Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Rabu, 19 Oktober 2011

Ketawa...kahkahkah, :: 1 ::

Alhamdulillah, hari ini Allah Taala memberi kesempatan kepada saya untuk menghadiri kelas talaqqi kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lalai) untuk kali pertama. Moga nikmat waktu lapang untuk terus berada dalam majlis seperti ini tidak ditarik oleh Allah S.W.T.

Hari ini kami belajar bab larangan ketawa dan saya hanyalah pelajar tahun satu yang baru sahaja berada di Dataran Syam untuk sebulan maka perbetulkan mana silap saya dalam memahami bait-bait arab dan ilmu ini ditambah dengan saya hanya menjadi pendengar sebab tak beli lagi kitab ni. Firstly, nak share perkataan arab Fusha dan Ammi untuk hari ini

Ketawa terbahak-bahak = ضحك القهقهة

ishi = sesuatu

Saya tahu semuanya tahu setakat mana kita dibenarkan ketawa dan bergurau senda dalam Islam. Ayat yang biasa kita dengar berkaitan dengan ketawa

فليضحكوا قليلا وليبكوا كثيرا

Jelas daripada mafhum ayat ini bahawa Allah S.W.T mencela sikap orang munafik yang suka ketawa berlebihan. Maka dinisbahkan mereka akan sedikit ketawa dan banyak menangis di akhirat kelak atas perbuatan yang telah mereka lakukan.

Berkata Hasan Al-Basri,

يا عجبا من ضاحك ومن ورائه النار ومن مسرور ورائه الموت 

Jadi, siapa yang mahu ketawa sekiranya dibelakangnya adalah neraka, dan siapakah yang boleh bergembira seandainya di belakangnya adalah kematian??????

Saya tak pasti dalam riwayat yang lain atau tak, tapi kisahnya Imam Hasan Al-Basri bertemu dengan seseorang yang sedang ketawa. Lalu ditegurnya orang itu,

"Adakah kamu sudah melalui sirat?" يا بني, هل جزت الصراط؟  


"Tidak" قال : لا

"Adakah kamu sudah mengetahui kamu akan ke syurga atau neraka?" قال هل تبين لك أنك تصير الى الجنة؟

"Tidak" قال : لا

"Maka, kenapa kamu ketawa?" ففيم تضحك؟ 

Atas sebab keilmuan dan amalan Imam Hasan Al-Basri, kata-katanya terus meresap ke jiwa lelaki tersebut dan sejak itu, lelaki itu tidak lagi ketawa terbahak-bahak tanpa sebab. Lihatlah, bagaimana sifat yang dimiliki oleh para ulama' terdahulu, ilmunya tidak terhalang oleh hijab dosa....bagaimana dengan kita?

Kisah yang ke2, insyaAllah akan saya sambung dalam post yang seterusnya kerana ada orang yang tak suka baca artikel yang panjang....

Wallahu'allam..perkongsian daripada seorang hamba Allah yang masih merangkak mencari ilmu dan makna kehidupan yang sebenar....

p/s : Jom akhowat Jordan meriahkan majlis ilmu ini, di rumah sheikhah belakang Aswaq Zamzam, pukul 5 petang, setiap hari Selasa....Ayuh kita rebut mutiara ilmu di bumi barakah ini...
Share

Tiada ulasan: