Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 6 Mei 2011

Review buku Kepemimpinan Al-Fateh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Pertama-tamanya saya bukanlah orang yang pandai mengulas sesuatu buku mahupun kenyataan. Sekadar berkongsi sesuatu dengan anda serta mengisi blog yang sudah lama terbiar.




Namanya mahsyur dalam lipatan sejarah, Namun sejarahnya jarang diketahui umum.


Sejarah!!! Mungkin ramai orang terlalu bosan mendengar perkataan ini. Namun, buku Kuasa Kepemimpinan al-Fateh yang ditulis oleh Ustaz Syaari Ab Rahman bukan sahaja berbicara tentang sejarah kejayaan Sultan Muhammad bin Murad yang digelar ‘al-Fateh’ tetapi turut membongkar formula dan rahsia pembinaan manusia sehebat beliau. Bahkan penulisan beliau membuka jalan untuk membina lebih ramai al-Fateh di hari ini, insyaAllah.





Gaya penulisan yang cukup menarik dengan susunan yang sistematik dibuat oleh penulis, sejarah yang bermagnet sehinggakan pembaca ghairah untuk mengkhatamkannya. Buku ini sudah lama saya berfikir untuk membaca dan Alhamdulillah akhirnya berkesempatan untuk membacanya. Penulis juga menggambarkan bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh tidak lahir melainkan dengan pendidikan yang komprehensif yang telah dilalui beliau.


‘Bukannya pemuda itu yang menyatakan itu ayahku, tetapi pemuda itu yang berkata itu adalah aku’


Pentingnya matlamat dalam hidup


Kota Konstantinopel menjadi jam loceng penggerak anak muda ini daripada banyak mebuang masa dan tidur. Anak muda ini berusaha untuk menjadi orang yang dimaksudkan Rasulullah dalam hadis baginda 


“Konstantinopel jatuh di tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik tentera”


Maka apa salahnya kita juga mencuba untuk menjadi orang yang dimaksudkan Rasulullah dalam hadis lain, 



“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”


Dan mungkin jua firman Allah S.W.T  (03:110)


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)....”


Menghargai Sejarah


Seorang ulama’ menceritakan kisah seorang raja bersama dengan orang tua, erm, tidak mahu saya ceritakan di sini. Yang pasti khulasoh daripada cerita tersebut “Apa yang kita tanam pada hari ini memberi hasil pada generasi akan datang dan dengan kata lain, hasil yang kita tuai hari ini merupakan tanaman daripada generasi terdahulu”


Sultan Muhammad hanyalah penyambung perjuangan umat Islam sebelumnya yang mencuba untuk menawan Kota Konstantinopel serta berebut untuk menjadi orang yang dimaksudkan Rasulullah. Yang mana 10 kali percubaan untuk membuka kota tersebut oleh umat Islam semuanya menemui kegagalan dan akhirnya dengan izin Allah percubaan ke 11 dibawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh berjaya.


Lihat bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh memanfaatkan sejarah dengan mengkaji faktor kegagalan cubaan terdahulu lalu diperkemaskan. Tindakan Al-Fateh memberi indikator kepada kita walaupun generasi terdahulu gagal namun sebenarnya mereka tetap memberi sumbangan dalam menjayakan misi ini. Selain terdapat hikmah lain dalam penetapan Allah ini, sila baca buku ini untuk selanjutnya.


Usaha & Taqwa


Beliau seorang pemimpin yang berwibawa sibuk dengan tugasnya serta misi menawan Kota Konstantinopel tapi tidak meninggalkan solat fardhu serta solat sunat rawatib. Bahkan beliau tidak pernah meninggalkan tahajud sejak akil baligh.


Lihatlah bagaimana pula beliau memastikan tahap ketaqwaan tenteranya agar sentiasa ditahap yang optimum dan tinggi. Pada siang hari beliau bersama tenteranya berlatih, di malam hari beliau memastikan tenteranya bangun bertahajud. Bahkan beliau juga menguji tahap ketaqwaan tenteranya, insyaAllah saya ceritakan dalam pos yang lain.


Bagaimana usaha dan taqwa ini membawa kepada pertolongan Allah yang luar biasa. Ingat bagaimana pemindahan 70 buah kapal berjaya dilakukan hanya dalam satu malam???? Bukan di lautan, tapi di atas daratan yang mempunyai kawasan berbukit bukau dan sejauh lebih 5 kilometer.


*Untuk mengetahui lebih lanjut bacalah buku ini. Saya percaya penulis telah membaca terlalu banyak bacaan tentang Sultan Muhammad bin Murad ini sebelum menulis buku ini. 


Penulis bukan hanya menulis tentang Sultan Muhammad al-Fateh, penulis berjaya memberi gambaran jelas bagaimana pendidikan komprehensif yang dilakukan oleh Uthmaniyyah berjaya melahirkankan tokoh-tokoh ulung serta peri pentingnya 'team work'. Jua peranan ulama’ yang dilihat sangat diperlukan dalam pentadbiran serta pendidikan bukan seperti sekarang ulama’ dipinggirkan.





Beliau adalah pemimpin “Action speaks louder than words”


Wallahu ‘alam....
Share

1 ulasan:

amalin shafirah berkata...

yup,teringat time ust menyampaikan point kepimpinan al-fateh.. sgt3 terkesan.. andai masa itu dpt diundur..bestnyer.. kem menuju puncak 3!yeah!! -yg ana cite sal ust syaari tu =)

~panjang umur,nnt nti leh jumpa beliau di Uia =)