Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 25 Mac 2012

Mahasiswa dan Mentaliti

Alhamdulillah sepanjang 5 bulan keberadaan saya di Bumi Syam ini, saya melihat dari kaca mata saya sendiri bahawa masyarakat Malaysia di bumi Jordan sedang menuju kepada tahap kematangan yang maksima. Itu nilaian yang mampu saya buat.

Maka tidak hairanlah, lahirnya ramai tokoh-tokoh hebat dari bumi ini seperti Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Ustaz Farid Ravi, Ustaz Zamri dan lain-lain, dan juga tidak lupa kepada tokoh-tokoh ilmuan yang masih belajar di Jordan seperti Ustaz Anhar Opir, Ustaz Ruzaimi, Ustaz Ahmad, Ustaz Sufian dan lain-lain. Jadi, sangatlah hairan kenapa kita semua yang masih belajar di sini tidak mampu untuk menjadi seperti tokoh-tokoh ini??? Jawapannya mudah, siapa yang datang kerana mahukan ilmu, maka dia akan dapat apa yang dia inginkan, atau saya mudahkan skema jawapannya kepada hadis yang sangat popular ini :


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Sayyiduna Umar bin al-Khattob radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

Saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam bersabda: "Semua amalan itu hanya diambil kira berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat (pahala atau dosa) berdasarkan niatnya. Oleh itu, siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia mendapat pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Manakala siapa yang berhijrah kerana ingin mendapat habuan dunia atau kerana ingin mengahwini seorang wanita, maka dia mendapat apa yang dia niatkan dengan hijrahnya itu." [Riwayat al-Bukhori dan Muslim]


Memandangkan saya merupakan pelajar Jordan yang berada di daerah Irbid, maka saya mungkin akan banyak berbicara tentang Persatuan yang kami sayangi di sini iaitu Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) dalam pos2 saya. Di sini tempat tinggal saya, maka itulah keluarga kedua saya =D.. Mungkin untuk mantiqah lain, yang berada di sana lebih layak untuk membicarakannya.

Sebulan yang lepas, 2 orang tokoh hebat telah di terbangkan ke bumi Jordan iaitu Prof. Abu Hassan dan Ustaz Nazrey Johani untuk program PERTAMA VI anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Maka hari ini, satu program yang dinamakan WACANA PERDANA telah melabuhkan tirainya yang mana program ini telah dihangatkan dengan kehadiran Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Walaupun ada sedikit kekesalan yang timbul dalam hati kerana tidak dapat memberi komitmen yang penuh senjang 4 hari berprogram atas sebab yang tidak mampu dielakkan. Namun ini sedikit ilmu yang sempat saya catatkan untuk dikongsi.

Pembinaan Minda

Mahasiswa hari ini perlukan satu alternatif yang lain yang boleh membentuk mereka menjadi seorang mahasiswa yang berkaliber. Kita tidak boleh mempunyai fikiran yang setaraf dengan orang lama, orang lain buat katering, kita pun buat, namun ia tidak salah cuma mungkin lebih cantik kalau kita 'create'kan sesuatu yang baru.

Seandainya mahasiswa ada masuk mana-mana kumpulan maka, janganlah terikat dengan kumpulan tersebut sahaja dan janganlah hanya terkepompong ke dalam kumpulan tersebut sahaja. Inilah salah satu kerakusan minda yang membelenggu ramai mahasiswa hari ini. Bahkan AUKU yang kebanyakkan di gunakan untuk kepentingan individu juga salah satu penyebab utama kepada kemunduran pemikiran yang berlaku dalam mahasiswa.

Untuk menjadi seorang manusia yang sentiasa mempunyai idea terutamanya yang idea yang segar maka tidak dapat tidak kita semua mestilah membaca semua buku. Baik buku takhasus kita, mahupun buku yang berkait dengan takhasus atau buku-buku yang langsung tidak berkaitan. Buku yang ditulis oleh siapa pun, perlu di hadam dengan baik, bukan dengan hafalan semata-mata. Hafalan tidak akan membawa kepada perkembangan minda tapi ia hanyalah memenatkan otak, kalau tak percaya, cubalah hafal kitab-kita arab untuk peperiksaan :D..

Teknologi yang muncul pada hari ini juga memberikan kesan yang besar kepada masyarakat. Teknologi mampu memberikan kemudahan kepada kita akan tetapi dalam masa yang sama dia membantutkan hubungan sosialiti yang berlaku di sekeliling kita. Orang yang hanya bersosial di laman sosial tidak akan mampu untuk bersosial dengan baik dalam alam sebenar.



Masalah Mentaliti yang berlaku dalam kalangan mahasiswa hari ini adalah sibuk berbangga dengan tempat belajarnya, tetapi tidak mampu berbangga dengan ilmu yang di bawa. Maka jadilah mereka seperti tin-tin yang kosong, walau hebat mana pun tempat yang dipelajari tapi sikap masih begini...Kita hari ini, ingin melahirkan generasi mahasiswa yang mempunyai 'planning' selepas dia balik ke Malaysia. Dia nampak hidupnya di mana.

Kadang-kadang kita ini terbiasa dengan sesuatu. Maka hasilnya, sudah tentulah kita akan nampak perkara yang biasa-biasa sahaja. Contohnya, kita penuntut pengajian Islam, maka yang kita nampak diri kita menjadi ustaz-ustaz, kalau di'upgrade'kan sedikit ustaz-ustaz yang masuk televisyion, guru-guru J-QAF dan lain-lain yang biasa kita nampak. Maka di sini, perlunya kepada perubahan mentaliti mungkin 360 darjah seperti menceburi bidang perfileman sebagai penasihat agama dalaman dan sebagainya. Masyarakat perlukan kita dalam banyak bidang lagi!!!

Akhirnya, saya tertarik dengan kata-kata penutup daripada Dr. Asri, KITA SOKONG PERKARA YANG BENAR, KITA TAK SOKONG PERKARA YANG SALAH... Jangan jadi pengikut yang membabi buta. Kembangkan minda untuk sama-sama kita membawa masyarakat kepada satu perubahan yang jauh lebih baik daripada sekarang....insyaAllah..

Tahniah buat semua pimpinan PERMAI, Pimpinan berkaliber melahirkan ahli yang komited. Saya kagum dengan kehebatan ntum...

Untuk Live Streaming yang tak berapa live dah :

http://www.ustream.tv/recorded/21334822 
Share

1 ulasan:

fasihah nasuha berkata...

bukan sahaja mentaliti mahasiswa bidang agama yang harus diubah tetapi juga mentaliti masyarakat terhadap mahasiswa bidang agama.Harus sedarkan mereka betapa luasnya skop mahasiswa agama,bukan hanya sekadar ustaz2 dan ustazah2