Alhamdulillah, hampir seminggu sudah pembedahan kedua saya berlalu. Setiap kali, rakan-rakan menziarahi saya, suka saya cadangkan pada mereka untuk membaca buku Di Hamparam Shamrock; Ku Seru Nama-Mu, tulisan Ustaz Hasrizal.
Pelbagai ekspresi perasaan yang saya alami ketika membaca buku ini. Terkadang tergelak sendirian, kemudian menangis, berdebar dan mungkin juga 'bengang'.
Kerana penulis berjaya, membawa saya turut berlari dalam buku tersebut. Saya rasakan, itulah saya!
Walaupun saya dan penulis berlainan peristiwa, pengalaman serta suasana Jordan yang sudah banyak berubah. Tapi, di sana ada satu persamaan.
Kita semua Abdullah (Hamba Allah)!
Hakikat sebuah kehambaan
Dalam soal ini, ada baiknya kita renungi, bagaimana Allah mengajarkan pada Nabi Nuh 'alaihissalam tentang hakikat sebuah kehambaan. Kisah ini dirakamkan dalam Surah Hud ayat 45-48.
Ketika mana, Kaum Nabi Nabi Nuh dikenakan azab. Dan keadaan sudah kembali tenang, timbullah perasaan kasih seorang ayah dalam diri Nuh apabila Allah tidak menyelamatkan anaknya. Allah merakamkan doa Nuh;
Dapatlah kita lihat, Nuh seakan-akan menuntut janji Allah terhadap dirinya. Engkau dah janji, mahu selamatkan keluarga aku, tapi anak aku telah terkorban.
Namun, dalam rayuan Nuh ini, Nuh masih sedar, yang sifat janji Allah itu benar. Dan Allah akan memutuskan setiap perkara dengan penuh bijaksana.
Lalu Allah menjawab doa Nabi Nuh;
Allah mengingatkan kepada Nuh sesuatu yang telah dilupainya. Iaitu, hakikat 'keluarga' menurut Allah. Keluarga yang dimaksudkan oleh Allah, bukanlah keluarga daripada nasab keturunan. Akan tetapi keluarga daripada tali akidah.
Oleh sebab, kata-kata Nuh sebelum ini, ibarat Allah tidak menunaikan janji-Nya. Lalu, Allah memberi peringatan pada Nuh;
Allah ingatkan Nuh, janganlah engkau memilih tergolong dalam mereka yang tidak mengerti hakikat janji Allah dan cara pelaksanaannya.
Sebenarnya Allah sudah menunaikan janji-Nya, jauh lebih baik daripada yang dipinta oleh Nuh. Allah selamatkan, mereka yang beriman sedangkan anaknya kufur. Dan itulah keluarga sebenar Nuh.
Nuh seorang Nabi, timbul pula perasaan bimbang. Bimbang orang beriman, takut dirinya telah melakukan perkara yang biadap terhadap Tuhannya. Risau, termasuk golongan orang yang rugi. Lalu dia bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya.
Di akhir kisah ini, dibawakan sifat Allah Maha Pengampun. Dan Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Dia memberi keampunan kepada Nuh.
Penutup
Begitulah sifat kehambaan yang sepatutnya dimiliki dalam diri seorang hamba yang beriman. Hatinya yakin, bahawa setiap ketentuan yang ditetapkan ke atas dirinya, ialah yang terbaik daripada Allah.
Dia percaya bahawa kebahagiaan itu bukan hadir dengan tercapainya keinginan dirinya, akan tetapi bahagia itu hadir apabila dia berjaya merealisasikan sifat kehambaan kepada-Nya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَنَادَى نُوحٌ رَبَّهُ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ابْنِي مِنْ أَهْلِي وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ وَأَنْتَ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ
Dan
Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu
adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan
seadil-adilnya. (45)
Dapatlah kita lihat, Nuh seakan-akan menuntut janji Allah terhadap dirinya. Engkau dah janji, mahu selamatkan keluarga aku, tapi anak aku telah terkorban.
Namun, dalam rayuan Nuh ini, Nuh masih sedar, yang sifat janji Allah itu benar. Dan Allah akan memutuskan setiap perkara dengan penuh bijaksana.
Lalu Allah menjawab doa Nabi Nuh;
قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ
أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلَا تَسْأَلْنِي مَا لَيْسَ
لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Allah
berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu
(kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);
sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau
memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil.
(46)
Allah mengingatkan kepada Nuh sesuatu yang telah dilupainya. Iaitu, hakikat 'keluarga' menurut Allah. Keluarga yang dimaksudkan oleh Allah, bukanlah keluarga daripada nasab keturunan. Akan tetapi keluarga daripada tali akidah.
Sesungguhnya
anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan
denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal
yang soleh,
Oleh sebab, kata-kata Nuh sebelum ini, ibarat Allah tidak menunaikan janji-Nya. Lalu, Allah memberi peringatan pada Nuh;
maka
janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang
yang jahil.
Allah ingatkan Nuh, janganlah engkau memilih tergolong dalam mereka yang tidak mengerti hakikat janji Allah dan cara pelaksanaannya.
Sebenarnya Allah sudah menunaikan janji-Nya, jauh lebih baik daripada yang dipinta oleh Nuh. Allah selamatkan, mereka yang beriman sedangkan anaknya kufur. Dan itulah keluarga sebenar Nuh.
Nuh seorang Nabi, timbul pula perasaan bimbang. Bimbang orang beriman, takut dirinya telah melakukan perkara yang biadap terhadap Tuhannya. Risau, termasuk golongan orang yang rugi. Lalu dia bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya.
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ
أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي
وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Nabi
Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat
kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)
Di akhir kisah ini, dibawakan sifat Allah Maha Pengampun. Dan Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Dia memberi keampunan kepada Nuh.
قِيلَ يَا نُوحُ اهْبِطْ بِسَلَامٍ
مِنَّا وَبَرَكَاتٍ عَلَيْكَ وَعَلَى أُمَمٍ مِمَّنْ مَعَكَ وَأُمَمٌ
سَنُمَتِّعُهُمْ ثُمَّ يَمَسُّهُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Allah
berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan
berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan
(dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri
kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan
dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48)
Penutup
Begitulah sifat kehambaan yang sepatutnya dimiliki dalam diri seorang hamba yang beriman. Hatinya yakin, bahawa setiap ketentuan yang ditetapkan ke atas dirinya, ialah yang terbaik daripada Allah.
Dia percaya bahawa kebahagiaan itu bukan hadir dengan tercapainya keinginan dirinya, akan tetapi bahagia itu hadir apabila dia berjaya merealisasikan sifat kehambaan kepada-Nya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
[Hadis Riwayat Muslim.]
Bersama kita berdoa, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman, insyaAllah.
1 ulasan:
wah faah kembali!!!!
jom sama2 imarahkan blog ^_^
Catat Ulasan