Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 1 Mei 2008

HIDUP

HIDUP

HIDUP KITA CUMA DI DALAM MASA 3 HARI:

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik keranamungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALLAH secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan ALLAH
2. Hidup dalam kemurkaan ALLAH

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun Islam yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang
ALLAH kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya ALLAH telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati ALLAH setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALLAH meredhai.
Wassalam.
Share

Tiada ulasan: