"Pak Cik bagi berapa ringgit?" tanya emak, ketika kereta mula jauh meninggalkan rumah Pak Cik.
"Erk...RM xxx," ragu-ragu saya membalas. Tidak saya sangka sebanyak itu.
"Allah..." Emak mula diselubungi rasa serba salah. Tidak disangka itulah 'hasil' ziarah saya ke rumah Pak Cik itu. Pak Cik bukanlah orang berada, anaknya ramai, kereta pun tiada.
------
"Syah, ni duit zakat mak cik untuk Syah."
Tangan kanan saya menyambut baik satu sampul surat yang dihulur. Tebal.
"Belajar bersungguh-sungguh. Jangan lupa doakan kesejahteraan keluarga mak cik yer." Bahu saya di tepuk-tepuk, lembut. Penuh harapan dan kepercayaan.
Ini antara situasi yang saya rasakan, sentiasa berlegar-legar buat mereka yang belajar jauh dari tanah air. Ramainya orang yang sudi memberikan bantuan, bukan sedikit bantuan dihulur, banyak. Kadang-kadang, lebih daripada mereka yang belajar di tanah air sendiri.
Begitulah seorang ibu saudara, memberikan duit lebih banyak kepada anak saudaranya yang belajar jauh berbanding dalam negara. Katanya, duduk jauh pasti lagi perlu gunakan duit.
Terasa bersalah pula, sentiasa menerima duit extra daripada orang lain. Sedangkan kita semua merupakan pelajar, baik dalam negara mahupun luar negara.
Ini adalah amanah
Saya termenung, resah dengan duit yang dihulur. Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan, walaupun saya pelajar yang diberi pinjaman, masalah kewangan sering kali muncul.
Cuma, rasa kurang layak untuk menerimanya. Saya tahu dan kenal, ada insan yang jauh lebih layak kerana kekurangan dari sudut kewangan dan kesungguhan belajar yang jauh lebih tinggi daripada saya.
Duit yang dihulur itu, bukan semata-mata duit. Dalam tempoh yang singkat ia di habiskan, dan kita kembali menunggu duit lain untuk hadir.
Tapi, ia adalah amanah!
Amanah untuk merealisasikan harapan dan kepercayaan masyarakat di Tanah Air.
Tangan yang menghulurkan bantuan kepada pelajar, mengharapkan adanya saham untuk mereka juga. Andai
duit itu diberi pada mereka yang melakukan kebaikan dan keislahan pada ummat, pasti pahalanya kembali kepada yang membantu.
Sehingga ada ulama' yang berijtihad, memberikan duit kepada seorang pelajar yang bersungguh-sungguh itu, lebih besar pahalanya dan manfaatnya berbanding membina masjid.
Belajar itu subjektif
Ada orang menafsirkan maksud belajar itu dengan hanya di dalam kelas. Orang lain pula, berpegang bahawa belajar itu boleh didapati dengan semua perkara disekelilingnya. Orang yang lain, memahami belajar bersungguh-sungguh itu, dengan mendapat segulung ijazah berpangkat MUMTAZ.
Kerana maknanya sangat subjektif, terbitlah kata-kata ini,
"Kamu di hantar ke sini untuk belajar. Jangan sibuk hendak berpersatuan!"
"Hargailah tempat yang jauh ini. Jangan sibuk nak menjadi aktivis politik pula. Berusrahlah dan macam-macam."
"Pelajar luar negara, dalam kepala asyik fikir nak berjalan-jalan sahaja kerjanya."
Sebenarnya, orang yang beranggapan belajar itu hanya di dalam kelas sedang menipu diri sendiri. Hitunglah berapa banyak perkara dalam kehidupan, yang tidak kita pelajari dalam kelas. Isu common sense dan lain-lain.
Jangan buang masa
"Eh, ada budak Jordan cerita dia cemburu dengan mahasiswa Malaysia." guru saya memulakan bicara ketika bertemunya di Malaysia.
"Kenapa pula?" Hairan saya, bukankah selalunya pelajar Malaysia yang cemburu dengan pelajar luar negara.
"Dia kata, mahasiswa Malaysia selalu sibuk. Ada assignment dan research banyak kena buat..."
"Belajar kat Jordan, sehari 3 jam. Balik kelas, layan cerita korea sebab tiada assignment, hanya tunggu peperiksaan sahaja. Banyak buang masa."
Seakan ada satu tamparan yang hinggap ke pipi. Pedih!
Kalaulah dinilai kesungguhan belajar itu pada segulung ijazah yang ditulis MUMTAZ. Kiranya cukuplah membelek buku, hanya saat menjelang peperiksaan. Sebelum itu, dipenuhkan dengan aktiviti yang kurang menyihatkan.
Sedangkan, majlis ilmu yang ada di kawasan penempatan pelajar Melayu di Irbid ini umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sangat banyak, sehingga satu malam sahaja bertembung 3, 4 buah kelas (itu yang kita tahu). Tenaga pengajarnya, daripada ulama'-ulama' yang hebat-hebat.
Sekiranya mahu mengasah diri dalam bidang kepimpinan. Bidang ini juga terbuka luas, pelbagai persatuan yang wujud di Jordan, boleh sertai. Dan banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat di Jordan.
Rugilah diri, andai masih mampu bergelumang di dalam selimut, bersengkang mata menonton cerita-cerita yang kurang sihat, jiwa berbalut resah cinta,
di saat orang lain sedang sibuk berlari mencari ilmu.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam ;
Antara initipati hadis ini, ia menceritakan tentang kelebihan orang yang mendalami bidang agama.Manusia yang Allah inginkan kebaikan kepada dirinya, diberi kefahaman dalam agama. Segeralah, kita berusaha untuk menjadi insan yang dimaksudkan dalam hadis ini, insyaAllah.
Penuhilah masa kita dengan perkara yang berfaedah. Peluang kebaikan sentiasa terbuka luas. Hanya tinggal untuk memilih.
Mahu menjadi orang yang berpesatuan. Atau mahu menjadi orang yang sentiasa melazami orang berilmu. Atau mahu menjadi orang yang sentiasa disibukkan dengan ilmu Quran. Atau mahu menjadi ulat buku. Atau mahu menjadi pemikir. Jadilah apa-apa sekalipun, moga kita adalah bahagian yang menyumbang kepada agama Allah, insyaAllah.
Penutup
Elakkanlah diri, daripada terlalu terikat dengan pointer/muaddal atau markah tinggi. Bimbang, kalau itulah menjadi matlamat utama kita ketika di bangku universiti. Matlamat utama yang sebenar kita, kalau di campak ke mana-mana pun ialah ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.
Bukanlah bererti saya menafikan, kepentingan pointer. Namun, saya lebih yakin, orang yang bermatlamatkan ilmu yang bermanfaat itu mampu untuk cemerlang dalam kehidupannya sekaligus cemerlang dalam akademik.
Sentiasa ingatkan diri, pemusafiran kita ke tempat orang, merupakan satu amanah. Amanah untuk menggali segala khazanah ilmu yang ada di tempat orang, untuk di bawa pulang ke Tanah Air.
Moga pemusafiran ini memberikan kita ilmu yang bermanfaat bukan hanya maklumat. Kerana yang dinamakan ilmu itu, ialah yang memandu kita untuk menjadi lebih dekat dan bertaqwa kepada Allah. Sedangkan maklumat itu, yang tidak memberi apa-apa kesan pada jiwa, bahkan semakin menjauhkan kita daripada Allah, Na'uzubillah.
Wallahu'alam.

عن معاوية يقول سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين وإنما أنا قاسم والله يعطي ولن تزال هذه الأمة قائمة على أمرالله لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي أمراللهDaripada Muawiyyah radiallahu 'anhu berkata, Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya maka Allah memberi dia kefahaman terhadap agama (faqih). Aku hanyalah yang membagi-bagikan sedangkan Allah yang memberi. Dan sentiasalah umat ini tegak diatas perintah Allah, mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah."
[Diriwayatkan oleh Bukhari]
Antara initipati hadis ini, ia menceritakan tentang kelebihan orang yang mendalami bidang agama.Manusia yang Allah inginkan kebaikan kepada dirinya, diberi kefahaman dalam agama. Segeralah, kita berusaha untuk menjadi insan yang dimaksudkan dalam hadis ini, insyaAllah.
Penuhilah masa kita dengan perkara yang berfaedah. Peluang kebaikan sentiasa terbuka luas. Hanya tinggal untuk memilih.
Mahu menjadi orang yang berpesatuan. Atau mahu menjadi orang yang sentiasa melazami orang berilmu. Atau mahu menjadi orang yang sentiasa disibukkan dengan ilmu Quran. Atau mahu menjadi ulat buku. Atau mahu menjadi pemikir. Jadilah apa-apa sekalipun, moga kita adalah bahagian yang menyumbang kepada agama Allah, insyaAllah.
Penutup
Elakkanlah diri, daripada terlalu terikat dengan pointer/muaddal atau markah tinggi. Bimbang, kalau itulah menjadi matlamat utama kita ketika di bangku universiti. Matlamat utama yang sebenar kita, kalau di campak ke mana-mana pun ialah ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.
Bukanlah bererti saya menafikan, kepentingan pointer. Namun, saya lebih yakin, orang yang bermatlamatkan ilmu yang bermanfaat itu mampu untuk cemerlang dalam kehidupannya sekaligus cemerlang dalam akademik.
Sentiasa ingatkan diri, pemusafiran kita ke tempat orang, merupakan satu amanah. Amanah untuk menggali segala khazanah ilmu yang ada di tempat orang, untuk di bawa pulang ke Tanah Air.
Moga pemusafiran ini memberikan kita ilmu yang bermanfaat bukan hanya maklumat. Kerana yang dinamakan ilmu itu, ialah yang memandu kita untuk menjadi lebih dekat dan bertaqwa kepada Allah. Sedangkan maklumat itu, yang tidak memberi apa-apa kesan pada jiwa, bahkan semakin menjauhkan kita daripada Allah, Na'uzubillah.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan