Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 28 Mac 2008

KETAWA

Forwaded massage
Photobucket
syila-san menulis "SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan serta kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah SWT menempelak sebahagian tentera munafik mulanya menyatakan persetujuan bersama Baginda di medan peperangan.

Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah SWT berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." – (Surah at-Taubah, ayat 82)

Jelas daripada mafhum ayat itu, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal ketawa berlebihan.

Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya, setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku atau matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.

Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa. Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keseronokan bersifat sementara.

Menjaga diri daripada suka atau ketawa melampaui batas mengingatkan kita supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan."
Photobucket
Resouce:Komuniti Teman Inteam
Share

Tiada ulasan: