Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 4 November 2012

Doktor Arab menyentuh hati

Alhamdulillah, baru hampir 3 hari saya keluar daripada King Abdullah University Hospital (KAUH) setelah selesai menjalani pembedahan kecil di sini. Terasa sedikit bosan, maka, saya cuba coretkan pengalaman di KAUH tempoh hari.

Bila berbicara tentang arab, baik engineer, polis, pegawai mahupun doktor dari kalangan mereka pasti perkara yang biasa terlintas di hati kita, mereka (orang arab) "ganas", "kasar" dan yang sama maksud dengannya.

Namun. dalam kekasaran mereka ada terselit istimewa dia =)

Sepanjang berada di wad, ucapan "Salamatik", "Syafakillah", "Allahu yu'til aafiah" yang kesemuanya bermafhum, "Moga Allah menyembuhkan kamu" tidak pernah lekang dari bibir doktor-doktor, jururawat bahkan 'mak cik cleaner' kepada saya dan pesakit-pesakit di situ.

 Ucapan yang ringkas, tapi menyenangkan hati.

Berbeza dengan kita, panjang kata-kata yang perlu diungkap "Semoga Allah sembuhkan kamu" dan lain-lain. Bahkan, nak berkata "Moga Allah berkati kanu", terasa kejanggalan di situ.

Inilah salah satu keindahan bahasa arab, musytaq bahasa arab mampu mencecah sebanyak 80 berbanding dengan bahasa lain yang hanya mampu mencecah 18 musytaq.

driver teksi, sebelah tangan bersamanya tasbih
Tapi, pada saya panjang atau tak, itu bukan halangan untuk doktor-doktor Melayu kita membudayakan sikap mendoakan kesejahteraan para pesakit, insyaAllah.

Ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan, sekali lagi hati terasa tenang, melihat seorang doktor, sebelah tangannya memegang tasbih. Dan ketika beliau menyediakan katil pembedahan untuk saya, mulutnya, tidak lepas dari menyebut nama-nama Allah.

"Allahu Rabbi...Allahu Rahman...Allahu Ghafur..."


Sikap yang perlu kita contohi samaada kita dicampakkan di bidang mana sekalipun, hati mesti sentiasa terikat dengan Allah. Hati yang terikat dengan Allah pasti membuahkan akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji pasti menghasilkan dakwah yang berkesan.

Sekadar itu perkongsian saya kali ini, moga ada manfaatnya.

Sekalung ucapan penghargaan buat semua
yang mendoakan kesihatan fizikal dan spritual saya,
menziarahi saya di rumah dan di hospital,
yang sentiasa bertanya khabar saya,
yang membantu memudahkan urusan-urusan saya dari semua aspek,
yang menjaga saya,
dan juga kepada,
keluarga saya di Malaysia yang banyak membantu,
teman-teman di  Jordan,
housemate saya,
2 orang teman saya di Malaysia yang sentiasa menjadi rujukan saya, 
doktor 'peribadi' saya kak Adila,
doktor2 di KAUH,
dan semua orang disekeliling saya.

Terima kasih Allah kurniakan saya, teman sehebat mereka!

Dan Terima kasih Allah atas ujian ini!

Ada perkara yang perlu saya korbankan dalam menghadapi ujian ini, moga pengorbanan ini membuahkan hasil yang mahal, insyaAllah.

Hidup perlu sentiasa positif!

Doakan saya dikembalikan kekuatan fizikal & spritual untuk menjadi insan yang berjasa pada ummah, insyaAllah.

permainan ketika bosan
Hati berbicara,

"Andai sakit itu mampu mendekatkan aku pada Allah, sungguh, ia lebih nikmat berbanding sihat dalam kemaksiatan,"

::Moga dalam apa-apa keadaan yang menimpa diri, kita masih tergolong dalam kalangan mereka yang bersyukur::
Share

Tiada ulasan: