Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 6 November 2012

Sibuk memasang mision terlupa vision!

Printskrin beberapa kata-kata
Sekarang telah bermula fatrah SPM bagi calon 2012. Banyak status-status daripada bekas calon SPM yang mengimbau kisah lama mereka ketika SPM satu ketika dahulu untuk adik-adik mengambil ibrah melalui kisah mereka ini.

Tersenyum saya membaca.
Kerana saya juga salah seorang daripada mereka!

Sejak di tingkatan 4, saya memasang impian untuk mempelajari ilmu agama di Jordan. Azam tersemat kemas di hati, strategi di susun, hidup sehari-hari di atur dengan baik bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur, masa terasa padat. Penuh isi.

Harapannya satu. Moga dapat belajar di negara arab.

Mungkin kerana memikirkan satu-satunya jalan untuk ke Jordan adalah melalui keputusan SPM, maka, setelah SPM dilalui...

Hidup kembali terumbang ambing, tiada lagi jadual, masa banyak di siakan.
Terbunuh dek masa lapang.

Kesannya, hidup yang terumbang ambing ini terbawa-bawa sehingga misi (datang ke Jordan) tercapai. Sampai di Jordan, hidup tidak mampu diurus dengan baik. Kenapa?

Rupa-rupanya kita selalu memasang misi tetapi terlupa untuk merangka visi!
Sehingga hidup tidak mampu diurus selepas tercapainya misi.

Orang yang mempunyai CLEAR VISION, tindakannya pasti tidak tersasar dari jalan mencapai clear vision! Dan sudah pastilah clear vision yang terbaik adalah untuk menggapai redha Allah.

Orang yang ada CLEAR VISION, dia akan susun strategi untuk menggapai visinya itu. Bangun tidurnya, perkara pertama yang dia nampak ialah visinya. Bahkan, dia tidur bermimpikan visi!

Suka saya mengambil satu contoh daripada kehidupan Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka Kota Konstantinopel. Hidupnya daripada kecil, dia bercita-cita untuk menjadi sebaik-baik raja dalam hadis Rasulullah.



Lalu, dia memasang strategi, fikirannya daripada kecil fokus bagaimana ingin mencapai cita-cita yang hebat itu. Dikuatkan ketahanan spritual dengan ibadah dan bermunajat kepada Allah. Dia mengambil ibrah daripada kisah datuk-datuknya yang gagal menawan Kota Konstantinopel.




Bahkan, sewaktu kecil lagi peta kota Konstantinopel menjadi teman tidurnya!

Begitulah mereka yang mempunyai visi yang jelas, pasti setiap tindakannya menjurus ke arah menggapai visi tersebut.

Lantas, marilah kita menjadi orang yang mempunyai CLEAR VISION. Memasang visi untuk menjadi mereka yang hebat di sisi Allah bukan hanya di sisi manusia.

Plan Visi dengan jelas,
Susun strategi,
Cubalah menjadi seperti visi kamu!

Rancanglah siapa kamu 10 tahun akan datang!

"A clear vision is not a better how much you know about that vision, but is a better how you will be..."

Wallahu'alam. Selamat Menduduki SPM buat adik2.

Share

Tiada ulasan: