Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 2 Mei 2008

MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-29

Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 29 telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari mulai 20 April sehingga 25 April 2008 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dengan bertemakan "Menjana Ummah Gemilang" menyaksikan persaingan yang hebat di antara peserta-peserta dari seluruh negara.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 20 April 2008. Beliau menyeru semua umat islam supaya sentiasa berinteraksi dengan al-Quran kerana ia dapat memberikan kesan kepada spiritual insan untuk menjelmakan suatu kehidupan yang sejahtera, selamat, makmur dan berkualiti.

Seramai 74 orang peserta seluruh negara menyertai majlis ini dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

- Hafazan dari juzuk 1 hingga 5,

- Hafazan dari juzuk 1 hingga 15,

- Hafazan dari juzuk 1 hingga 30 .

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 April 2008, jam 9.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pemenang-pemanag bagi ketiga-tiga kategori Hafazan adalah seperti berikut :

Juzuk 1 hingga 5 (Lelaki):

Johan: Mohd Adib bin Alias (Perak)

Naib Johan: Luqman bin Ramli (Kedah)

Tempat Ketiga: Mohd 'Izzuddin bin Mohd Zuki (Pulau Pinang)

Juzuk 1 hingga 5 (Perempuan):

Johan: Siti 'Aishah Jauhara binti Surtahman (Wilayah Persekutuan)

Naib Johan: Nor Hafizah binti Mohd Shafie (Selangor)

Tempat Ketiga: Mazyyah binti Osman (Johor)

Juzuk 1 hingga 15 (Lelaki):

Johan : Mohamad Fida'iy bin Zainal Abidin (Kedah)

Naib Johan: Ahmad Nasaa'e bin Kamarul Baharin (Pulau Pinang)

Tempat Ketiga: Mohammad Hariz Syazwan bin Mohd Arifin (Kelantan)

Juzuk 1 hingga 15 (Perempuan):

Johan: Siti Nadhirah binti Mohd Shafie (Selangor)

Naib Johan: Zaini binti Hj. Bahari (Perlis)

Tempat Ketiga: Hasanah binti Muhammad (Kelantan)

Juzuk 1 hingga 30 (Lelaki):

Johan: Muhammad Arif bin Musa (Selangor)

Naib Johan: Muhamad Za'imuddin bin Hashim (Kedah)

Tempat Ketiga: Abdul Salam bin Zulkifli (Terengganu)

Juzuk 1 hingga 30 (Perempuan):

Johan: Raudhatulhuda@Rozilawati binti Abdul Ghani (Terengganu)

Naib Johan: Khairuljazaiyah binti Ahmad (Johor)

Tempat Ketiga: Nur Syahida binti Zaman (Wilayah Persekutuan)


TAHNIAH ANA UCAPKAN KEPADA Kak 'Aishah Jauhara (exPKP SM Imtiaz Dungun)

dan juga kepada Ustazah Raudhatul Huda (Guru tasmi' ana masa f1 n f2 (ex guru Imtiaz Dungun))

Ana menyimpan cita2 utk menjadi seperti antunna...InsyaAllah
Share

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga tercapai impian....ameen