Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan mengutip motivasi bersama senior Imran Zainal Abidin. Motivasi untuk ahli Tahfiz Az-Zikr. Beliau merupakan pengasas Tahfiz Az-Zikr di Irbid, Jordan. Sedang bekerja sebagai doktor di sebuah daerah terpencil di Sarawak.
Nasihat pendek, tapi cukup untuk membasahkan hati-hati yang kering. Di tambah tekanan exam yang berderet-deret, semuanya hilang.
InsyaAllah dalam entri ini, saya nukilkan kembali mafhum daripada kata-kata Senior Imran.
Quran sebagai Teman
Ingat, kamu sama sekali tidak akan dapat merasa nikmat menghafal Quran, melainkan apabila kamu menjadikan Quran sebagai teman.
Bagaimanakah dikatakan Quran sebagai teman?
Ambil masa,
Cuba tanya diri sendiri;
Bila kita terasa bosan,
Bila kita terasa kosong,
Bila kita terasa sunyi,
Bila kita ada waktu kosong,
Bila kita serabut,
Apa yang kita cari?
Andai jawapannya Quran,
Itu petanda, Quran sudah kita jadikan teman.
Andai jawapannya lagu, nasyid, movie, katil, laptop.
Kita sendiri tahu apa petandanya.
Jadikan diri kita seronok bersama Quran
Hari ini, kebanyakkan daripada kita tersilap. Dalam tidak sedar, kita menjadikan Quran tidak ubah seperti kerja sekolah.
Contoh mudah, setiap hari, dalam target perlu ulang sebanyak 3-4 juzuk atau menghafal 1 maqra. Sekiranya kita berjaya selesaikan target di pagi hari. Persoalannya, di mana Quran pada waktu yang berbaki di hari tersebut?
Sekiranya tidak berjaya pula, kita terasa resah dan tertekan.
Moga, kita tidak samakan Quran dengan kerja. Andai berjaya selesaikan kerja, kita lega dan terus tinggalkan. Andai sebaliknya, terasa benar-benar terbeban.
Kalau benar kita seronok bersama Quran. Pasti kita teruja untuk membacanya di mana sahaja.
Rebutlah gelaran yang terpilih
Apabila kita melihat seseorang berjaya mengkhatamkan hafazannya. Cepat sahaja mulut berkata ;
"Ah, dia orang yang telah dipilih Allah."
Kenapa tidak, kita berusaha menjadi golongan yang terpilih?
Bagaimana kita mahu seimbangkan Quran dengan kesibukan & keletihan?
1. Jangan sesekali kita minta di lebihkan masa, tapi mintalah masa yang berkat.
Semua manusia dikurniakan 24 jam, tidak ada yang bertambah dan berkurang. Persoalannya, ke mana masa kita diinfaqkan?
Berkatkah kehidupan sehari-hari yang telah kita lalui?
Tugas kita terhadap Quran, tidak pernah berkurang. Namun, tanggungjawab kita pula sentiasa akan bertambah. Hanya keberkatan masa yang mampu menjadikan kita mampu mengurus kehidupan dengan baik.
2. Seorang penghafal Quran, walau apapun yang berlaku. Dia tetap kena bangkit di suatu saat manusia lain sedang tidur. Minta kepada Allah supaya dimudahkan untuk menghafal Quran.
Perkara utama, bila seorang insan mempunyai masalah. Mintalah dengan Allah.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam;
Dalam masa yang sama, kena ingat. Kadang-kadang, Allah tahan (doa kita tidak diperkenankan cepat), biar sampai satu tahap kita benar-benar merayu pada Allah. Kerana Allah rindu untuk mendengar kita merintih.
Kata Salafussoleh, Sukarnya kita untuk bangun malam dan berpuasa di siang hari, adalah disebabkan dosa-dosa yang memberatkannya. Bukanlah disebabkan hirom.
Penutup
Penghafaz Quran, jangan terlalu tertumpu pada teknik menghafal. Yang paling penting, jadilah kamu PENCINTA QURAN!
Orang yang bercinta, pasti sentiasa ingin didampingi dengan orang yang dicintainya.
Begitulah orang yang bercinta dengan Quran, pasti Quran selalu menjadi pendampingnya.
Dalam dunia tahfiz, kita ada lambakan mereka yang habis menghafal Quran, tapi al-Hafiz (baca : menjaga Quran) hanya sedikit. Buatlah pilihan, kita mahu menjadi golongan mana?
Wallahu'alam. Moga Allah berikan kita kekuatan dalam menghafaz Quran, insyaAllah.
Pesanan Dr Abdul Jalil dalam muhadorah Usul Fiqh;

((إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ, وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ))
jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.
[Diriwayatkan oleh Tirmizi ; Hasan Sohih]
Kata Salafussoleh, Sukarnya kita untuk bangun malam dan berpuasa di siang hari, adalah disebabkan dosa-dosa yang memberatkannya. Bukanlah disebabkan hirom.
Penutup
Penghafaz Quran, jangan terlalu tertumpu pada teknik menghafal. Yang paling penting, jadilah kamu PENCINTA QURAN!
Orang yang bercinta, pasti sentiasa ingin didampingi dengan orang yang dicintainya.
Begitulah orang yang bercinta dengan Quran, pasti Quran selalu menjadi pendampingnya.
Dalam dunia tahfiz, kita ada lambakan mereka yang habis menghafal Quran, tapi al-Hafiz (baca : menjaga Quran) hanya sedikit. Buatlah pilihan, kita mahu menjadi golongan mana?
Wallahu'alam. Moga Allah berikan kita kekuatan dalam menghafaz Quran, insyaAllah.
Pesanan Dr Abdul Jalil dalam muhadorah Usul Fiqh;
"Jangan kamu mendengar nasyid sehingga ia menghalang hatimu dari mendengar Quran"
:: Membentuk Generasi al-Quran yang Unik ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan