Alhamdulilah sekarang kita telah memasuki 2 Safar 1433 H dan saya rasa tidaklah kelewatan untuk saya menulis tentang impak dan peranan kita melalui peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W kerana peristiwa hijrah ini bukanlah hanya untuk dikenang ketika bulan Muharam sahaja. Artikel ini adalah hasil diskusi dengan sahabat2 saya dalam membincangkan hal ini ternyata Hijrah merupakan satu peristiwa yang sangat berharga kepada seluruh umat Islam. Diskusi dah lama, cuma baru ada mood nak menulis.
Hijrah secara generalnya mempunyai 2 pengertian. Pengertian pertama, ialah dari sudut makaniyah iaitu berpindah secara fizik dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala dari sudut Maknawiyah pula bermaksud berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik serta meninggalkan kekufuran menuju keimanan dan lain-lain maksud. Dan sebenarnya, hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah ingin mencapai kepada kedua-dua pengertian ini.
Iktibar daripada peristiwa hijjrah
1. Rasulullah bekerjasama dengan orang bukan Islam. Rasulullah mengupah Abdullah Ibnu Uraiqith (yang masih musyrik) untuk menjadi penunjuk jalan. Di sini kita jelas, bahawa Rasulullah S.A.W juga berusaha dengan menggunakan kepakaran Abdullah Ibnu Uraiqith untuk memandu baginda berhijrah bukan semata-mata berserah kepada Allah.
2. Rasulullah S.A.W juga bertindak berdasarkan kekuatan dan kemampuan baginda apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Dan kita harus mengumpulkan kekuatan dan tidak bertindak menzahirkan kekuatan sebelum masanya apatah lagi bertindak di luar kebijaksanaan.
3. Sikap optimis Saidina Ali yang saat ini masih muda remaja sanggup menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda. Langsung beliau tidak merasa gentar dengan semua ini, inilah hasil daripada perasaan kecintaan yang tinggi terhadap Rasulullah dan ajaran yang dibawa oleh baginda.
4. Strategi kena pelbagai, prinsip jangan dilanggar. Antara strategi, Rasulullah sengaja menggunakan jalan jauh dan Rasulullah bersembunyi terlebih dahulu dalam gua thur sebelum memulakan penghijrahan. Rasulullah juga menggunakan taktik kerahsiaan sehinggakan Abu Bakar sendiri tidak tahu bila nabi akan berhijrah. Baginda sebenarnya boleh sahaja meminta kepada Allah agar dipercepatkan perjalanannya. Namun baginda menunjukkan kepada ummatnya bahawa pentingnya berusaha.
5. Hijrah Rasulullah telah berjaya membentuk negara Islam yang telah membuka laluan dalam membentuk peradaban politik negara dan antarabangsa. Baginda menunjukkan kepada kita semua tentang peri pentingnya mempunyai kuasa untuk menegakkan Islam secara automatik segala sistem kehidupan yang berlandaskan Islam dapat dilaksanakan.
Impak Hijrah kepada Ummah serta Perbandingan Sebelum dan Selepas Hijrah
Sebelum Hijrah saat di Mekah, kebebasan untuk umat Islam bersuara sangatlah disekat sedangkan kebebasan untuk menyatakan pendapat itu sangatlah penting teutamanya pada zaman ini. Sahabat ramai ditindas saat ini apabila mengatakan keimanan kepada Allah. Nilai masyarakat Arab yang hidup berkabilah dan menindas sesama sendiri.
Selepas Hijrah, Pusat gerakan Islam berpindah dan kini tiada lagi ancaman seperti di Mekah. Di Mekah, Nabi merupakan seorang Nabi tetapi di Madinah Nabi bukan sahaja sebagai Nabi bahkan sebagai Ketua Negara. Madinah menjadi sebuah negara yang terbaik di mana ada tanah dan bumi serta pemimpin dan rakyat dan wujud perlembagaan dan lain-lain.
Ekonomi umat Islam semakin kukuh, piagam Madinah menjadi asas kepada pembentukan ummat dan masjid telah menjadi tempat ibadah dan berkumpulnya umat Islam. Hijrah juga telah menghapuskan nilai-nilai jahiliyyah telah diganti dengan nilai-nilai murni yang bertunjangkan aqidah dan akhlakbukannya menjadikan bangsa sebagai asas pembentukan ummat.
Dari segi sosial, semua orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan malah hidup berkabilah masayarakat Arab telah diganti dengan sistem sosial dalam bentuk ummah.
Peranan kita semua (sebagai penerus perjuangan Rasulullah) untuk membentuk ummah
1. Tugas besar serta tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan iaitu menyelamatkan mereka yang telah tersasar matlamat hidup yang sebenar. Kelas Fardhu 'Ain perlu juga digandakan peranannya serta mencari kaedah untuk ummat atau masyarakat berminat untuk mendengar kuliah.
2. Perlu memecahkan pemikiran masyarakat masa kini yang telah dijajah sepenuhnya oleh Barat dan agenda-agenda musuh Islam baik dari dalam mahupun luar. Usaha ini bukanlah suatu usaha yang mudah kerana pemikiran sekular ini seolah-olah telah sebati dalam hidup umat Islam. Jadi kita kena fikirkan caranya.
3. Membentuk rasa hidup bertuhan dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan yang ma'ruf dan mengurangkan yang munkar serta masalah sosial yang sedang dihadapi sekarang menurun. Bahkan tanda-tanda kepimpinan yang berkesan ialah bertambah yang ma'ruf, berkurang yang munkar.
4. Belia merupakan tulang belakang kepada kebangkitan Islam. Maka kerahkanlah tenaga dan masa di usia ini untuk sama-sama mengangkat Islam.
5. Sirah Rasulullah perlu menjadi rujukan dan pegangan kepada golongan pendakwah baik dari segi pelaksanaan Islam secara praktikal, sudut sosial, ekonomi dan siyasah.
Wallahu'alam
Hijrah secara generalnya mempunyai 2 pengertian. Pengertian pertama, ialah dari sudut makaniyah iaitu berpindah secara fizik dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala dari sudut Maknawiyah pula bermaksud berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik serta meninggalkan kekufuran menuju keimanan dan lain-lain maksud. Dan sebenarnya, hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah ingin mencapai kepada kedua-dua pengertian ini.
Iktibar daripada peristiwa hijjrah
1. Rasulullah bekerjasama dengan orang bukan Islam. Rasulullah mengupah Abdullah Ibnu Uraiqith (yang masih musyrik) untuk menjadi penunjuk jalan. Di sini kita jelas, bahawa Rasulullah S.A.W juga berusaha dengan menggunakan kepakaran Abdullah Ibnu Uraiqith untuk memandu baginda berhijrah bukan semata-mata berserah kepada Allah.
2. Rasulullah S.A.W juga bertindak berdasarkan kekuatan dan kemampuan baginda apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Dan kita harus mengumpulkan kekuatan dan tidak bertindak menzahirkan kekuatan sebelum masanya apatah lagi bertindak di luar kebijaksanaan.
3. Sikap optimis Saidina Ali yang saat ini masih muda remaja sanggup menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda. Langsung beliau tidak merasa gentar dengan semua ini, inilah hasil daripada perasaan kecintaan yang tinggi terhadap Rasulullah dan ajaran yang dibawa oleh baginda.
4. Strategi kena pelbagai, prinsip jangan dilanggar. Antara strategi, Rasulullah sengaja menggunakan jalan jauh dan Rasulullah bersembunyi terlebih dahulu dalam gua thur sebelum memulakan penghijrahan. Rasulullah juga menggunakan taktik kerahsiaan sehinggakan Abu Bakar sendiri tidak tahu bila nabi akan berhijrah. Baginda sebenarnya boleh sahaja meminta kepada Allah agar dipercepatkan perjalanannya. Namun baginda menunjukkan kepada ummatnya bahawa pentingnya berusaha.
5. Hijrah Rasulullah telah berjaya membentuk negara Islam yang telah membuka laluan dalam membentuk peradaban politik negara dan antarabangsa. Baginda menunjukkan kepada kita semua tentang peri pentingnya mempunyai kuasa untuk menegakkan Islam secara automatik segala sistem kehidupan yang berlandaskan Islam dapat dilaksanakan.
Impak Hijrah kepada Ummah serta Perbandingan Sebelum dan Selepas Hijrah
Sebelum Hijrah saat di Mekah, kebebasan untuk umat Islam bersuara sangatlah disekat sedangkan kebebasan untuk menyatakan pendapat itu sangatlah penting teutamanya pada zaman ini. Sahabat ramai ditindas saat ini apabila mengatakan keimanan kepada Allah. Nilai masyarakat Arab yang hidup berkabilah dan menindas sesama sendiri.
Selepas Hijrah, Pusat gerakan Islam berpindah dan kini tiada lagi ancaman seperti di Mekah. Di Mekah, Nabi merupakan seorang Nabi tetapi di Madinah Nabi bukan sahaja sebagai Nabi bahkan sebagai Ketua Negara. Madinah menjadi sebuah negara yang terbaik di mana ada tanah dan bumi serta pemimpin dan rakyat dan wujud perlembagaan dan lain-lain.
Ekonomi umat Islam semakin kukuh, piagam Madinah menjadi asas kepada pembentukan ummat dan masjid telah menjadi tempat ibadah dan berkumpulnya umat Islam. Hijrah juga telah menghapuskan nilai-nilai jahiliyyah telah diganti dengan nilai-nilai murni yang bertunjangkan aqidah dan akhlak
Dari segi sosial, semua orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan malah hidup berkabilah masayarakat Arab telah diganti dengan sistem sosial dalam bentuk ummah.
Peranan kita semua (sebagai penerus perjuangan Rasulullah) untuk membentuk ummah
1. Tugas besar serta tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan iaitu menyelamatkan mereka yang telah tersasar matlamat hidup yang sebenar. Kelas Fardhu 'Ain perlu juga digandakan peranannya serta mencari kaedah untuk ummat atau masyarakat berminat untuk mendengar kuliah.
2. Perlu memecahkan pemikiran masyarakat masa kini yang telah dijajah sepenuhnya oleh Barat dan agenda-agenda musuh Islam baik dari dalam mahupun luar. Usaha ini bukanlah suatu usaha yang mudah kerana pemikiran sekular ini seolah-olah telah sebati dalam hidup umat Islam. Jadi kita kena fikirkan caranya.
3. Membentuk rasa hidup bertuhan dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan yang ma'ruf dan mengurangkan yang munkar serta masalah sosial yang sedang dihadapi sekarang menurun. Bahkan tanda-tanda kepimpinan yang berkesan ialah bertambah yang ma'ruf, berkurang yang munkar.
"Di mana sahaja aku berada, bila-bila pun, amalan, dosa dan pahala aku tetap akan dikira, maka berhati-hatilah dalam setiap tindakan"
4. Belia merupakan tulang belakang kepada kebangkitan Islam. Maka kerahkanlah tenaga dan masa di usia ini untuk sama-sama mengangkat Islam.
5. Sirah Rasulullah perlu menjadi rujukan dan pegangan kepada golongan pendakwah baik dari segi pelaksanaan Islam secara praktikal, sudut sosial, ekonomi dan siyasah.
Sudah tentu peranan ini tidak mampu dilakukan secara fardiyah......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan