Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 12 November 2012

Kembara dalam tangisan [Siri 1]

Hidup itu Indah jikalau kita tahu menghargainya


Tulisan ini merupakan catatan perjalanan penuh hikmah sepanjang keberadaan saya di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS IIUM), kampus Nilai. Sebuah daerah yang saya hadir dengan penuh kebencian, tapi pulang dalam tangisan kebahagiaan.

Sepanjang perjalanan dari rumah saya di Kemaman hinggalah ke Petaling Jaya, saya menangis dalam kereta. Hati saya meronta-ronta meminta tak dihantar ke Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

“Adik, Jordan tu bahaya. Bla…bla…bla…bla…” leteran dan mungkin juga ancaman daripada abang sulung saya yang diiringi dengan tangisan saya tanpa henti.

Itulah kisah saya, yang saya selalu ceritakan pada adik-adik ketika berprogram. Bila mengingatkan kembali peristiwa ini, saya tersenyum sendiri. Lucu!

Ya. Berada di UIA bukanlah pilihan saya. Tapi merupakan pilihan daripada keluarga saya. Keputusan yang saya rasakan buat kali kedua bakal menyakitkan hati dan mendera jiwa saya.

Di UIA, saya merupakan pelajar jurusan Islamic Revealed Knowledge and Heritage (IRK) atau dalam Bahasa Melayu jurusan Ilmu Wahyu. Sempat menetap di CFS IIUM kampus Petaling Jaya selama 1 minggu sempena Taaruf Week. Kira-kira 2 bulan 2 minggu saya berkesempatan berada di CFS IIUM kampus Nilai.

Cabaran yang perlu saya lalui

Keadaan UIA yang sangat menekankan penggunaan Bahasa Inggeris samaada dalam pelajaran dan komunikasi menambahkan luka di hati! Pendek kata, saya tidak suka Bahasa Inggeris. Bayangkan semua borang, pengumuman dan maklumat diberikan dalam bahasa ini.

Bertambah kusut jiwa!

Tetapkan hati

Berbekalkan kata-kata seorang guru saya,

“Jangan sesekali menghina tempat kita belajar,”

Saya cuba tabahkan hati menerima tempat di mana kaki saya berpijak sekarang. Walaupun dalam hati ada sekelumit derita.

Operasi menggali semua kebaikan yang ada di situ giat saya lakukan, supaya sembilu dalam hati tidak makin bernanah.

Berpegang juga pada kata-kata “bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya,” saya menjalani hidup dengan baik di UIA. Saya hadir ke kelas seperti biasa, bahkan saya memberi fokus seperti biasa. Aktiviti yang menarik di UIA saya sertai.

“Adik, best tak UIA?”

“Adik, selamat belajar,”

SMS daripada abang sulung saya selalu memenuhi inbox mesej saya.

“tak best langsung!” itu antara ayat balas saya bagi menunjukkan betapa bencinya saya berada di sini. Mulut berkata tidak, hati berkata lain sebenarnya. =)

 Kejayaan buat saya di sini

“Sentiasa buat yang terbaik!” kata seorang teman.

Alhamdulillah saya berusaha melakukan sehabis baik dalam peperiksaan awal kemasukan UIA bagi menentukan tahap penguasaan bahasa.

Jadual Sem I saya yang cukup lengang.
Saya berjaya Exempted dalam English Placement Test (EPT) yang telah mengecualikan diri saya daripada mengikuti kelas Bahasa Inggeris di situ. Dan saya juga telah berjaya mendapat markah yang tinggi dalam ujian pertama semester bagi subjek Bahasa Arab.

Dan saya telah berjaya dalam pencalonan untuk menjadi Unit Education & Trainning, IRK Society.
Saya juga berjaya menggarap pengalaman debat bahasa arab. Walaupun sedikit sahaja yang sempat saya ikuti, tapi sungguh pengalaman dalam kelab debat bahasa arab salah satu kenangan indah dalam hidup saya.

Saya juga berjaya menyiapkan assignment dalam bahasa Inggeris subjek Basic Themes of al-Qur’an (FIM) bersama dengan dua orang teman kelas walaupun dalam keadaan grammar saya yang tunggang langgang. Dan kami berjaya mendapat markah penuh untuk assignment ini.

Oh, itu satu kepuasan buat orang seperti saya. Tidak pandai berbahasa Inggeris.

Begitulah hidup yang telah saya jalani di sini,atas kesedaran, bumi yang dipijak sekarang adalah UIA, Jordan belum pasti!

Tanpa menafikan, ada beberapa perkara yang saya kecundang walaupun saya telah cuba yang terbaik. Namun, natijah usah kita persoalkan, yang penting apa usaha yang kita lakukan.

Penutup


Kalau dikenangkan yang buruk, oh, tersangatlah banyak sebenarnya, tapi koreklah sedalamnya kebaikan yang ada.

Pasti bertemu bahagia walau dalam derita!

Inilah kehidupan, ia mengikut persepsi kita. Andai di negatifkan kehidupan, maka negatiflah ia. Tapi, andai di positifkan, postiflah ia.     

Hidup perlu sentiasa positif!

“Di mana bumi dipijak, di situ perjuangan diteruskan!”

Teruskan membaca siri seterusnya. Moga Allah Redha.


P/S : Tulisan ini sekadar merakamkan kenangan penulis, dan penulis sama sekali tidak berniat untuk membuat bandingan dengan mana-mana tempat yang pernah dijejaki penulis. Maaf.
Share

Tiada ulasan: