Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Rabu, 23 November 2011

Berlapang dadakah kita?

Bahasa Ammi untuk hari ini

Anjad - Sungguh?? (dalam keadaann terkejut / xpercaya)
Addish / giddish / kam?? - Berapa?

Artikel hari ini daripada Bab Menahan Kemarahan kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lalai)...

Berkata Luqman al-Hakim : 
"Wahai anakku ada 3 perkara yang engkau tidak akan rasa @ tahu melainkan dengan 3 perkara ini :
Engkau tidak akan tahu tenang hati 
melainkan ketika marah,
Engkau tidak akan ketahui keberanian
melainkan ketika peperangan,
dan tidak akan ketahui persaudaraan
melainkan ketika engkau perlukan dirinya"
-------------

Seorang lelaki memuji seorang tabi'in di hadapan
dirinya sendiri, lalu tabi'in itu berkata :
"Wahai hamba Allah, kenapa engkau memujiku?
sudahkah engkau melihat ketika aku marah
dan adakah kau dapati aku seorang yang tenang?"

"Tidak"

"Sudahkah engkau melihat aku ketika bermusafir,
dan adakah engkau dapati aku dalam keadaan
baik akhlakku?"

"Tidak"

"Sudahkah engkau melihat ketika aku diberi amanah,
maka engkau dapati aku dalam keadaan jujur (amin)?

"Tidak"

"Jangan engkau memuji seseorang selagi engkau
tidak mengujinya dengan perkara-perkara ini"

------------

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِينَ 
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (7 : 199)

3 perkara daripada akhlak ahli syurga yang tidak akan ada
melainkan pada orang yang berhati mulia :

Memaafkan orang yang menzalimi kamu,
Memberi kepada orang yang bakhil terhadap dirinya,
Membalas segala kejahatan dengan kebaikan....

------------

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a :
Seorang lelaki datang mencela Abu Bakar as-Siddiq,
dan saat ini Rasulullah duduk bersama Abu Bakar,
Rasulullah diam, Abu Bakar juga diam...
Maka apabila lelaki tersebut diam,
Abu Bakar membalas celaan tadi, 
lalu Nabi berdiri dan pergi 
lalu Abu Bakar mendapatkan Rasulullah, lalu berkata :
"Wahai Rasulullah, ketika dia mencelaku engkau diam, 
ketika aku membalas engkau bangun?"

Jawab Rasulullah :
(Sesungguhnya malaikat bersama kamu ketika kamu diam,
ketika kamu membalas celaan tersebut, malaikat terus pergi
dan syaitan duduk bersamamu,
dan aku benci untuk duduk di tempat yang bersama syaitan)

kemudian bersabda Rasulullah :
3 perkara yang semuanya benar :

Orang yang dizalimi memaafkan orang yang menzalimi
semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah,
Allah tambahkan dia dengan kemuliaan

Orang yang membuka masalah dirinya kerana 
hendakkan sesuatu daripada orang lain dengan kadar yang banyak 
(sheikhah terang, orang yang suka puji barang orang dengan niat
agar kawan dia akan bagi barang tersebut dan dia ambil / orang
yang buat muka kasihan dengan niat untuk 
mengambil barang orang lain), Allah tambahkan kepadanya
kekurangan dalam hidup. (sentiasa rasa
tidak cukup dengan apa yang ada)

Orang yang suka memberi 
samaada hadiah, sedekah dan lain-lain
semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah,
Allah tambahkan keberkatan dalam hidupnya....

:: BERLAPANG DADA dalam semua perkara....
Share

Tiada ulasan: