Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Rabu, 24 Oktober 2012

EXAM sunnah kehidupan

Sekarang, kebanyakkan dari kita berada dalam fatrah imtihan (musim exam) dan saya Alhamdulillah tinggal 1 kertas lagi untuk imtihan awal, tapi akan terus bersambung dengan imtihan thani yang berderet-deret lagi.

Penat exam berderet-deret buat pertama kali ini, dan result mungkin tak seperti di tahun 1. Tapi masih awal untuk membuat penilaian tentang result, itu baru exam 1.


Dalam keletihan exam ini, tetiba hati terdetik, sampai bilakah akan berakhirnya exam? Kita lari dari exam, makin dekat dia datang. UPSR >> PMR >> SPM >> Universiti pun ada exam, bahkan lebih banyak examnya.

Tanpa disedari, exam boleh dikatakan telah menjadi satu sunnah kehidupan kita di dunia. Dan terlupa pula, hidup yang sedang kita jalani ini juga sebuah exam, yang tempohnya telah lama bermula dan bakal tamat dengan hadirnya kematian pada bila-bila masa.

Allah.

Kehidupan kita di dunia ini, ibaratnya satu garis lurus, yang tiba-tiba akan datang satu garis lurus lagi di atasnya, tak silap macam intersecting line dalam istilah fizik dia.

Kematian hadir, menandakan masa telah tamat, tiadalah jalan berundur lagi, dan terputuslah segala amalan kita kecuali 3 perkara.


إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

 Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh"
 
Maka, jom kita berusaha mendapatkan 3 perkara ini sebelum masanya tamat!

Saya terfikir, exam yang biasa kita tempohi hampir sama ciri-cirinya dengan exam yang sedang kita hadapi tanpa kita sedar!

Exam hidup ini, Allah bagi kita waktu, cuma kita tidak tahu bilakah penghujungnya.
Exam hidup ini, Allah bagi kita tempat, cuma tempatnya sangat luas iaitu dunia, bukan hanya dalam dewan yang tertutup!
Exam hidup ini, Allah bagi peluang yang banyak, nak repeat berapa kalipun, silakan, syaratnya, sebelum tibanya penghujung!
Exam hidup ini, Allah bagi kita rujukan,
Allah bagi peluang dekat kita bertemu dengan orang-orang soleh,
Allah bagi peluang dekat kita untuk bersahabat,
Allah bagi peluang kita untuk buka kitab dan buku-buku,
Allah bagi kita kitab al-Quran,
Allah bagi kita waktu malam untuk kita meluahkan rasa pada Dia,
Allah bagi peluang kita merayu (memohon) pada Dia,
Allah bagi peluang untuk kita bertanya dan macam-macam lagi.

Senang cerita, SKEMA JAWAPAN untuk hidup ini, ada di mana-mana, di setiap celah kehidupan.

Maka, kenapa kita tidak mampu berjaya di sana???

Cuma, dalam exam hidup yang sedang kita hadapi, ada berbagai-bagai halangan dan ujian yang terpaksa ditempuhi, untuk mendapatkan kejayaan hakiki di sana nanti.

Nak capai perkara yang tinggi, nak capai redha Allah, sudah pasti perlu melalui saat-saat yang sukar terlebih dahulu.

Sekadar muhasabah bersama, wajarkah kita memberi alasan di hadapan Allah nanti? Itu dan ini, sedangkan jawapan untuk exam hidup ini, ada di mana-mana. Hanya perlu usaha!


Allah bagi kita ujian yang pelbagai saat ini, tanda Allah masih sayangkan kita, Allah rindu mendengar tangisan kita, Allah tak nak bagi kita alpa.
Dosa-dosa yang pernah membaluti hidup kita, bersama kita muhasabah dan bertaubat kepadaNya, syukurlah Allah masih bagi kita hidup!
Peluang untuk bertaubat!

Jom bersama-sama kita bantu diri kita dan sahabat-sahabat kita untuk mencapai kejayaan hakiki di daerah yang kekal. 

Laksanakanlah yang terbaik sementara waktu masih diberikan. Tabahkanlah diri menghadapi ujian yang tak pernah berhenti

Wallahu'alam...tulisan dari insan yang hina.
Moga Allah tetapkan hati kita di atas jalanNya, insyaAllah


Share

Tiada ulasan: