Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Sabtu, 10 Mac 2012

Media dan Hiburan : Urgensi dan Cabaran Semasa [1]




"Siapapun kamu, kamu semua sangat diperlukan dalam hidup aku dan aku diperlukan dalam hidup kamu walau aku hanyalah seorang pengutip sampah di jalanan sedangkan kamu seorang CEO di sebuah syarikat terkemuka"

Itulah salah satu kesimpulan yang saya dapat setelah menghadiri Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Jordan VI (PERTAMA) yang telah berlangsung di Dewan Kindi, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan pada 24-25 Februari baru-baru ini yang membawa isu yang sangat menarik dan sangat sesuai dengan keadaan sekarang "Media dan Hiburan : Urgensi dan Cabaran Semasa".

Gabungan yang sangat mantap dibawakan oleh AJK PERTAMA tahun ini iaitu Ustaz Nazrey Johani seorang penyanyi lagenda yang tidak asing lagi di Malaysia seterusnya Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah tokoh akademik yang aktif dalam industri seni dan media tanah air bersama ustaz yang tidak asing lagi di Jordan ini, Ustaz Anhar Opir calon Phd dalam bidang Feqh dan Usul di The World Islamic Science University Jordan (WISE) di bawah tajaan UPSI.

Bidang media dan hiburan yang satu ketika dahulu pernah saya anggap sebagai satu bidang yang menjadi sumbangan utama kepada kebejatan akhlak remaja pada hari ini sebenarnya satu bidang yang sangat hebat. Bahkan dalam karangan2 pelajar sekolah pun mereka di ajar untuk menjadikan isu media sebagai isi kepada tajuk keruntuhan akhlak.

Bolehkah saya katakan "Hari ini siapa yang menguasai media, dia bakal menguasai dunia".
Kalau dahulu kita selalu berbicara tentang media yang sangat memberi kesan negatif kepada anak-anak muda masa kini, kita berbicara keburukan filem2 yang ibarat sampah dan lain-lain. Dan kita akui, media yang meliputi televisyion, akhbar, panggung wayang serta blog memang memberi impak yang maksima kepada semua orang. Kita sibuk berbicara tentang penyalahgunaannya, Maka siapakah yang sepatutnya terjun ke dalam bidang ini? Sudah pastilah KAMU, wahai ahli agamawan...

Silap dan sangat besar kesalahannya seandainya ahli agamawan menjadikan media sebagai musuh mereka. Sedangkan media yang dirasakan musuh itulah yang boleh digunakan untuk mengangkat martabat Islam. Bahkan saya yakin impak media sangatlah besar, lihatlah, video dalam mana-mana program merupakan satu perkara yang wajib, dan ia menjadi scene yang sangat dinanti-nanti.

Tanpa media, siapa yang mampu merakam saat indah dan lain-lain???Tanpa media, siapa yang mahu merakam ahli-ahli akademik dan agamawan berbicara??? Tanpa media, siapa yang mampu berdakwah ketika dia sedang tidur??? Apakah yang menyebabkan Ustaz Azhar Idrus terkenal di merata-rata??? Sudah pastilah itu kerja MEDIA!!! Youtube dan lain2...



Kenapa perlunya agamawan menjadi penasihat @ aset penting dalam bidang media ini?

1. ISLAM punya ramai tokoh-tokoh yang hebat tapi pendokumentasiannya tidak lain tidak bukan hanyalah dalam buku2 tebal.

  • Filem Fetih 1423 yang disangkakan akan membawa sinaran yang hebat pada umat Islam ibarat "indah khabar dari rupa". 
  • Mana lagi filem-filem yang dilaksanakan untuk ini?
2. Kita perlukan penulis skrip, penyunting skrip, pelakon dan lain-lain yang faham Islam.

  • Contoh terdekat yang diberikan oleh Prof. ialah filem The Messengger [ Ar-Risalah], filem ini sangat bagus dan terbaik namun sayangnya, semua yang terlibat dalam filem ini semua bukan muslim.
3. Disiplin Ilmu yang tidak akan mati adalah MEDIA!
  • Sampai bila kita hendak membiarkan media dengan korupsinya termasuklah media yang senget sebelah sekarang.
Dan banyak lagi kepentingan media yang saya kira kita semua boleh fikir-fikirkan.

Sebelum saya berhenti menulis, saya ucapkan Tahniah buat AJK PERTAMA VI yang berjaya menghasilkan satu program yang sangat hebat! dan saya ucapkan tahniah buat mereka yang sanggup menggadaikan 15 jd untuk menceduk secebis ilmu, moga kita mampu mencipta sesuatu. Isu dalam program ini telah cukup untuk menyatakan bahawa Mahasiswa Malaysia Jordan sedang menuju kepada satu tahap kematangan....

Saya tinggalkan pos ini dengan harapan Prof Abu Hassan....

"Saya mengharapkan kamu mahasiswa-mahasiswa jordan untuk mengubah serta membantu bidang media di negara kita"

http://www.youtube.com/watch?v=EMg2ubBxHuQ&feature=youtu.be&fb_source=message

Kalau tuan punya blog rajin, insyaAllah saya akan menulis isi-isi yang saya dapat ketika forum pada progam ini. Maaf kalau kurang bernas, yang membaca dan mendengar tidak akan sama dengan yang pergi ke program...
Share

Tiada ulasan: