Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 20 Disember 2010

Kiter yang silap

Kali ini nak bercerita sedikit, waktu kat kem akademik SPM di Sumai Suite Hotel anjuran kerajaan Negeri Terengganu.Terima kasih buat kerajaan negeri kerana memberikan kami satu tempat yang cukup selesa dan kem yang terbaik. Dalam siri yang saya ikuti ni memang ramai pelajar imtiaz Dungun, banat sahaja 12 orang. Jadi kami ingatkan boleh la duduk dalam rumah yang besar tu dengan kami2 jer...(asobiah sikit)

Tak lamer kemudian datang la tetamu lain. dan tak lamer lepas tu, kami dikejutkan seorang pelajar chinese akan duduk ngan kami...huhu...bukan main kelam kabut waktu tu..

Dia ni biasanya agak suka menonton television. Lepas je kelas malam, dia akan jadi antara orang terawal dan akan mengadap tv. Tapi biler kami nak solat(tempat solat tepi tv), dia akan tutup tv dan terus masuk bilik.

Jadi waktu kawan2 sy yang lain solat, aderla kawan saya yang lain bukak balik tv. Saya pun terus join kawan saya yang sorang ni. Dan saya pun cakap kat kawan saya yang ni "tukar channel". 2 patah perkataan jer, tak lebih pun...Pelajar Chinese ni pun mari dekat saya dan cakap kat saya "orang tengah solat jangan bising la,".

Huhu...senyap saya tak berkata. Saya rasa pembaca faham apa yang nak disampaikan oleh saya. Kenapa yer, kiter yang tahu apabila orang solat tak leh ganggu hatta dengan mengaji takleh amalkan? Bukan sahaja dalam bab ni, tapi jugak dalam bab lain. Kita tahu, tapi kita tak amalkan...Waakhiran, sekadar berkongsi cerita..semoga ia bermanfaat buat kiter.

gambor hiasan
Share

Tiada ulasan: