Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 20 Disember 2010

Aku belajar daripada suasana....

Bila orang tanya naper jadi lebih rajin macam ni. Biasa jawapannya mesti terpengaruh dengan suasana takpun terpengaruh ngan sahabat. Dan saya juga tak ketinggalan belajar. Kedatangan pelajar-pelajar Besut dan pelajar-pelajar Integrasi baik daripada SMASID, KAKA dan lain-lain ke dalam batch kami banyak memberi perkara baru kepada kami. Benarlah kata orang bersahabat biar ramai barulah berjumpa pelbagai ragam manusia dan kehidupan bertambah seronok.


Saya melihat betapa istiqamahnya sahabiah saya yang seorang ini 
dalam melakukan ibadat. Selalu awal ke surau agar tidak terlepas untuk solat sunat rawatib.
saya lihat lagi dia memang bersungguh melakukan solat dhuha.Hatta,
pergi mner2 majlis pun dia tetap akan cuba untuk
tidak meninggalkannya. Di saat fatrah imtihan, ketika orang lain sibuk
membelek2 buku, dia tetap pergi menghadap Allah
walaupun waktunya teramatlah singkat dengan imtihan seterusnya.

Kagum pula melihat kesungguhan sahabiah saya yang lain pula, 
cukup bersungguh dalam bidang al-Quran. Hmm..dia anak buah saya
tapi saya rasa saya patut jadi anak buah dia.
Baru sahaja masuk imtiaz lpas PMR,Alhamdulillah
berjaya khatam sebelum SPM. Mujahadahnya cukup2 tinggi
bersama Quran walaupun dalam kesibukan SPM.

Cukup terharu hati ini, bila saya nak gerakkan orang di waktu Subuh,
bila saya buka pintu bilik adik-adik saya,
terharu melihat ada insan yang sedang sujud kepada Allah..
Saya pergi pula ke bilik lain, biler buka pintu,
saya lihat ada insan yang sedg rukuk...Masihkah suasana ini bakalku temui kembali??

Hari-hari saya lihat ada orang berbuka puasa di dewan makan,
Hmm..memang rajin berpuasa sunat. Bila saya tanya sahabat saya
dia akan ingatkan saya dengan ayat ini 
"Orang yang banyak berlapar di dunia,akan kenyang di akhirat,
dan orang yang selalu kenyang di dunia akan lapar di akhirat"
Biler saya tanya adik saya pulak dia puasa apa..
Dia jawab dy puasa tahan nafsu...
memang rasa mcam nak tergelak biler dengar
tapi itulah ajaran nabi...
Dalam hati saya, sepatutnya form 5 la
yang kena puasa tahan nafsu kerana bese ckap pasal nikah.. =)

Tahun lepas saya xperlu bimbang kalau saya pergi ke mana-mana
tak perlu takut hujan akan turun,
sebab saya tahu akan ada insan yang berhati mulia akan menyelamatkan baju saya..
Hanya seorang pelajar biasa tapi 
itulah jasa dia..Terima kasih sahabat...

Tahun ini pulak, kalau saya pergi mana2,
kem atau mana2 jer la..saya xperlu bimbang baju saya 
akan bersepah di atas katil, kerana
ada insan yang akan tolong lipat baju saya..
saya xsuruh pun..Terima kasih byk adik..

Seorang sahabat saya, punya perasaan bimbang biler
lihat ada rakan-rakan yang malas belajar.
Kalau kami terlebih tidur, maka xperlu bimbang,
dia akan kejutkan kami...
That's is our team....
"We will rise together not alone, InsyaAllah."

semua orang ada jasa masing2... Terima kasih semua...
Benarlah kata seorang ulama'
"Hidup manusia takkan lengkap tanpa ada orang di sekeliling kita,"
Maka xperlulah benci membenci

Hidup ini adalah untuk bersyukur,
bersyukur pada orang yang menyakiti kerana
dialah yang menabahkan hati kamu,
pada orang yang tak mengendahkan kamu
kerana dialah yang memupuk berdikari,
pada yang menjatuhkan kamu
kerana dia yang memperhebatkan abilitimu,
pada yang menyeksa kamu
kerana dia yang menguji kesabaran kamu,
bersyukurlah dengan segala ujianNya
kerana itu meningkatkan keimanan kamu,
bersyukur dengan usia ini
kerana sedetik masa lagi belum tentu kita masih bernyawa...

OUR TEAM...

Share

Tiada ulasan: