Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Sabtu, 27 April 2013

Kembara dalam Tangisan [Siri 3]



Berbahasa Inggerislah, Ustaz, Ustazah!

“Please describe, how you feel? There’s something……” salah seorang doktor arab bertanya kepada saya.

“Akak, saya rasa macam…bla…bla…bla…” panjang lebar saya memberi jawapan dalam Bahasa Melayu, bukan kepada doktor, tapi kepada kak Dila.

“Oh, okay doctor, she’s feel like…bla…bla…bla…” kak Dila pula menceritakan jawapan saya kepada doktor.

“Haha! Why she can’t tell us by herself?”

Ketawa kumpulan doktor di situ melihat gelagat kami. Bercakap 3 penjuru!

******

“Kam Umrik?” Soal seorang doktor, menenangkan saya di bilik bedah.

“Nineteen.”

“What is your weight?”

“Thalathu sittin kilo.”

“When you ask her in english, she reply in Arabic and vice versa. Haha!” Semua doktor di bilik bedah itu, ketawakan saya.

Aduh!

Begitulah Bahasa Inggeris saya di Dataran Syam ini. Teruk.

Inilah padahnya, belajar di Negara orang. Tapi hampir 24 jam berkepit dengan orang yang satu negara. Bahasa Arab pun cukup makan, bahasa International pula, hancur!

Bahasa Inggeris dan Asatizah

Persinggahan yang sebentar di Pusat Asasi UIAM, menyedarkan saya. Bahasa yang saya tidak suka ini, sebenarnya sangat penting!

Satu bonus buat para Asatizah.

Kefasihan para asatizah di UIA berbahasa Inggeris, mengagumkan saya. Kebolehan mereka bukan sahaja mampu mengajar subjek agama sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Tapi, mampu juga mengajar sepenuhnya subjek agama dalam Bahasa Inggeris.

Saya, sebagai pelajar pula kepeningan. Mempelajari subjek asas agama dan Tafsir al-Quran dalam Bahasa Inggeris. Sekejap-kejap buka kamus. Kalau belajar dalam Bahasa Arab, saya yakin, kamus pun tidak akan dibelek sebanyak ini!

Bukan kamus Oxford hitam oren yang biasa digunakan ketika di sekolah menengah. Tapi, kamus Oxford for Student International yang terpaksa digunakan.

 “Penting bagi seorang pendakwah menguasai Bahasa Asing.”

Benar sekali!

Sasaran dakwah kita, bukan hanya untuk mereka yang satu bahasa dengan kita sahaja.

Bagaimana mahu mendakwah ‘Mat Salleh’, andai perkataan khalifah pun tidak tahu dalam bahasa Inggerisnya apa. Bagaimana mahu menawan hati orang bukan Islam, tanpa kita memahami fikiran, adat serta budaya mereka? Bagaimana pula mahu memahami 3 perkara ini tanpa mempelajari bahasa mereka?

Bahkan saya selalu diberi pesan, jadilah orang yang adil dalam pertimbangan ilmu. Sebagai pelajar agama, bukan hanya kitab Arab sahaja yang sepatutnya menjadi teman. Tapi, perlunya menggesa diri untuk turut terjun membaca fikiran orientalis Barat.

Ubat kepada bahasa itu praktis


“Before this, there is someone who really hate this place because of the language…”

Madam Isfadiah menceritakan kisah ini dalam ‘Pillow Talk’ bersama pelajar-pelajar baru CFS. Mungkin dia sudah boleh membaca, akan muncul watak pelajar seperti ini, bila menjejakkan kaki di UIA.

Sayalah salah seorangnya! Menderita kerana bahasa pertuturan.

“She feel like to scream. There’s no Malay! All Talks and Debate, Notice, announcement and those around her speak english!”

Dari raut wajah madam, dia sangat menjiwai watak dalam cerita ini.

“Now, she is the person who is talking.”

Tekaan saya tepat!

Watak itu, ialah madam sendiri! Hari ini, beliau telah menjadi Pakar Motivasi dalam bidang keibubapaan. Dan selalu dijemput masuk ke beberapa rancangan televisyen. Bahasa Inggeris di bibir beliau sudah cair dan boleh saya katakan, bahasa ini .sudah menguasai minda dan hidupnya.

Kayu ukur sesuatu bahasa sudah mengusai minda kita ialah, bermimpi dalam bahasa tersebut.

Jadi, sampai bila kita mahu bermimpi dalam Bahasa Melayu sahaja?

Penutup

Konklusinya, bahasa itu memerlukan kepada praktis dan mungkin juga tekanan. Mungkin, cara ustaz Hasrizal mengembara seorang diri di negara orang, salah satu kaedah terbaik mempertingkat mutu bahasa. Namun, cara ini mungkin hanya sesuai untuk lelaki.

Dan cara yang paling mudah, ialah memperbanyak bacaan Inggeris.

Kalau UIAM boleh berbangga dengan graduan keluaran mereka yang mampu fasih setidaknya dalam dua bahasa asing, kita mahasiswa di Timur Tengah sepatutnya lebih daripada mereka.

Kita sudah belajar di negara orang Arab. Sepatutnya, kita bukan sahaja boleh berbahasa ‘buku’ arab tapi kita juga boleh berbahasa ‘pertuturan’ arab kerana kita tidak hanya hidup di antara buku arab. Kita juga tinggal dalam masyarakat arab.

Ramai orang memandang, Asatizah dari Timur Tengah sukar sekali mencari yang pandai berbahasa Inggeris. Dan saya rasa, ada benarnya, penyataan ini.

Jadi, siapa lagi yang mahu menukar penyataan ini kalau bukan kita yang sedang belajar di sini!

P/S : Kalau ada tatabahasa Bahasa Inggeris yang salah penggunaannya, mohon dibetulkan. Terima kasih.



Share

Tiada ulasan: