Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 19 Januari 2012

Agama dan kebangkitan

Tulisan ini saya tujukan khas buat rakan-rakan saya yang pernah bersama saya di Pusat Asasi UIA (CFS IIUM) kampus Nilai terutamanya buat pelajar jurusan Islamic Revealed Knowledge (IRK) dan Bachelor of Arabic (BAR) yang kini berada di CFS IIUM kampus Petaling Jaya.

Pelbagai cerita yang saya dengar daripada kalian. Ye, saya turut sedih dengan keadaan itu, yang hilang pasti tak berganti tapi insyaAllah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Allah tak pernah silap, kenapa Allah hantarkan kalian ke sana.

Teringat seorang rakan saya yang memang pelajar CFS IIUM Petaling Jaya menyatakan pada saya, dia sangat gerun dengan kehadiran kalian ke sana. Kagum dengan akhlak yang dibawakan kalian dan lain-lain.

Kalau di kampus Nilai, kita mampu bina suasana yang baik kenapa tidak di tempat lain? Di mana bumi dipijak, di situ perjuangan diteruskan. InsyaAllah. Saya percaya kehadiran kalian merupakan mutiara-mutiara yang dinanti kehadirannya.

Pelajar jurusan agama ada kekuatannya. Kalau pelajar jurusan sains ada kekuatan dari sudut lain, kita jua sebenarnya ada kekuatan dari satu sudut yang lain. Dunia sebenarnya takut dengan kebangkitan agamawan yang ikhlas berjuang untuk tegakkan islam.

Sejarah kemerdekaan kita juga sebenarnya sarat dengan kebangkitan dan perjuangan ulama-ulama dunia tapi banyak fakta yang digelapkan.
Pelajar jurusan agama di Mesir juga digeruni dengan keberanian mereka dan mereka sangat banyak menerima ujian serta tomahan. Pernah saya menghadiri kursus BTN, seorang fasilatator pernah menyebut tentang kebenciannya terhadap pelajar jurusan agama.

Kenape yer???

Kerana pelajar agamalah yang biasa mencetuskan api kebangkitan menentang, menentang bukan sahaja-sahaja tapi menentang perkara yang bertentang dengan agama Allah. Cinta mereka untuk melihat agama Allah tertegak di atas muka bumi menghasilkan satu keberanian yang luar biasa. Itulah yang dinamakan cinta.

Tak mahu saya panjangkan tulisan saya. Saya yakin kalian mampu buat yang terbaik di tempat baru. Kalau ada yang perlu diubah, ubahlah. Kalau ada sesuatu yang perlu diterapkan, terapkanlah.

Semuanya membuatkan saya rindu kepada hidup di CFS IIUM Nilai, yang tak mampu diganti. Masjid yang sarat dengan majlis Ilmu, Dorm yang disinari dengan cahaya islam solat berjemaah, mengajar mengaji dan lain-lain. Saling lengkap melengkapi, yang lemah dari sudut agama dibantu dan yang lemah dari sudut pelajaran juga dibantu. Tak dapat gambarkan suasana CFS IIUM kampus Nilai.



Akhirnya... Allah tak pernah silap!


Tidak ada cita2 yang lebih tinggi bagi seorang Muslim mengatasi cita2 untuk melihat akidah yang dianutinya dijelmakan dalam bentuk penghayatan, direalisasikan dalam bentuk individu, keluarga, masyarakat dan negara
Share

1 ulasan:

Shirou berkata...

Huuu..
Moga kita sentiasa istiqamah berusaha untuk mengubah suasana..
insyaAllah..~