Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 17 Januari 2012

Rancang Cuti!


Alhamdulillah, kelmarin dahulu telah selesai menjawab final exam bagi SEM I, walaupun keputusan exam tak pasti lagi. Apa yang penting perjalanan SEM I di Jordan untuk tahun pertama sangat bermakna dan memberi pengajaran pada diri saya.

Teringat pesanan sahabat saya di pagi exam, “Rancanglah kehidupan selepas exam sebelum/semasa jawab exam”, kenapa yer, kita kena rancang? Selepasa jawab exam, baru saya tahu, kalau tak rancang, jawabnya tidur dalam kestressan la sepanjang hari. Exam di Jordan sangat menakutkan :D .

Sekarang cuti untuk SEM I, telah tiba. Jom rancang cuti dengan sebaiknya. Oh, saya tak lupa jua tulisan kali ini juga khusus buat adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM 2011. Sebab saya juga pernah mengalaminya, cuti sepanjang 6 bulan, bahkan ada yang cuti sampai 9 bulan, oh agak terseksa jiwa…Benarlah “MASA LAPANG ITU MEMBUNUH”.

Ops….Sebelum merancang cuti, saya rasa kita perlu ada matlamat hidup terlebih dahulu. Bagi yang dah ada, mesti dia nampak apa yang dia nak buat dalam waktu cuti ini. Tapi bagi yang tiada, saya nasihatkan, sebelum kita rancang cuti, rancanglah dahulu matlamat hidup terutamanya buat adik-adik SPM 2011.

Jom Rancang! Apa yang boleh kita buat waktu cuti?

1. Bina perancangan hidup dan perancangan cuti. Apa yang kita dapat sepanjang cuti, objektif biar satu, asalkan berjaya dicapai! Saya percaya, lepas bina perancangan ini, secara automatik kita akan tahu apa yang nak dibuat waktu cuti. Jadi, cadangan kat bawah ni hanyalah sebagai cadangan.

2. Cari duit! Ada seorang kawan saya, dia cakap kat saya perkara yang dia rasa paling rugi sewaktu cuti 5 bulan SPM ialah tak cari duit. Alasan dia, dia tak tahu planning hidup dia selepas SPM, ke mana dia nak pergi, tengok, planning your life is very important ok!

Untuk adik-adik SPM bila kamu semua dah masuk alam Universiti, barulah dapat rasa, duit itu sangat bermakna. bukan maksud saya sampai jadi mata duitan tapi masa inilah korang akan rasa duit itu sangat diperlukan, masa ni juga akan teringat makanan kat dewan makan yang dapat free siap makan tak habis lagi.Masa ni, juga korang akan terfikir sampai bila nak bergantung duit dengan mak ayah.

WANG tidak boleh dijadikan matlamat tetapi sebahagian matlamat boleh terganggu tanpa alatnya, salah satu alatnya adalah wang.

3. Berjalan. Wah, ini memang best lah. Pelajar-pelajar Oversea memang sangat menunggu waktu cuti untuk pergi jelajah dunia. Tapi saya cukuplah kali ini untuk jelajah Jordan sahaja. Adik-adik yang tak pergi PLKN hargailh cuti ini, untuk cari pengalaman merantau seluruh Malaysia. Sertailah mana-mana program yang ada kat Malaysia seperti K-fiqh dan lain2. Cari pengalaman sebanyaknya. 

Cuti-cuti juga, Moga jalan-jalan kita bukanlah jalan yang sia-sia. Jangan jadi jalan-jalan cari makan sudah :D.
ni gambar salah satu cuti saya dihabiskan selepas SPM...
Nampak Time Square? LRT?
Pengalaman yang sangat berharga, pengalaman 
inilah yang saya mampu aplikasikan saat 
saya tersangkut dalam KTM Nilai - Putra untuk 
balik ke Terengganu.

وعن عيسى بن مريم عليه السلام إنه قال : كل كلام 
ليس بذكر الله فهو لغو, وكل سكوت ليس فكر فهو غفلة, وكل نظر 
ليس بعبرة فهو لهو فطوبى لمن كان 
كلامه ذكر الله تعالى, وسكوته تفكرا , ونظره عبرة.
" Setiap kata-kata yang tidak mengingati Allah adalah tidak berguna, 
setiap diam yang bukan berfikir adalah melalaikan, 
setiap pandangan bukan dengan pengajaran adalah sia-sia.
Dan pohon di syurga yang besar (kalimah memuji) untuk siapa
yang kata-katanya ingat Allah, diamnya berfikir dan pandangannya memberi pengajaran."

4. Bertalaqqi atau belajar. Jalan ini saya rasa jalan yang sangat baik sekiranya di pilih terutamanya pelajar yang berada di Timur Tengah. Biarlah cuti ini, kita cari bekalan untuk kehidupan yang bakal kita hadapi selepas cuti. Lautan Ilmu tak pernah kering, kitalah yang kena menyelam mencarinya.

Adik-adik yang tunggu result, pastikan sudah ada dalam fikiran korang, kos mana yang korang nak pilih selepas ini. Saya tak nak sentuh banyak pasal ini kerana saya bercadang untuk sentuh banyak dalam artikel yang lain. Apapun ini pesanan saya, exam bukanlah pengakhiran Ilmu dan result SPM tak bernilai sekiranya semua itu hanya di atas kertas tidak mampu diterjemahkan ke dalam kehidupan. Ketahuilah Ilmu yang dipelajari dahulu akan digunakan dalam kehidupan.


5. Berukhuwah. Mungkin ada yang pilih jalan ini sepanjang cuti pergi menziarahi orang ke sana sini. Melawat rakan-rakan mantiqah lain atau melawat rakan-rakan, selama ni sibuk studi, jadi waktu inilah nak melawat semua orang.

Ikut program persatuan pun salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwah :D.

6. Kajian. Nampak menarik. Saya pun suka buat kajian tapi saying, biasanya sampai sekerat jalan sahaja. Mungkin juga saya boleh katakan di sini, tambahkan thaqafah. Thaqafah tentang semua perkara, baik dari sudut ekonomi, sosial dan politik lebih-lebih lagi yang berlaku di negara kita.

7. Bergelumang dengan buku. Waktu ini, memang best kalau nak bergelumang dengan buku-buku lain (bukan berkaitan akademik). Mahasiswa itu bukan hanya perlu sibuk dengan pembelajaran akademik tapi pembelajaran luar juga sangatlah penting.

Bila nak bergelumang dengan buku terfikir-fikir juga, menyesalnya tak bawa buku-buku bahasa melayu yang tersusun rapi dekat rak bilik rumah di Malaysia. Bukan sengaja tinggal, tapi sebab kena marah dengan adik beradik dekat airport beg berat. Datang sini, tidak dapat tidak kena baca buku arablah jawabnya. Kalau baca buku arab, tak mampulah nak buat review buku lagi :D.

Tak sabarnya nak bergelumang dengan buku2. Sangat2 merindui Malaysia untuk angkat semua buku ke sini. Kalau ada orang nak bagi pinjam buku-buku pun, dialukan.

8. Mantopkan Bahasa. Baik bahasa Arab mahupun Bahasa Inggeris atau apa2 sahaja bahasa. Bagi yang berada di Jordan mungkin nak mantopkan bahasa Arab agar nanti kita masuk SEM II tak lagi terpinga-pinga dalam kuliah. Harapnya begitulah.

Bagi yang kat Malaysia, mantapkanlah kedua-dua bahasa. Jika anda bakal belajar dalam bahasa Inggeris, maka jangan di anak tirikan bahasa arab yang pernah dipelajari. Teringat pula, cita-cita dulu nak jadi pakar bahasa arab, sampai sekarang saya tabik siapa yang ambil bidang ni.

9. Buat persediaan untuk SEM seterusnya atau peringkat seterusnya. Mungkin ada yang jenis baca buku dari awal.

10. Berbaktilah untuk kedua ibu bapa. Waktu yang kosong, cubalah untuk bersama mereka. Kalau dahulu di asrama, kita lebih rapat dengan rakan-rakan dan diajar untuk berbakti kepada rakan-rakan. Selepas cuti, kita akan bertebaran pula di atas muka bumi, ada yang tercampak ke Oversea, ada yang tercampak di menara gading yang menyebabkan kita menjadi sibuk kembali.

11. Mantapkan hafazan. Kenapa ini point yang terakhir? Tak penting ke? Sebab dia paling penting lah saya letakkan di bahagian paling bawah. Tapi saya tak spesifikkan di sini hafazan quran atau hadis atau lain2 hafazan?

Untuk adik-adik SPM 2011, masa inilah untuk anda mantapkan hafazan korang. Tiada kerja sekolah, tak perlu disakitkan kepala dengan pelajaran-pelajaran yang memeningkan. Masa kita free!
Kalau di sekolah kita disibukkan dengan hal-hal keduniaan. Selepas persekolahan kita disibukkan pula dengan hasutan syaitan. Masa inilah, kalau siapa-siapa nak masuk Musabaqah Hafazan atas tiket individu, dapat masuk, kalau kat sekolah terpaksa bersaing dengan orang lain terlebih dahulu.

Ok. kita berhenti kat sini sahaja point untuk perancangan waktu cuti. Bina matlamat hidup, anda akan dipertemukan dengan perancangan hidup anda!

Kenapa saya menulis artikel ini??? Sebab saya sudah merasakan “MASA LAPANG ITU BENAR-BENAR MEMBUNUH!” Jom hargai cuti. Semoga adik-adik saya tidak merasai kerugian besar yang telah saya lakukan 5 bulan bercuti dan semoga saya tidak mengulangi lagi kerugian itu, insyaAllah!




Share

Tiada ulasan: