Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 6 Oktober 2011

IIUM always in my heart

Hati frust malam ini sebab tak dapat ikut kawan-kawan ke taklimat Tahfiz Az-Zikr, bukan sengaja tidak mahu pergi tapi entah perasaan takut menyelubungi diri di malam2 hari sebegini...buke fb dan terbace puisi pelajar IIUM kampus Nilai, meniti waktu untuk pulang ke kampung..sebak, yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun semua yang berganti tidak mungkin sama dengan yang telah pergi... Kampus Nilai in memory~

Teringat saya, saat mula menjejakkan kaki ke UIA...hati penuh rase benci kerana di paksa untuk ke sana. Soalan familiar oleh senior2 kat sana "What ur first impression when u came here?" tapi sungguh jujur jawapan dari saya, "I feel nothing". Tak segan silu saya memberi jawapan seperti itu...Namun, hati perlu dipujuk untuk mensyukuri apa yang ada di hadapan mata sekarang.

Saya cuba berpegang dengan pesanan seorang guru saya ketika di sekolah menengah "Jangan sesekali menghina tempat kita belajar". Berbekalkan kata-kata ini, saya cuba tabahkan hati untuk hidup di sana. Perancangan Allah Maha Hebat mengatasi segala-segalanya. Pandanglah setiap sudut kehidupan kita dengan pandangan yang penuh memberi makna, kaitkan dengan nikmat yang telah Allah berikan. 

First impression saya yang sebenar pada UIA masa mula2 sampai dulu lain. Dulu zaman sekolah2 ada lawatan ke USIM dan pada waktu itu terdetik kat hati, "USIM terbaik sebab hanya pelajar-pelajar sekolah agama sahaja yang masuk ke situ." tapi bila saya berada di UIA especially kampus Nilai, i got something "We need to share and spread our experience to the others and we need them too". 

to be continue in next post...

‎::patah tumbuh hilang berganti::

Begitu hidup ini tiada yang abadi..
yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti..
namun semua yang berganti..
tidak mungkin sama seperti yang telah pergi..

selamat kembali kepada keluarga..
terima kasih & maaf atas segalanya..
segala gelak tawa & duka lara..
kita simpan memorinya hingga akhirnya..

bumi Nilai penuh kisahnya..
kisah akan kehidupan kita..
mencoretkan kisah para remaja..
remaja bakal memimpin dunia..

Nilai kini bakal sepi..
kerna tiada kalian semua..
moga persahabatan kta terus bererti..
bererti dan bermanfaat pada agama...

-razif mohamed-

Pusat Asasi UiA Nillai,Negeri Sembilan

(3/10/2011-3.06pm)

razifmohamed.wordpress.com
Share

Tiada ulasan: