Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 30 Disember 2008

Alhamdulillah; PMR 2008..Lakaran sejarah buat kali ke2..SM Imtiaz Dungun

KEPUTUSAN PMR 2008 SM IMTIAZ DUNGUN... Memahat sejarah mencipta Tamadun...
PMR 2008 GEGARKAN DUNIA!!! (ini moto kami)

9A............42 org....64%
8A............14 org....21%
7A............6 org.......9%
6A............2 org.......3%
5A............2 org.......3%

Total.......66 org......100%
27 org banin...39 org banat
GPA: 1.079

Maklumat yang ana dengar Imtiaz Dungun mendapat nombor 1 antara sekolah-sekolah agama di negeri Terengganu untuk tahun ini. Pada tahun lepas ana tidak pasti sama ada Imtiaz Dungun atau Imtiaz Besut yang mendapat tempat pertama. InsyaAllah ana akan update posting ni bila tahu perkembangan baru.

Alhamdulillah itulah ucapan yang boleh kukatakan apabila melihat markah2 ini pada papan di dataran Imtiaz ketika ana tiba. Buat tambah debaran jer. Dalam perjalanan ke sana pun ada sahabat-sahabat ana yang ator sms tentang ini. Mereka semua dapat 9A. Yang pergi bersama ana Abqariyyah dan juga Fathin Fathiah yang pada mulanya xnak tumpang ana. Akhirnya pagi tadi ana dapat sms yang tanya masih ada ruangkah untuk dia numpang ana. Ana pun debor sebenarnya pi ramai2 ni, takut, tambah plak Abqariyyah ngan fathin Fathiah 2 bdak kelas pertama ana kelas ke2 jer. Raser kecik jer dlam kereta 2 yerk..dah la sepanjang perjalanan 2 asyik dpat sms dari mereka yang dapat 9A jer.

Apapun sampai jer kat muka pintu dewan, wah meriahnya, sempat gak ana tengok senyuman chek Lan, mudir kami. Ramai da yang masa 2 naik pentas nak bergambor xmasuk paper pun juz masuk kat noticeboard kat skul jer. Ana plak baru jer nak amik result time 2. Ana salam ngan cikgu2 dulu baru amik result. Yang kasi result 2 plak ustazah Aziah, warden kesayangan kami, waaa, bila dapat result, Ya Allah Alhamdulillah ku syukur padaMu atas kurniaanMu...Lalu ku peluk ustazah yang tengah bagi result dekat ana.

Lupa ana nak tanya chek Lan, kalu tahun lepas sembelih lembu, tahun ni sembelih unta plak yer..Batch kami da berjaya potong batch tahun lepas, GPA pun meningkat dari 1.13 kepada 1.079. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan pada Allah. Apapun Chek Lan, kami mohon agar semua batch kami dapat kekal di Imtiaz Dungun. Dan ana sendiri InsyaAllah memilih untuk meneruskan langkah seterusnya di Sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Atas kalau dulu ana di SM Imtiaz Dungun Bawah...dekat jer. Tapi yang pasti suasana lain, yangku harapkan moga ia lebih baik.

Kami juga buktikan ketiadaan guru sains kira-kira dua bulan sebelum PMR bukan satu penghalang dan kami buktikan yang Al-Quran bukan penghalang kepada kejayaan dalam bidang lain tetapi merupakan penolong n pembantu buat kami. teringat ana sebuah sekolah yang melawat sekolah kami, asyik tanya Tidakkah Al-Quran itu menjadi beban kepada pelajar? jawapannya sudah pasti Tidak, ia bukanlah beban malah ketenangan jiwa dapat dicapai dengan sentiasa mendampingi Al-Quran seperti firman Allah Taala "Dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang"... Ana xnak ulas panjang-panjang pasal ni tapi kami gembira dengan menjadikan menghafaz dan membaca Al-Quran sebagai rutin harian kami.

Guru-guru PMR 2008...

Cg. Hasmawaty.......Mat (Ketua Projek PMR 2008)
Cg. Anna juliyanti...Bahasa Melayu
Ustazah Aziah..........Bahasa Arab
Ustazah Meriam......Pendidikan Islam
Cikgu Fauziah..........Geografi
Cikgu Norliza............Sains
Cikgu Ziana..............Saind
Cikgu Mastura.........sejarah
Tch Kartini................Bahasa Inggeris
Cg Aida......................KHB
dan seorg guru lelaki yang datang bila kami tgah kritikal...
cg. Fauzi...................KHB

x dilupakan buat kaunselor n guru2 yg lain...dan juga buat Chik Lan, seorang mudir yang cukup2 ihtimam pada pelajar2 dia....
TERIMA KASIH CIKGU!!!

Buat 2 org wardenku, cg Arida Suhana dan Ustazah Aziah, terima kasih jadi warden yang baik dan spoting la kot...Dan rumah Warden 2 macam umah sendiri jer rasa. Tak makan saman sungguhla..hu..hu..Yer la, ana rasa ana antara mereka yang byk lepak kat umah warden lpas PMR, masok la, tgok tv la, tido pun kat c2. Padahal bilik tv ada, sajer buat nyibuk kat umah warden. Mmm..lepas ni xdapat da la yer...

Buat adik2 ku ambillah ini sebagai satu cabaran untuk potong batch ana pada tahun hadapan. semoga Imtiaz dungun terus maju ke hadapan dalam semua aspek. Dan buat diri ini moga x terleka dengan nikmat yang dikurniakanNya...'jangan ingat tingkatan 4 tahun untuk bulan madu' itulah kata-kata yang menjadi pesanan dari guru-guru imtiaz Atas..Dan ku doakan agar SPM tahun ni bakal mencipta sejarah..

Tahniah sahabat-sahabiah ana..kita telah buat yang terbaik. Dan moga kita redho dengan keputusan Ilahi. Ana amat berharap agar tahun depan kita dapat bersua kembali.. Semua batch kita tiada yang terkecuali..InsyaAllah..

Ana sediakan jugak...

syarat-syarat kemasukan ke f4 sekolah2 Imtiaz
muat turun borang permohonan persijilan IQT 2009

P/S:maafla tulisan kali ini merapu sikit..promote skul bagi sesaper yg nak masuk imtiaz..
Share

3 ulasan:

ANIS :) berkata...

waduh3..terharu bngt ana bce artikel nti nie..huhuhu..
tahniah buat semua pljr lepsn PMR batch8 SMID..salam..

Unknown berkata...

tahniah.. moga imtiazians trus cemerlang..
p/s: kak rose d cni, 1st batch exsim, mungkin x sempat kenal kot.. kem salam che lan eh..hehe
neway, visit mine, ade ms nnt~ good luck~
!!

Yui Kumi berkata...

jazakallahukhoiron kathiran ecah..antara memori pling brharga di imtiaz.. ^^