Ketika ditugaskan untuk mengendalikan liqa' bersama adik2 di Imtiaz Kemaman kami diberikan sehelai kertas. Dalam kertas tersebut menyatakan Imam Ghazali telah menggariskan beberapa panduan dalam menuntut Ilmu.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah perkara yang kedua dibahaskan oleh al-Imam yakni penuntut Ilmu disarankan agar tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Bahkan unsur-unsur ini boleh menjadi penyebab pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang haqiqi.
Selesai sahaja berliqa' dengan adik2 maka kami fasi2 banat berkumpul. Seorang rakan kami pun mula meluahkan. Rasa macam bersalah je tentang perkara yang kedua yang dibincangkan dalam artikel ni. Saya pun banyak jugak terikat dengan benda2 macam ni lagu2 Melayu yang karut, Mat Salleh, Korea semua saya libas. Camner er? Ya, inilah salah satu hal2 keduniaan yang banyak mengikat anak2 muda hari ini baik yang mendapat tarbiah mahupun tidak.
Teringat saya pesanan adik saya buat saya. Tiadalah salah untuk meminati lagu2 yang melaghokan tapi biarlah sekadarnya. Tiadalah menjadi kesalahan untuk meminati Korea tapi biarlah berpada-pada dan lain2 lah. Sudah menjadi lumrah manusia cinta akan hiburan.
Persoalannya di sini, bagaimanakah sekadarnya?
"La, saya juz tengok je bukannya apa pun"
"Sekadar buat wallpaper apa salahnyer?"
Nah, bukankah itu berlebihan? Minat sampai penuh gambar korea menjadi simpanan.
Dlam diri kita ada sekeping hati yang perlu dididik. Siapakah pendidiknya, jawapannya kitalah.
Kalau dididik dengan lagu yang melaghokan serta cerita2 yang melalaikan maka hati ini akan sentiasa dahagakan perkara2 demikian. Begitulah jua sekiranya kita mendidik hati kita dengan perkara kebaikan maka hati ini akan sentiasa susah hati apabila dalam sehari kita tidak melakukan perkara kebaikan.
Deletelah segala lagu yang melaghokan baik dalam hp mahupun laptop. Jangan ada rasa sayang untuk mendelete.Kalau sayang maka pejamkanlah mata dan tekan butang delete...Bimbang sebenarnya kalau2 asyik2 mendengar lagu yang melaghokan, hati kita akan terus menolak daripada mendengar ayat2 Allah. Gunakanlah teknologi yang ada sebaiknya.
Ayuh kita didikkan hati kita ke arah mengingati Allah kerana ketahuilah hati ini memang sentiasa berkehendakkan perkara kebaikan. Masakan tidak, ramai hari ini memilih sekolah2 yang baik2 untuk menghantar anak2 walaupun dirasakan diri hanyalah seorang insan yang biasa,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan