Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Rabu, 19 Oktober 2011

Ketawa...kahkahkah, :: 2 ::

Sebelum tu, bahasa Arab fusha dan Ammi untuk hari ini...

 kata-kata yang sia-sia اللّجاجة - كلام غير الفائدة 

Ammi kita belajar tanda soal la...

Leish? = Kenapa, Imtaa? = Bila, Esh? / Syu? = Apa, Min? = Siapa, Wen? = Mana

Kisah yang ke2...

Saat Nabi Khaidir dan Nabi Musa ingin berpisah, لما أراد الخضر ان يفارق موسى عليهما السلام

berkata Musa : Berilah aku nasihat, قال له : عظني

قال له : يا موسى, اياك اللّجاجة, ولا تمشي في الأرض بغير جاجة, ولآ تضحك من غير عجب, ولا تغير الخاطئين بخطاياهم, وأبك على خطينتك"

"Wahai Musa, hindarilah kata-kata yang sia-sia, jangan berjalan di atas muka bumi tanpa sebarang tujuan, janganlah kamu ketawa tanpa sebarang sebab, dan janganlah kamu membesar-besar kesalahan orang lain, dan bersedihlah atas kesalahan-kesalahan engkau,"

Ada 4 perkara yang tidak yang akan membuatkan manusia lupa pada dunia, pertama, berfikir tentang akhirat, kedua, sibuk dengan urusan dunia, ketiga, mengingati perbuatan-perbuatan dosa yang lepas dan keempat, apabila ditimpa masalah.

Dalam dunia ini ada 5 perkara yang sepatutnya difikirkan atau dirisaukan oleh semua manusia.

1. Mengingati dosa-dosa yang telah dilakukan.

2. Melakukan amalan soleh dengan sebaiknya, namun apakah amalan yang kita lakukan itu diterima oleh Allah? (Sheikh memberi contoh, kita buat yang terbaik dalam peperiksaan, kita yakin jawapannya betul namun adakah natijahnya jawapan itu diterima??? )

3. Mengingati tentang kehidupan yang telah kita lalui, adakah kita akan memanfaatkannya??? Dan, kita tidak akan tahu apa akan terjadi pada saki-baki kehidupan kita.

4. Mengetahui Allah menyediakan 2 buah rumah di sana. Lalu, kita tidak tahu kita menjadi penghuni rumah mana?? (Syurga atau Neraka???)

5. Kita tidak mengetahui sama ada Allah Taalan redha atau tidak? atau adakah kita sedang berada dalam kemurkaan Allah?

Siapa-siapa yang tak risau 5 perkara saat hidupnya maka 5 perkara lain akan merisaukan dirinya saat kematian...

1. Harta peninggalan yang telah digunakan, mencampurkan halal dan haram ke dalam harta tersebut.


2. Ketika di dunia dia selalu menunda-nunda untuk melakukan amalan kebaikan, maka di akhirat nanti dia akan lihat betapa sedikitnya amalannya kebaikan saat di dunia....

3. Melihat kitab amalan terlalu banyak dosa yang dilakukan, maka dia meminta untuk dikembalikan ke dunia...

4. Banyak melakukan kesalahan-kesalahan terhadap orang lain, lalu ramai yang yang mebuat tuntutan dengan dirinya di sana. Maka segala kesalahan itu, akan diganti dengan amalan kebaikan yang dilakukan di dunia sebagai bayaran...Astaghfirullah....

5. Kemurkaan Allah yang tidak akan lagi kita mendapat keredhaan-Nya (keranan hanya dunia yang menjadi jambatan ke akhirat, segalanya terputus saat menemui kematian)....Astaghfirullah..Astaghfirullah...

Wallahu'alam...mohon diperbetul mana yang salah...
Share

1 ulasan:

songkok_hensem berkata...

truskn bhs ammi tu :)