Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 16 November 2008

KEWAJIPAN AMRU BIL MA'RUF WAN NAYHU ANIL MUNKAR

Sengaja ana letakkan tajuk ini dalam blog ana, agar ia menjadi pembakar semangat kepada diri ana sendiri dan juga pembaca2 blog ana terutamanya sahabat2 SMID ana untuk terus berjihad. Ana sangat suka pada perkataan ini 'JIHAD'. Satu perkataan yang mungkin senang untuk disebut tapi untuk melakukannya amatlah susah jika tidak mempunyai kekuatan dalaman yang kuat apatah lagi untuk ikhlas dalam melakukannya.

Oleh sebab ilmu ana bukannya banyak sangat, jadi buku-buku agama menjadi rujukan ana. Di antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap manusia yang mengaku dirinya sebagai hamba Allah ialah menyuruh kepada kebajikan dan mencegah kepada kemungkaran. Qala Allahu fil kitabil 'Aziz yang bermaksud "Hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan" (surah Ali Imran:104)

Ayat ini menjadi dalil kepada wajibnya seruan kepada kebajikan samaada secara individu atau berkumpulan. Ana ambil sedikit kata-kata As-Syahid imam Hasan Al-Banna ketika berkunjung ke Abu Shuwair untuk membuka cabang "Lain dari itu aku menjelaskan bahawa gerakan dakwah dengan methode fardiyyah (individu) tidaklah cukup.". Ana rasa tidak perlu ana terangkan kata-kata Imam Hasan Al-Banna sudah boleh faham, InsyaAllah. Di samping itu juga, Allah telah meletakkan syarat kejayaan ialah dengan melaksanakan kedua-dua tugas ini.

Qala Allahu fil kitabil 'Aziz fis surah Al-Maidah yang bermaksud " dan bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu menolong di atas perkara dosa dan permusuhan". (Al-maidah)
Ana sertakan juga antara syarat nahi mungkar dan juga sedikit kaedah mencegah kemungkaran.

Syarat-syarat nahi mungkar...

1. Kemungkaran yang hendak ditegah mestilah yang disabitkan dengan nas Al-Quran atau hadis Nabi S.A.W.
2. Kemungkaran yang hendak ditegah mestilah jelas bukannya sekadar mendengar cerita atau khabar-khabar angin.

Photobucket
Kaedah-kaedah Mencegah Kemungkaran

1. Memberi penerangan..
Kadang-kadang, perbuatan yang dilakukan kerana jahil atau sekadar ikutan. Oleh yang demikian teguran yang disampaikan mestilah dengan penuh hikmah dan bijaksana.

2. Melarang dengan keras dengan bahasa yang lemah lembut tidak diikuti dengan celaan dan cacian.

3. Melihat priority (keutamaan) agar kemungkaran yang hendak dicegah tidak menimbulkan kemungkaran yang lebih besar dan yang lebih patut untuk dielakkan.

4. Sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T supaya hidayah Allah sentiasa bersama kita.

Waallahu 'alam...Mungkin ini sahaja yang sempat ana kongsikan...
Share

Tiada ulasan: