringgit xleh kurg (mahal 2 ringgit dari bas fresh air).

Nak turun dari bas kami hulurkan 30 ringgt kat pak cik tu, yang terkejutnya dia cakap takpe la dik, turun je.. Macam tak percaya rasa, cuma Alhamdulillah jimat 10 ringgt. Turun2 kat Gong Pasir, Uish xkenal dah la jauh..perut dah lapar, Alhamdulillah jimat plop 5 ringgit sebb Ustazah belanja makan tengahari. Terima kasih ustazh. Untuk ke sana pula kami tumpang kereta cikgu rupa-rupanya kalau berhenti kat Paka lagi dekat. Inilah pertolongan Allah yang tak disangka-sangka.

Imtiaz Kemaman

video tekan di sini

Anda mesti terkejut dengan keadaan imtiaz Kemaman. Untuk sementara waktu ini adik2 ditempatkan di Kolej Ketengah yang menempatkan pelajar2 UiTM, Kolej Ketengah dan Imtiaz. Segala-galanya ada di sana. =)

mula-mula sampai di Dewan Kolej Ketengah...
The First Generation of Imtiaz Kemaman

Asrama sementara tingkat atas sekali pelajar Kolej Ketengah, tingkat 2 peljr UiTM dan 
paling bawah pelajar imtiaz..

ni lah suasana bilik guru sementara...yang terkejutnya
ada 8 orang guru tidak termasuk pengetua
tapi kelapan-lapannye adalah cikgu Imtiaz Dungun...

Ustazah Syuhada..HEP, Cg NorZeha..HEA, cg Juzaili..PK Koko, Ust Jihad...PK UA,
cg Arida, tch Fa'a, cg Azira Yasmin dan Ustz Dol...

Pendidiknyer samer ngan Imtiaz Dungun..
so kami paggil The second Imtiaz Dungun...

melihat keadaan guru2 di sini..baru saya tahu betapa
sukarnya untuk membina sebuah sekolah....

guru2 tasmi'
meja Ustaz Jihad menjadi mangsa.. :)
waktu nih pakat wat abih kedit orang lain..huhu..

Asrama kelompok Imtiaz
ini lah bangunan yang akan diduduki oleh adik2 Imtiaz Kemaman...
tapi hanya selama 3tahun dan selepas itu kemungkinan
Imtiaz Dungun akan berpindah ke bangunan ini maka Imtiaz Dungun sekarang
akan menjadi bandar Dungun.. :-(


surau kolej ketengah...Tahniah adik2 Imtiaz Kemaman
kehadiran kalian memeriahkan surau ini serta berjaya memanggil
orang lain untuk solat berjemaah...
jalan2 kuantan...Panggung Wayang free...
Senior sama naik ngan adik2...kat blkg tu rmai lagi..tengok citer NGANGKUNG...

Akhirnya berjaya sampaiCukai...
Terima Kasih Pok Yi ator kat Kemaman...
Tambang pergi + balik = RM 0...Alhamdulillah..

Tahniah adik2 kerana saya lihat cukup2 bersemangat untuk belajar di sana walaupun dalam pedalaman dan tiada senior. Saya duduk 2 hari nak balik, pusing kiri, pusing kanan semuanya hutan. Tapi saya memang kagum dengan adik2 kerana 80% masuk ke sini kerana diri sendiri yang ingin. 

Dan buat guru2 sedih sangat melihat terpaksa ke pedalaman. Lihat muka cikgu2 nampak keletihan. Ada yang dari Besut, Bukit Payong, Dungun serta pelbagai pelosok...Dengan tenaga yang sikit andalah PK, andalah jua Guru Kelas, andalah warden, andalah guru SEM, andalah bapa/ibu, andalah suami/isteri dan lain2...

Apapun slamat berjuang di sana untuk adik2, guru2 serta staff...
Andalah penghidup Bandar AlMuktafi Billah Shah...
dengan semangat yang ada pada adik2 saya percaya Imtiaz Kemaman
bakal MELAKAR SEJARAH MENCIPTA TAMADUN

P/S : Ni gambar daripadaa kamera hp je..kalau nak gambar yang lagi baik sila ke facebook Ahmad Sofwan Said (Photographer ID dan kini di IK)








Share

3 ulasan:

abby berkata...

huhu.. bile lh boleh g imt kmmn lagi...

Farah Aisyah Ahmad berkata...

sy tgu awak bley bwak kete ar abby

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah......modul mini mujahadah buat kalian......syoknya....tengok sekitarnya....macam nak jd DQ junior........moga Allah permudahkan....insyaAllah.Amin.