riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Hadis di atas mengingatkan saya kepada rakan2 saya di sekolah yang baru sahaja hampir 2 bulan ditinggalkan. Rakan-rakan yang banyak mendidik diri ini untuk mendekatkan diri kepada ya Rabb. Bukan dengan kata-kata tapi dengan perbuatan mereka saya tersentuh melihatnya. الفعل في بعض الأحيان أقوى دلالة من الكلام
Teringat saya satu ketika jatuhnya 13, 14 dan 15 hb satu bulan islam jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Saya berbincang dengan seorang rakan saya untuk berpuasa atau tidak pada hari jumaat dan sabtu kerana kami biasanya tidak berpuasa kedua hari tersebut ditambah pula minggu itu adalah minggu pulang ke rumah. Lalu seorang rakan saya yang lain datang dan berkata kepada saya, "Saya tunggu awak buka puasa hari Sabtu ini di dewan makan.". Terharu saya, sesuailah dia menjadi "best student".
Entah kenapa ketika pulang ke rumah perasaan malas untuk berpuasa itu terus memberatkan diri saya. Mencari seribu alasan untuk tidak berpuasa "takut tak mampu bawak motor dan kereta lah", "nak tambah berat badan lah", "takut masakan jadi masin lah"..arghhhh...seribu alasan yang jawapannya hanya satu kenapa malas berpuasa...
Pesanan dari Imam Nawawi,
"Bilamana kamu tidak mampu bgn untuk bertahajjud di malam hari dan berpuasa di siang hari,maka sesungguhnya sedarlah bahawa kamu telah terhalang oleh dosa dan maksiat yg membelenggumu.."
"Ya Allah, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu..."
1 ulasan:
huhu.. sy g2 gop.. mls tul nk pose lening... :(
Catat Ulasan