Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 29 April 2013

Rumusan Pengajian Mingguan; Syarah Kitab Ahkam Nisa' oleh Prof. Uqlah [28 April 2013]

InsyaAllah, selepas ini, saya akan cuba mengemas kini Pengajian Mingguan Syarah Kitab Ahkam Nisa' oleh Prof Uqlah Ibrahim di blog saya. Profesor Uqlah Ibrahim merupakan Ulama' Fiqh Jordan. 

Pengajian ini, bukan hanya sesuai untuk perempuan, tapi juga buat lelaki. Sarat dengan pesanan dan juga Ilmu. 

Tajuk pengajian semalam, pada awalnya, saya sangka bab ini langsung tidak ada kaitan dengan zaman sekarang. Namun, perhatikan bagaimana Doktor mengaitkannya dengan keadaan semasa (Fiqhul Waqi'). Dan betapa hebatnya, bahaya hari ini, telah disebutkan oleh Rasulullah pada 1400 tahun yang lalu. 

Saya mohon maaf, buat teman yang meminta saya membuat ringkasan bagi setiap kelas pengajian. Kerana saya masih tidak mampu untuk melaksanakannya. InsyaAllah akan cuba diusahakan. 

Berikut rumusan pengajian semalam (secara umum) oleh Siti Fatimah Ismail. Pengajian penuh boleh ikuti di sini.


1. Hendaklah orang beriman menutup aurat dengan diri sendiri walaupun di dalam tandas. Iaitu dari pusat hingga lutut.

2.Suami tidak boleh membenarkan isteri memasuki tempat-tempat mandi awam atau tandas awam yang bercampur lelaki dan perempuan)

3. Kita perlu jauhkan diri dari tempat-tempat atau majlis yang di dalamnya ada meminum arak. Hadith yg selemah-lemah iman itu, mencegah dengan hati bukan sekadar berkata "aku tak redha atau benci" tetapi perlu meninggalkan terus majlis yang ada kemaksiatan tersebut.

4. Berkira-kiralah berapa banyak kita bercakap setiap hari dan apa yang dicakapkan, kerana kita akan

dipertanggungjawabkan di akhirat. Bercakap baik, atau diam. Paling ramai manusia yang dimasukkan ke dalam neraka kerana lisan.

5.Pada zaman Rasulullah yang orangnya baik-baik sudah dipesan jangan dibiarkan isteri/ perempuan bercampur dengan lelaki kerana aurat, fitnah dan sebagainya, sedangkan zaman itu tiada kamera handset dan lain-lain. Maka apatah lagi zaman sekarang yang canggih dan banyak kefasadan yang berlaku, kemungkinan sahaja ada kamera diletakkan di mana-mana ;hotel, bilik salin pakaian di kedai, atau tandas.

6. Dipesan untuk kita cuba bangun Qiamullail, berperingkat-peringkat. Subuh pukul 4.25, jadi bangun pukul 4, solat 2 rakaat. Kemudian awalkan lagi bila dah mampu. Allah 'turun' di sepertiga akhir malam, mengampunkan dosa hamba, menunaikan permintaan hambaNya.

7. Jangan buat perkara yang mendatangkan fitnah walaupun adik dan abang, suami dan isteri apatah lagi dengan ajnabi. Contoh apabila adat setempat tidak biasa dengan perkara itu (duduk berdua-duaan lelaki perempuan). Diberikan contoh di universiti, kerana orang tidak akan bertanya apa hubungan, tetapi terus tersebar fitnah dan gosip. Jangan dipermudah-mudahkan perkara ini.

Disebutkan hadith ttg Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam dan sofiyyah, serta hadith aisyah difitnah.

8. Aurat lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, dengan adik beradik, ibu ayah dengan anak, adalah dari pusat hingga lutut. Wajib tutup. Ramai yang meremehkan perkara ini kerana berkata mereka hanya ahli keluarga atau sama jantina, tetapi tetap aurat tetap aurat. Jangan diambil ringan.

9. Selepas umur kanak2 7 tahun, ibu bapa dan keluarha tidak boleh melihat aurat mereka. Perlu diajar dan dididik dengan betul tentang aurat, dan biar dia berdikari ;mandi, etc.

10. Islam meletakkan penghalang antara lelaki dan perempuan kecuali darurat kerana masing-masing ada kecenderungan terhadap berlawanan jantina. Maka Islam amat ketat dalam hal ini kerana untuk mengekalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan ini dalam batas yang suci dan bersih. Jangan berlonggar-longgaran.




11.
Prof berpesan percepatkan kahwin bagi lelaki yang sudah mampu, dan perempuan apabila sudah ada yang baik melamar. Kerana zaman ini sangat berbahaya dan penuh fitnah, dan jika tidak pun memang sudah asalnya masing2 ada fitrah. Umur average jordan kahwin 33 lelaki, perempuan 30, kemudian prof kata betapa lama antara tempoh baligh lelaki dan perempuan itu sehingga dia berkahwin? 18 tahun? 15 tahun? betapa lama nya dia terdedah kepada zina,etc. Semua perkara yang disebutkan oleh prof ini pesan prof, jangan dipermudah-mudahkan.

Jangan dipermudah-mudahkan.


Bak kata orang "Orang bertaqwa di akhir zaman ini digelar gila. Itu tidak boleh dan ini tidak boleh. Tetapi di akhirat, dia melambai-lambai ke arah kita, laju masuk ke syurga."
Share

Tiada ulasan: