Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 28 Mei 2012

Jangan Berhenti Mengayuh


Tulisan kali ini mungkin untuk menyindir diri saya sendiri. Menyindir kerana membiarkan blog ini bersawang buat kali ke berapa entah.

Seingat saya, blog ini mula dibangunkan oleh saya awal tahun 2008 pada usia belum mencecah 15 tahun. Saat itu, pengguna blog tidaklah sehebat  dan seramai hari ini, penuh sesak. Blog ini hanya bermula atas dasar suka-suka dan dipenuhi dengan post  “kopi & paste”. Akhirnya saya nampak kepentingan blog dan mula menggiatkan diri.

Namun, kegiatan berhenti ‘mengayuh’ sebentar dilakukan oleh saya kerap kali bermula dengan tahun 2010, tahun saya mengambil SPM. Kononnya untuk memberi laluan kepada pelajaran, saya tutup blog sebentar bahkan berhenti menulis. Padahnya hari ini, saya terbiasa untuk berhenti menulis.

Jangan berhenti menulis!

Jangan berhenti menulis dalam masa yang panjang! Saya serukan pada diri saya dan kawan2 yang sama dengan saya  yang suka membiarkan blog bersawang. Namun, tak salah untuk berhenti mengisi minyak sebentar, memberi tanpa menerima menyebabkan kita menjadi mudah untuk kehilangan idea!

Isu hari ini terutamanya di Malaysia yang penuh kecelaruan, juga sedikit menyumbang kepada saya untuk berhenti menulis. Untuk mengetahui semua isu dan memahaminya dengan mendalam mengambil masa, dan saya di Jordan setakat ini masih tidak dapat menyusun masa dengan baik di sini untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. 

Menulis sebenarnya terlalu banyak faedahnya, tak kisahlah dari sudut apapun. Baik yang suka menjadi pengulas isu semasa, artikel tarbiyah, cerpen yang berfaedah, ‘review’ buku, artikel akademik dan sebagainya.

Dulu, saat awal saya bergiat dalam blog, ada satu kata-kata yang cukup sinonim dengan penulisan. “Menulis itu menajamkan minda!”. Nah, sekarang saya memahami frasa ini. 

Bila hendak menulis sesuatu, sudah pasti kita perlukan pembacaan yang lebih. Bahkan, sudah pasti buku yang berkurun lamanya tidak dibelek akan dibelek untuk mencari sumber rujukan. Bagi yang suka untuk ‘review’ buku-buku terkini, tidak dapat tidak anda perlu membaca buku-buku tersebut. Dan sudah pasti rujukan2 ini membuatkan otak berpusing mencari kesimpulannya. 

Bukankah itu mampu menajamkan minda????

Minda saya terkaku sebentar kerana berhenti menulis dalam masa yang panjang kerana kerja-kerja di atas kurang dilaksanakan oleh saya. 

Seperti yang saya katakan di atas, tidak salah untuk berhenti sebentar, untuk mengisi minyak dan kemudian memulakan kembali perjalanan. Kereta yang di pandu laju dalam masa yang lama, sudah pasti akan mudah rosak, begitu juga dengan penulisan, menulis sepanjang masa tanpa berhenti untuk mencari bahan dan memahami penulisan orang lain membuatkan kita mudah untuk kehilangan idea.

Salah satu medium dakwah yang tak pernah berhenti, sama ada saat kita letih, tidur, memandu dan sebagainya adalah melalui penulisan blog! Itu kata-kata ustaz Anhar opir. Ya, blog itu tetap hidup dan dibaca orang walaupun kita sedang tidur.

Tapi AWAS! samalah blog dengan medium facebook, boleh jadi ia merupakan sumber pahala yang berterusan dan boleh jadi ia menjadi sumber dosa yang berterusan bergantung kepada kandungan yang ditulis dan niat yang menulis. 

Setelah lama tidak menulis, saya menyedari bahawa blog sebenarnya banyak memberi manfaat kepada diri sendiri sebenarnya. Artikel2 dan link2 lama yang ada di dalam blog ini menjadi rujukan saya sendiri. Dokumen yang disimpan dalam softcopy boleh hilang kerana virus tapi dokumen yang ada di dalam blog, insyaAllah sukar untuk hilang.

Akhirnya, penulisan merupakan cerminan buat si penulis! Sebanyak mana pun kita berkata-kata, manusia tetap memandang kepada tindakan dan akhlak kita. Moga dengan penulisan yang ditulis menjadi amaran buat diri daripada melencong jauh.

Artikel Jangan berhenti mengayuh sengaja saya coretkan diblog, sebagai satu cabaran untuk saya terus menulis, insyaAllah.

Salah seorang penulis kegemaran saya di Jordan. 

نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ (١
"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1)"  [68 : 1]

:: Allah berkatilah Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan::
Share

Tiada ulasan: