Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 17 Julai 2012

Permata yang hilang

اللهم زيينا بزينة القرآن
وأكرمنا بكرامة القرآن 
وشرفنا بشرافة القرآن
وألبسنا بخلعة القرآن
وأدخلنا الجنة بشفاعة القرآن

Alhamdulillah hari ini, saya berkesempatan berada dalam majlis perpisahan bersama pembimbing Tahfiz az-Zikr yang telah khirij di jordan ini. Berada bersama mereka, perasaan segan timbul dalam diri saya, Allah masih berikan peluang buat saya yang hina ini, penuh dengan dosa untuk bersama mereka walaupun sebentar. Moga pertemuan yang sebentar ini memberikan kenangan yang manis bahkan impak yang besar dalam hidup saya yang akan mendatang, insyaAllah.

Selamat berbakti di Malaysia, Kak munirah dan Kak Husna setelah beberapa tahun berbakti di bumi Irbid ini, Kak Munirah pengasas az-zikr bersama senior Imran yang sangat saya kagumi. Tahniah atas usaha yang murni untuk menyuburkan bumi Irbid dengan hamalatul quran. Sungguh itu bukan satu usaha yang mudah dan tidak adalah perkara yang lebih besar atas dunia ini melainkan al-Quran.

Kak Munirah yang masyi Qurannya, dan juga kak Husna yang baik budi pekerti, kecilnya saya bila bersama dengan kalian. Moga Allah berkati usaha kalian. Mohon doa dari kalian agar diri ini diberi peluang untuk menjadi sehebat kalian berdua. InsyaAllah.

Terima kasih ya Allah, memberikan saya peluang untuk bersama-sama dengan tahfiz az-zikr. Sungguh, siapalah saya untuk berada di sini. Hanya kerana memikirkan inilah peluang yang Allah untuk saya menjaga Quran saya, saya terima untuk bersama Tahfiz Az-Zikr. Terima kasih kak Munirah atas pelawaan ini. InsyaAllah akan saya usaha untuk menjaga amanat ini.

Permata yang hilang pasti berganti. Tapi yang berganti tetap tidak akan sama dengan yang telah hilang. Doakanlah agar kami yang lemah ini mampu menjadi seperti kalian atau yang lebih baik. Biiznillah.

Buat ahli-ahli Tahfiz az-zikr, yang memilih untuk terus bersama az-Zikr tanpa dipaksa oleh sesiapa pun. Tetapkanlah matlamat yang jelas, apa yang kalian mahukan daripada tahfiz ini. Dan sentiasalah bertanya pada diri sendiri kenapa kalian memilih untuk menghafaz Quran?

Kerana mereka yang  membuat sesuatu tanpa arah tujuan akan mudah berasa bosan dengan pekerjaannya! Bahkan akan mudah berPUTUS ASA!



Untuk ahli Gen 6. Maaf andai saya tak mampu untuk menjadi yang terbaik untuk kalian. Saya akan cuba bantu kalian setakat yang termampu dan dalam masa yang sama, kalian sebenarnya membantu saya untuk sentiasa bersama dengan al-Quran! Terima kasih....

Segan juga saya dengan kalian semuanya orang2 yang boleh dikatakan 'thiqah2' sedangkan saya hanyalah seorang budak yang nakal!

Sepanjang saya berada dalam Tahfiz az-Zikr, Siti Fatimah Ismail atau lebih dikenali dengan Kak Tim, salah seorang yang saya kagumi, bahkan banyak perkara yang perlu saya belajar dengan Kak Tim. Bekas Ketua Helwi PERMAI sesi 2011/2012 dan berjaya khatam hafazan Quran dalam masa 3 tahun di bumi Irbid ini. Allahu yubariku fik ya ukht.

Bagaimana beliau menyusun jadual hidupnya? Dalam masa yang sama belajar dentistry di JUST, dan memegang beberapa jawatan tinggi dalam PERMAI. Allah~ Sungguh, Allah mengurniakan masa itu cukup untuk setiap hambanya, tapi hambanya yang munkar dengan nikmat ini..

Dan ucapan Tahniah buat kak Tim yang bakal menglangsungkan perkahwinan dengan saudara Imran Zainal Abidin (pengasas az-Zikr).. Memang sepadanlah kalian. Moga terbinanya baitul Muslim dan melahirkan lebih ramai generasi al-Quran.

::Berada di dalam az-Zikr membawa saya untuk mengimbau saat2 indah di Imtiaz. Indahnya bersama dengan suasana Quran.

من تعلم القرآن وعلمه

لا تقولوا مع السلامة
لكن قولوا إلى اللقاء
ولو لا في الأرض
إنشاء الله في الجنة
Share

Tiada ulasan: